Sunday, December 16, 2007

Wa tolong lu, lu tolong wa - Mat Saman Kati

31 pengikut Hindraf dakwa ditipu
Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah diminta menimbangkan rayuan yang dibuat oleh 31 pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) supaya dakwaan terhadap mereka di mahkamah digugurkan dengan alasan telah ditipu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau dimaklumkan, dalam rayuan itu, mereka mengesahkan tidak lagi menyokong Hindraf dan tidak akan terbabit dalam mana-mana aktiviti lain yang dianjurkan oleh badan itu pada masa depan.

“Saya telah meminta Peguam Negara supaya mengkaji rayuan ini dan membuat keputusan secepat mungkin kerana mereka ini sebenarnya telah ditipu oleh Hindraf. (
Utusan 15/12/2007)

Bila aku baca laporan dalam Utusan ni, rasa nak tergelak pun ada, rasa meluat pun ada. Sebabnya trick ni dah basi. 15 tahun dulu, aku pun buat benda ni tapi tak perlu la buat riuh.

Rasa nak tergelak pasai bila Pak Lah pun buat macam apa yang aku buat dulu, aku rasa standard aku pun macam Perdana Menteri. Tapi tu dulu, la ni aku tak buat dah. Dah tobat.

Rasa meluat pasai trick ni orang tak buat dah, tiba-tiba Pak Lah buat. Nampak sangat tak dak standard. Bagi la kat kutu-kutu haprak macam Nazri ka, Samy Vellu ka.

Tahun 92 dulu, aku pernah jadi salah sorang ' task force' untuk Parti Gerakan kat Penang. Task force ni bergerak secara sulit, orang Gerakan pun tak kenai kami. Bos kami seorang CEO sebuah syarikat kat Prai, kroni Gerakan. Kami kerja kat syarikat tu, tapi tak buat kerja kat kilang! Kerja kami, buat kerja-kerja untuk parti. Cukup bulan, syarikat bayar gaji.

Selepas Gerakan kalah teruk tahun 90, pemimpin Gerakan mula atur strategi bagaimana nak tawan balik kerusi-kerusi yang ditawan oleh DAP.

Tahun 92, tugas kami yang pertama ialah persempadanan semula. Kalau hangpa ingat SPR yang buat, hangpa kena tipu. Sebenarnya kami yang buat, lepas tu bagi kat BN Negeri. Lepas semuanya bersetuju, baru bagi kat SPR. SPR cuma endorse saja!. Tapi yang ni aku malas nak cerita pasai tak dak kena mengena dengan cerita Pak Lah diatas.

Lagi satu tugas kami ialah macam mana nak pertingkatkan imej Gerakan dikalangan orang-orang Penang. Dalam masa yang sama kena perkuatkan kawasan-kawasan yang 50:50. Selepas 'brainstorming', kami setuju dengan satu cara. yang ni ada kaitan dengan apa yang Pak Lah buat diatas.

Mula-mula kami sebarkan cerita, sapa nak berniaga secara kecilan: food stall, hawker's stall, kami bagi tau boleh berniaga. Cuma bayar RM30.00, dapat satu surat dari City Council, dah boleh berniaga. (Bukan lesen! semua penipu.) Tapi kami pi jumpa dengan YDP City Council, orang Gerakan jugak, supaya jangan ambil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini, sehinggalah diberitahu. Maka penuh lah hawker's stall kat Penang. Dari Gurney Drive, Esplanade, Lorong Selamat, Island Glade, Trengganu Road, merata-rata.

Tahun 93, kami bagi tau kat City Council, suruh pi tangkap semua peniaga-peniaga ni pasai berniaga tanpa lesen. Lebih seribu! Bila kena tangkap, kami pun mula berlagak hero. Don't worry, brader. Lim Chong Eu boleh tolong. Gerakan boleh tolong. Tapi, wa tolong lu, lu tolong wa la! Semua setuju. Setiap kali ada yang kena tangkap, pemimpin Gerakan ambil giliran pi tolong. Phoa! Gerakan manyak baguih lo! saman pun depa boleh settle. Lesen lagi kasi. Fuiyo, ini macam wa gerenti undi sama lu!

Pilihanraya tahun 95, DAP kalah teruk. Robocop pun kalah.

Dalam drama Hindraf ni pun, modus operandinya pun sama jugak. mula-mula Hindraf buat perhimpunan pada 25/9 kat Putrajaya. Nak kata Hindraf didalangi oleh pembangkang, tak jugak. Sebab kalau tengok kat banner atau poster depa, semua pakat dok sokong BN, sokong Pak Lah. (tengok kat sini....)

Kemudian, selepas perhimpunan pada 25/11, Uthayakumar lagi sekali canon kat pembangkang.(tengok kat sini....)

Bila penyokong Hindraf kena tangkap, Peguam negara sendiri yang turun. Bila tengok dakwaan yang dikenakan..... tak masuk akai!

Tiba-tiba Pak Lah mai save. Macam main Police Sentry pulak. Hambat satu kampung, dapat tangkap masuk bulatan, tunggu member lain save. Pak Lah pun kata, "saya akan minta Peguam Negara supaya mengkaji rayuan yang dibuat oleh penyokong-penyokong ni".

Tapi hangpa kena ingat! Wa tolong lu, lu mesti tolong wa.

No comments: