Umno tidak boleh ditumbangkan, sekurang-kurangnya bukan dari luar. Itu yang kita pelajari dari 50 tahun pemerintahan Umno. Sebenarnya 52 tahun, kalau dikira dari pilihanraya pertama pada tahun 1955, walaupun pilihanraya umum tidak diadakan sehingga 1959, dua tahun selepas merdeka.
Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan, sekurang-kurangnya bukan dari luar. Itu yang kita pelajari dari 22 tahun pemerintahan Mahathir. Tetapi 22 tahun pemerintahan Mahathir mengajar kita satu perkara. Perdana Menteri boleh ditumbangkan dari dalam. Dan dia hampir kalah dalam tahun 1987. Tetapi Mahathir adalah orang yang bijak, dan dia masih lagi bijak, lantas dia mematikan Umno dan menubuh parti yang baru tanpa semua musuhnya yang mana tidak mempunyai pilihan selain dari menubuh parti yang baru.
Dari ‘timbunan abu’ Team B, lahirlah Semangat 46. Dan selepas lebih satu dekad, terbukti sekali lagi, bahawa Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan dari luar. Semangat 46 akhirnya gulung tikar dan semua ahli dan pemimpinnya menyertai Umno kembali secara en-bloc – ataupun hampir en-bloc kerana setengahnya tidak mahu menyertai Umno kembali sehingga kini. Sebenarnya, setengahnya sudah pun mati dan mereka mati diluar Umno, enggan menyertai Umno hinggalah keakhir hayat mereka.
Tetapi bekas ahli dan pemimpin Semangat 46 ini menyertai Umno bukan untuk menyambung rancangan mereka untuk menumbangkan Perdana Menteri. Mereka menyertai Umno untuk membeli masa, menunggu harinya apabila Mahathir melepaskan jawatanya ataupun meninggal dunia didalam jawatan, dimana mereka akan mengambil alih kuasa pemerintahan.
Hari ini, Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.Dan mereka yang dulunya dipanggil pengkhianat kepada Umno dan bangsa Melayu, mereka yang dicerca dan dihina sebagai musuh negara, hari ini memegang tampuk pemerintahan. Tetapi bukan semuanya bekas ahli atau pemimpin Semangat 46.Benar, mereka terdiri dari Team B dan merupakan penentang Mahathir, tetapi setengahnya, seperti Abdullah Ahmad Badawi, enggan mengikut jejak mentor mereka, Tengku Razaleigh memimpin Semangat 46 ketika dilancarkan. Abdullah dan mereka yang sewaktu denganya, memilih untuk mengasingkan diri dan menunggu masa yang sesuai dimana mereka akan ‘dipulihkan’ dan diterima balik kedalam Umno. Abdullah mungkin kelihatan tidak cerdik. Tetapi cukup cerdik untuk mengetahui bahawa Perdana Menteri tidak boleh digulingkan dari luar. Anda perlu masuk kedalam Umno untuk melakukanya. Lantas, dia menunggu sehingga dia diterima kembali kedalam Umno supaya dia akhirnya dapat kembali kepuncak dan mengambil takhta Perdana Menteri.
Tidak lama selepas menjadi Perdana Menteri, dia mengadakan pilihanraya yang baru. Dia tidak mahu dikenali hanya sebagai pengganti Mahathir. Itu belum cukup. Lagi pun, Mahathir merupakan musuhnya, dan mana mungkin dia sanggup menerima sedekah dari orang yang pernah dimusuhinya. Dia mahukan mandat rakyat untuk dirinya. Dia mahu dirinya dikenali bukan sebagai orang Mahathir. Dan rakyat memberikanya mandat. Rakyat memberikan Abdullah, 92% daripada keseluruhan kerusi Parlimen, satu pencapaian yang paling baik pernah dicapai, malah Mahathir sendiri tidak mampu melakukanya. Dan apabila dia merasakan dirinya sudah selamat dengan mandat dari rakyat yang diterimanya, maka dia pun mula merungkai legasi Mahathir dan memadamkan kesemua kejayaan Mahathir, dan membiarkan kejahatan Mahathir terbongkar supaya rakyat hanya mengingati hanya kegagalan Mahathir.
Serangan secara terus terhadap Mahathir mungkin tidak akan berjaya. Tambahan pula, Orang Tua itu masih mempunyai pengaruh dan mereka yang masih setia masih berada didalam kerajaan untuk menghalang sebarang percubaan untuk ‘membunuh’ Mahathir. Oleh itu, sesuai dengan adat melayu, serangan secara tersembunyi dilakukan. Sasaran dipilih seolah-olah bukan Mahathir yang menjadi sasaran tetapi akhirnya akan membuka tembelang Mahathir. Dan salah satu sasaranya ialah Lingam.
Sebenarnya, Abdullah, ataupun sekurang-kurangnya para penasihat dari Tingkat 4 yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaludin telah membocorkan Video Lingam dengan begitu bijak. Bagaimana perbualan Lingam itu dirakam dan siapa yang membocorkanya tidak diketahui dan mungkin tidak akan diketahui. Ada yang mengatakan adik Lingam sendiri yang merakam dan membocorkanya, tetapi adiknya sendiri tidak mengetahui tentang video itu. Sememangnya dia mengetahui banyak perkara dan laporan polis yang dibuat membuktikanya tetapi Video Lingam tidak termasuk didalam pengakuanya. Sudah pasti ada tangan lain dibelakangya.
Suara didalam video itu amat jelas walaupun gambarnya tidak. Dan rakaman itu dibuat secara monolog, bukanya dialog. Tetapi walau apa sekalipun keraguanya, ia cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa video itu memang asli. Dan Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan untuk menyiasat keseluruhan kejadian ini dan memastikan sama ada rakaman itu asli ataupun direka.
Sama ada rakaman itu asli atau tidak bukanlah satu perkara penting. Apa yang lebih penting ialah perkara ini telah timbul. Dan semua petunjuk menghala kearah Mahathir. Sekarang, Mahathir perlu memikirkan secara serius sama ada mahu meneruskan serangan terhadap Abdullah ataupun menjadi budak baik dan menyelamatkan dirinya dari dimalukan oleh Video Lingam yang telah menjadi Watergate Malaysia. Mungkin mereka memikirkan bahawa mereka telah dapat memulas tanduk Mahathir.
Abdulah mungkin mempunyai Lingamgate untuk mengugut Mahathir. Walaubagaimanapun, Mahathir juga mempunyai Dolahgate untuk mengugut Abdullah. Adakah ini satu ‘checkmate’? Ataupun main kelip mata, siapa yang kelip dulu, dia mati.
Suruhanjaya Diraja sudah semestinya tertekan untuk memastikan rakaman itu asli. Kemungkinanya, mereka akan membuat kesimpulan bahawa keaslian rakaman itu tidak dapat dibuktikan. Didalam mahkamah undang-undang, bukti sahaja tidak mencukupi. Pembuat juga perlu didedahkan. Walaupun anda menunjukkan dokumen yang ditandatangani dimahkamah, mahkamah tidak akan menerimanya sebagai bukti sahih sehinggalah pembuat mengaku dia yang membuatnya. Adakah pembuat video itu akan tampil untuk membuat kenyataan ataupun kekal sebagai ‘whistleblower’yang tidak dikenali. Tidak ada cara lain untuk membuktikan sama ada video itu asli atau tidak, kecuali pembuatnya tampil kehadapan.
Isu Dolahgate adalah satu isu lain sama sekali. Satu laporan polis telah dibuat dan polis sedang menyiasat perkara ini. Abdulah telah mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno pada 28 Ogos 2006 dan mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Besar Kedah untuk memastikan Mahathir tewas dalam pemilihan perwakilan kePerhimpunan Agung Umno dalam Mesyuarat Agung Bahagian Kubang Pasu yang diadakan pada 9 September 2006. Pada malam sebelum pimilihan peringkat Bahagian, Badan Disiplin Umno telah mengadakan perhimpunan di Kelab Golf Kubang Pasu dan memberitahu perwakilan supaya jangan mengundi Mahathir. Wang sebanyak RM200.00 yang dimasukkan kedalam sampul telah diberikan kepada setiap perwakilan.
Lima dari ahli perwakilan telah membuat laporan polis untuk mengesahkan perkara ini. Dan satu laporan rasmi telah dibuat keIbupejabat Umno bersama-sama laporan polis dan affidavit yang ditandatangani sebagai bukti. Berikutan itu, salah seorang dari mereka yang membuat laporan polis itu telah dipukul dihadapan keluarganya dan satu lagi laporan polis telah dibuat. Setakat ini, tiada tindakan yang dbuat terhadap aduan, affidavit ataupun laporan polis itu. Perkara ini masih berlarutan sehinggalah satu laporan polis yang terbaru yang dibuat oleh Johari Ismail pada 6 November 2007. Sekarang polis sedang menyiasat perkara ini.
Lebih setahun berlalu sejak kejadian diKubang Pasu pada 9/9/2006 dan juga Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 28/8/2006. Sudah empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Masa untuk berbulan madu sudah selesai dari dulu lagi. Dan Umno semakin tidak keruan. Pemimpin dan ahli-ahlinya mula merasa bimbang dan bertanya kemana arah Umno dan negara? Dan mereka merasakan bahawa sudah sampai masanya, untuk pertukaran kepimpinan.
Ya, Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan dari luar. Umno tidak boleh ditumbangkan dari luar. Sejarah telah membuktikanya berulang kali tetapi Perdana Menteri boleh ditumbangkan dari dalam dan ahli-ahli Umno dan pemimpinya akan bersedia untuk menjatuhkan Perdana Menteri asalkan Umno tidak ditumbangkan. Orang Melayu lebih suka menarik rambut dari tepung tanpa merosakan tepung itu. Tetapi sekiranya tepung itu boleh menjadi rosak, mereka lebih bersedia membiarkan rambut didalam tepung.
Abdullah tidak sesuai untuk negara. Semua orang tau perkara ini. Pembangkang tau perkara ini. Dan sekarang, Umno pun menerima hakikat ini.. Tetapi Umno akan setia dibelakang Abdullah sekiranya kedudukan Umno itu tergugat. Mereka akan setia dibelakang Abdullah, sekiranya masa depan Umno tergugat. Mereka tidak akan menentang Abdullah sekiranya masa depan Umno itu membahayakan. Mereka akan meninggalkan Abdullah, hanya sekiranya kedudukan Umno itu tidak tergugat.
Tugas pertama kita sekarang bukanlah untuk menumbangkan parti pemerintah. Itu boleh dilakukan kemudian, sekiranya ada peluang. Kita perlu menyelamatkan negara dan menyingkirkan anasir-anasir yang menggugat kebahagiaan negara. Dan nanah yang menjadi punca kepada kebobrokan negara hari ini adalah berpunca dari orang yang memimpin kita.
Kita sebagai rakyat, tidak sepatutnya menentang Umno. Terdapat kempen secara senyap yang jarang sampai kepengetahuan pembangkang, tetapi jelas didengar dikalangan mereka didalam Umno yang berkumpul dikedai mamak atau coffee house. Surat layang disalin dan disebarkan kepada semua. Setengahnya boleh dipercayaai dan setengahnya tidak. Setengahnya begitu berwibawa sehinggakan kita sendiri tertanya-tanya, bagaimana mereka melakukanya. Lagi menarik cerita itu, lebih ramai yang mempercayaainya, kerana adalah mustahil untuk mereka-reka cerita yang mempunyai segala bukti. Terpulanglah kepada yang membaca untuk mempercayaainya atau tidak. Tetapi apabila cerita itu diulang-ulang, lama kelamaan, khabar-khabar angin pun akan menjadi fakta dan amat sukar untuk membezakan yang mana benar dan salah.
Mereka menceritakan tentang perkahwinan Jeanne Danker. Mengikut cerita, Abdullah adalah suami yang ketiga, bukan kedua.Setengah ahli Umno sanggup bersumpah, pernah melihat dokumen perkahwinan itu. Tidak diketahui apakah dokumen tersebut, tetapi ianya berkaitan dokumen perceraian Jeanne dengan suaminya yang kedua. Mengikut tukang cerita, mereka bercerai tanpa sebarang dokumen.Dan itulah sebabnya mengapa perkahwinan Abdullah ditangguhkan beberapa bulan. Mereka terpaksa mencari suami kedua Jeanne untuk menyelesaikan dokumen perceraian sebelum Abdullah boleh mengahwininya.
Adakah ini rahsia Jeanne yang tersimpan , ataupun tohmahan orang yang kecewa dan mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti Abdullah? Walaubagaimanapun, saya tidak akan dapat memahami budaya Umno dan saya tidak akan cuba untuk memahami apakah logik disebalik cerita ini. Mengikut yang empunya cerita, siapa yang percaya bila dikatan Anwar sebagai gay? Tetapi akhirnya terbukti. Jadi, apakah susah untuk mempercayaai cerita Jeanne dan Abdullah ini? OK, logik jugak! Tapi masalahnya, saya tidak percaya bahawa Anwar itu gay, jadi contoh ini tidak begitu menjadi kepada saya.
Apa pun, Malaysia Today hanya berurusan dengan fakta dan juga cerita-cerita dari saksi-saksi sebenar, dan mereka yang terlibat dengan apa saja cerita yang dibincangkan. Sudah pasti, bukan semua ‘fakta’ dapat dibuktikan dengan dokumen. Malah mahkamah undang-undang pun menerima pengakuan saksi sekiranya tiada sebarang dokumen yang boleh dijadikan bukti. Tetapi pengakuan saksi mestilah dari saksi yang sebenar dan bukan dari orang lain, kalau tidak, ia akan hanya diterima sebagai ‘khabar-khabar angin. Dikala mahkamah menetapkan pengakuan saksi dimahkamah terbuka, Malaysia Today bersedia untuk membenarkan ejen kami kekal tidak dikenali demi mempertahankan identiti pemberi maklumat.
Cerita mengenai percintaan Abdullah-Jeanne mungkin tidak cukup untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Tetapi gerakan dalaman Umno dan Barisan Nasional mampu melakukanya. Dan keadaan menunjukkan seolah-olah terdapat satu gerakan bawah tanah dan secara senyap sedang berlaku. Laporan polis yang dibuat oleh Johari Ismail yang melibatkan Abdullah dengan perlakuan jenayah hanyalah satu isu. Perlanggaran Akta Pertubuhan telah dilakukan pada 28 Ogos 2006 dan juga Perlembagaan Umno dan Kod Etika. Sebenarnya, tindakan Abdullah boleh menyebabkan Umno diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan seperti yang berlaku 20 tahun dulu.
Nampaknya, beberapa ahli majlis tertinggi Umno sudah bersedia untuk tampil kedepan menjadi saksi, sekiranya kes ini dibawa kemahkamah. Dan ada cakap-cakap, kes ini akan dibawa kemahkamah. Sekiranya mereka yang hadir didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dan mereka yang menerima arahan untuk mensabotaj Mahathir pada 9/9/2007 mengesahkan perkara ini, Abdullah mungkin terpaksa meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin dia bernasib baik kerana tidak perlu dipenjarakan selama enam tahun seperti Anwar Ibrahim kerana menyalahgunakan kuasa walaupun itu sepatutnya balasan kepada apa yang dilakukanya.
Selain dari itu, terdapat satu lagi kes yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12/12/2007 yang tidak begitu baik kepada Abdullah. Mufti Sabah telah mengeluarkan fatwa yang mengisytiharkan semua patung Buddha adalah haram. Dengan fatwa tersebut, Thean Hou Foundataion telah dilarang untuk menaikkan patung Goddes of the Sea dan diarahkan untuk menghentikan semua kerja-kerja walaupun mereka telah membawa masuk patung ini dan kerja-kerja telah dilakukan hampir separuh jalan.
Chong Kah Kiat telah menemui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam percubaan untuk menyelesaikan masalah ini. Baru-baru ini, Abdullah telah berkata bahawa dia bersedia untuk mendengar. Dia juga memberitahu dia sebenarnya mengetahui apa yang sedang berlaku dan bukanlah bodoh seperti yang dikatakan orang lain. Timbalan Perdana Menteri telah mendesak Abdullah untuk melakukan sesuatu kerana perkara ini amat membahayakan. Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan beragama. Walaupun kebebasan ini tidak termasuk orang-orang Islam, orang Islam tidak dibenarkan meninggalkan Islam atau menganut ugama lain, kerajaan tidak boleh masuk campur didalam agama-agama lain seperti yang tertulis didalam Perlembagaan.
Patung Buddha yang terbesar terdapat di’Negeri Islam’ Kelantan. Umno mengatakan Pas adalah parti ekstremis dan tidak bertolak ansur terhadap bukan Islam atau agama-agama bukan Islam. Tetapi Pas membenarkan patung terbesar Buddha diMalaysia didirikan dinegeri ia memerintah. Dan didalam pemerintahan Pas juga, Menteri besar telah memanggil penganut Hindu kesatu mesyuarat dan mencadangkan kepada mereka untuk membina satu kuil Hindu.
Dia meluluskan pembinaan kuil Hindu serta merta tanpa perlu memenuhi formality malah penubuhan jawatankuasa untuk hal ini juga tidak diperlukan. Sebenarnya, Penganut-penganut Hindu telah lama memohon, semasa dalam pemerintahan Umno lagi, tetapi Nik Aziz telah meluluskan permohonan yang dibuat puluhan tahun itu tanpa perlu memohon semula.
Umno mengeluarkan fatwa mengisytiharkan patung Buddha adalah haram dan melarang pembinaanya, sementara Pas membenarkan patung Buddha yang terbesar dinegara ini. Umno merobohkan kuil Hindu sementara Pas memanggil penganut Hindu untuk bermesyuarat dan menawarkan kebenaran untuk membina kuil walaupun mereka tidak pernah terfikir bahawa Pas akan bersetuju. Jadi, apa yang berlaku di Sabah tidak begitu baik kepada Umno, seperti yang dikatan oleh Najib, yang mencuba supaya Abdullah dapat membatalkan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah dan mengenepikan fatwa yang dibuat oleh Mufti Sabah.
Abdullah mengatakan dia mempunyai telinga yang besar dan bersedia mendengar rakyat. Dia tidak mahu penganut hindu berdemonstrasi dan memprotes tetapi datang berbincang denganya. Timbalan Ketua Menteri Sabah, bukanlah pekerja estet ataupun buruh kasar dari Hindraf, pergi berjumpa Abdullah. Malah Timbalan Perdana Menteri cuba untuk meyakinkan Abdullah tetapi semuanya sia-sia. Dan pada 12/12/2007 pukul 11.00 pagi, Chong Kah Kiat akan mengemukakan saman diMahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kerana Abdullah tidak mahu mendengar.
Chong Kah Kiat menyedari sesuatu yang baru hari ini.Pas bukanlah parti Taliban seperti yang dikatakan oleh Umno. Dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah tidak liberal seperti yang dicanangkan oleh Umno.Dan ini akan membuatkan orang-orang Cina bangkit dan mengambil perhatian. Sama ada Abdullah merupakan suami kedua atau ketiga Abdullah langsung tidak menjadi soal kepada orang-orang Cina walaupun orang-orang Umno berbisik dikedai mamak dan coffee house. Tetapi penganut Buddha dan Hindu akan berbisik, sama ada Islam Hadhari ciptaan Abdullah benar-benar liberal dan toleran ataupun tidak. Nasib baik, usul dari Ahli Parlimen yang mahukan semua lambang keugamaan Kristian disekolah-sekolah Kristian dibuang, ditolak. Kalau tidak, Orang-orang Kristian juga akan menyertai penganut Buddha dan Hindu bangun menentang kerajaan.
Kalau ini masih belum mencukupi, hari ini, Peguam Negara telah menghantar surat mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri supaya membebaskan ‘Tengku Goh’ dari tahanan buang daerah. Timbalan Menteri adalah orang nombor dua. Orang nombor satu adalah Menteri, yang juga Perdana Menteri. Apakah Peguam Negara berani menghantar surat kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri mengarahkan pembebasan bos kepada semua bos sindiket penjenayah yang bergerak dinegara ini, sekiranya orang yang diatas Timbalan Menteri, iaitu Perdana Menteri, tidak merestuinya?
Apabila kami mula-mula menyiarkan episode satu daripada 10 episod tentang sindiket jenayah terancang, kami mengatakan ‘semua jalan menuju Putrajaya’. Hari ini, ia telah terbukti. Hari ini, Peguam Negara telah membuktikan bahawa Perdana menteri merupakan Penaung kepada sindiket jenayah Cina, sama seperti dia menjadi Penaung kepada sindiket jenayah Melayu, PEKIDA.
Dan apakah yang berlaku kepada orang yang menahan ‘Tengku Goh’? Kalau Tengku Goh tidak bersalah dan mesti dibebaskan dengan arahan Peguam Negara dan mendapat restu dari Perdana Menteri, apakah nasib yang akan menimpa orang yang menahan ‘Tengku Goh’?
Seperti yang dikatakan, Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan telah disiasat kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Tetapi dia tidak disiasat bagaimana dia memperolehi RM27 juta tetapi disiasat kerana tidak mengisytiharkanya! Dan dia ditangkap dan didakwa. Dan dia telah digantung kerja sementara menanti keputusan perbicaraan.
Tetapi dia tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Dan tidak juga didakwa bagaimana dia memperolehinya. Ini tidak lagi menjadi isu. Ini kerana RM27 juta itu sebenarnya tidak ada, sama ada dia mengisytiharnya atau tidak. Dia didakwa kerana menggunakan kapalterbang polis. Ya! Seorang yang pernah menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah dan menaiki kereta yang dihias bendera, sama seperti Gabenor Sabah, dituduh menggunakan kapalterbang polis yang sememangnya untuk digunakan.
Abdullah juga terbang dengan pesawat kerajaan. Dia membawa kesemua ahli keluarganya menggunakan pesawat kerajaan.Dian dia bukan sahaja menaiki pesawat untuk mengelilingai hutan-hutan diSabah sebaliknya dia terbang keseluruh dunia, malah ketika bercuti. Dia juga membawa Jeane Danker bersama didalam kapalterbang ini walaupun mereka belum lagi berkahwin. Dan Jeanne juga menyertai keluarga Abdullah menggunakan kapalterbang kerajaan untuk bercuti dan tinggal dirumah Patrick Lim walaupun mereka bukan suami isteri.
Tetapi Abdullah tidak ditangkap ataupun didakwa kerana menggunakan pesawat kerajaan untuk kegunaan peribadi walaupun kesemua keluarga, kawan-kawan, termasuk teman wanitanya, dibawa bersama. Yang salah hanyalah Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan.
Abdullah sudah kehilangan punca. Malah mereka yang rapat denganya pun semakin bimbang. Terlalu banyak yang tidak betul. BERSIH, HINDRAF, dan beberapa isu lain hanyalah satu daipada permasalahan yang lebih besar. Abdullah telah melancarkan Ops Padam. Ops Padam adalah nama kod bagi operasi untuk menghapuskan semua penentangnya. Hari ini, dua dozen telah ditangkap, hari Ahad sedozen ditangkap. Lebih 60 orang-orang India didakwa atas percubaan membunuh. Abdullah merasakan, sekiranya dia dapat memadamkan penentang-penentang ini, maka masalahnya akan selesai.
Tetapi masalahnya tidak akan selesai. Ianya tidak akan selesai kerana musuh sebenarnya bukanlah pembangkang. Pembangkang tidak mampu menumbangkanya. Pembangkang tidak mampu menumbangkan Umno.Hanya mereka didalam Umno dan barisan Nasional mampu menumbangkanya. Bila tengku Goh dibebaskan,sebahagian mereka didalam pasukan polis akan merasa kecewa dan marah. Apabila Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan yang menangkap ‘Tengku Goh’ dipenjarakan, kerana terbang diatas hutan Sabah menggunakan pesawat polis, ramai lagi anggota polis akan marah.
Bila Chong Kah Kiat mengemukan saman terhadap kerajaan diMahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana fatwa Mufti Sabah yang mengharamkan patung Buddha dan tidak dibenarkan, ia akan menyebabkan penganut Buddha marah. Bila perbicaraan kerana percubaan membunuh dimulakan terhadap penyokong Hindraf, ia akan menyebabkan penganut Hindu marah. Sekiranya polis bertindak terhadap laporan polis terhadap Abdullah kerana mensabotaj Mahathir diMesyuarat Bahagian Kubang Pasu, ramai pemimpin Umno bersedia untuk tampil kedepan untuk memastikan tali gantung dileher Abdullah semakin ketat.
Itulah caranya bagaimana Abdullah akan dihantar kealam persaraan. Bukan kerana dia merupakan suami Jeanne yang kedua atau ketiga., tetapi isu-isu dimana Abdullah enggan mendengar atau melihat.Najib pernah member amaran kepadanya tetapi Khairy tidak mahu Abdullah menerima nasihat daripada Najib. Abdullah mempunyai penasihat-penasihat diTingkat 4 yang diketuai oleh Khairy, oleh itu orang-orang ini mesti dibenarkan untuk menasihati Abdullah. Dan nasihat mereka ialah Ops Padam perlu dilancarkan dan memadamkan penentangan terhadap Perdana Menteri. Tetapi mereka tidak mempunyai perancangan bagaimana untuk memadamkan penentangan didalam Umno dan Barisan Nasional. Semuanya ini akan menjadi penentu bagaimana Abdullah akhirnya tumbang.
Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal 'Losing the plot' oleh Raja Petra. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk keartikel asal disini...
Wednesday, December 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment