Sunday, March 9, 2008

Syabas kepada semua !

Mohon maaf kepada semua pelayar. Blog ini tidak dikemaskini sepanjang musim pilihanraya kerana pengendali terlalu sibuk dengan urusan pilihanraya.

Walaubagaimanapun, kita akan kembali esok untuk bersama-sama rakyat dalam menghayati kemenangan ini.

Sunday, February 17, 2008

Lawatan DS Anwar kePerak

Gambar-gambar sekitar lawatan DS Anwar kePerak 16.02.08


Pengerusi Perhubungan Negeri, Ustaz Zulkifli Ibrahim bersama Angkatan Muda Keadilan Bagan Serai.


DS Anwar Ibrahim disambut oleh penduduk-penduduk Lenggong.


DS Anwar bersama Gobi dan pemimpin Pas Padang Rengas




Sebahagian penduduk Lubuk Merbau sedang mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim

Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini....

Monday, February 11, 2008

Anwar di Bukit Gantang


Lebih seribu orang hadir untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim di pekan Simpang, Taiping sebentar tadi.


Majlis yang dianjurkan oleh Keadilan Bahagian Bukit Gantang menyaksikan kehadiran luar jangkaan, terutama dari kalangan masyarakat India yang memberikan sambutan hangat kepada DS Anwar.


Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini....

Thursday, February 7, 2008

Wednesday, February 6, 2008

Siaran tergendala sebentar!

Kami memohon maaf kerana laman ini tidak dapat dikemaskini buat sementara waktu. Kemaskini akan dibuat mulai 12 Februari 2008.

Harap maaf.

Friday, January 25, 2008

Umno mula pergunakan sekolah - Zulkifly Ibrahim



Bahang pilihanraya semakin panas dan UMNO telah mula menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk berkempen dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

PKR Perak telah diberitahu oleh beberapa orang Guru Besar tentang arahan-arahan yang telah diberikan kepada mereka untuk membantu calon-calon Umno. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Pemangku Ketua Perhubungan Negeri, PKR Negeri Perak, Sdr. Zulkifly Ibrahim, dalam satu ceramah diKuala Kangsar, malam tadi.

Menurut Sdr. Zulkifly, beberapa arahan telah diberikan kepada Guru Besar iaitu Sukan Tahunan sekolah perlu diadakan selewt-lewatnya pada 29 Februari ini dan pihak sekolah mesti menjemput Wakil Rakyat dari Umno atau BN untuk merasmikan majlis sukan tersebut. Kalau sebelum ini, PIBG terpaksa meminta derma untuk majlis sukan tahunan, tetapi kali ini, UMNO bersedia menampung apa-apa kos yang diperlukan asalkan pihak sekolah menjemput calon Umno untuk merasmikan majlis sukan tersebut.

Satu lagi arahan yang diberikan ialah semua bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mesti dikeluarkan selewat-lewatnya akhir Januari ini. PKR difahamkan bahawa semua peruntukan tersebut telah pun dimasukkan kedalam akaun sekolah-sekolah dan Guru Besar telah diarahkan supaya pemberian bantuan ini mesti diadakan didalam satu majlis dimana calon Umno akan menyampaikan bantuan tersebut.

Lazimnya, bantuan KWAPM ini diberikan sekitar bulan Mei - Jun setiap tahun tetapi kali ini, kelulusan bantuan telah dipercepatkan untuk mengambil kesempatan demam pilihanraya. Dan secara lazimnya juga, pemberian bantuan ini selalunya dibuat oleh pihak sekolah dimana YDP PIBG diminta menyampaikan bantuan tersebut tetapi kali ini, Guru Besar telah diarahkan supaya penyampai bantuan tersebut mestilah dikalangan calon Umno.

PKR tidak menentang bantuan yang diberikan tetapi dengan menggunakan dana awam untuk tujuan politik Umno merupakan satu tindakan yang tidak beretika. Beliau berharap, ibubapa tidak terpedaya dengan helah Umno untuk menutup penipuan mereka tentang yuran sekolah percuma yang dihebohkan sebelum ini.

Ibubapa perlu sedar, apa yang kita mahukan ialah pendidikan percuma, bukan bantuan yang diberikan menjelang pilihanraya. Ibubapa perlu sedar, bahawa kos pendidikan yang semakin meningkat memerlukan keprihatinan pemerintah untuk diselesaikan, dan pemerintah yang ada hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah ini, sebaliknya setiap dasar yang dikemukakan lebih banyak membebankan ibu bapa.

Tuesday, January 22, 2008

Desperate Times, Desperate Measures and More Broken Promises

UMNO-BN regime is desperate to win back Malaysian Indians who have defected to Parti KeADILan Rakyat in droves in the aftermath of the Hindraf protest in late December, 2007.

The Police brutality, which symbolised the attitude of the “act tough” Badawi government which was endorsed by the Samy Vellu and Gang-led MIC and was seen on national television and published in the mainstream media, revived the spirit and desire for justice among the generally stoic Indians. This was followed by the arrest of Hindraf leaders and some of their key supporters.

Read more.......