Beberapa hari ini e-mel dan SMS tersebar dengan begitu meluas. Kononnya sebuah kontena senjata ditemui disebuah tempat di KL, yang hendak digunakan oleh masyarakat India di dalam suasana kaum yang tegang akhir-akhir ini. Maka SMS itu berakhir dengan menuntut semua orang Melayu - tak kira UMNO, PAS atau Keadilan - untuk berkumpul mempertahankan hak Melayu.
Sejak perhimpunan HINDRAF baru-baru ini, suasana kaum amat tegang. Dari awal lagi pendirian kami konsisten, sebahagian tuntutan mereka berasas, dan tanpa asas pun mereka punya hak untuk berhimpun. Namun, kami tidak bersetuju dengan tuntutan mereka terhadap Artikel 153, kerana musuh mereka bukan sepatutnya orang Melayu - tetapi pimpinan BN. Begitu juga dengan dakwaan mereka bahawa wujudnya pembersihan etnik masyarakat India - itu tidak berasas.
Begitu juga di Mumbai baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempertikaikan hak pimpinan India meluahkan keprihatinan mereka terhadap isu ini. Jangan kita hipokrit - tatkala kita menegur kerajaan Britain kerana memberi penghormatan kepada Salman Rushdie atau kekesalan kita terhadap sikap kerajaan Myanmar yang terus berlengah untuk mencapai kemajuan dalam proses perubahan di sana - mana mungkin kita tak membenarkan negara lain menyatakan keprihatinan mereka. Atau sudahkah kita lupa bagaimana Tunku Abdul Rahman merupakan antara suara lantang mengkritik aparteid di Afrika Selatan?
Baca seterusnya........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment