Mengapakah Malaysia Today tidak menulis apa-apa tentang perhimpunan HINDRAF pada 25/11/2007? Mengapakah Raja Petra mendiamkan diri? Mengapa tiada komen? Ia menjadi satu tanda tanya! Apakah Raja Petra dan Malaysia Today menyokong atau menentang tuntutan penganut-penganut Hindu?
Ya, saya dihujani dengan soalan, soalan dan lebih banyak soalan. Walaupun 80% hingga 90% daripada berita, surat, artikel dan kandungan blog adalah berkaitan dengan HINDRAF, ia seolah-olah tidak bermakna. “Itu orang lain yang berkata. Apa yang kita mahu dengar ialah apakah pendirian Raja Petra dan Malaysia Today”. Seolah-olah itulah yang dimahukan.
Saya sebenarnya bercadang untuk membiarkan semua orang berhujah dan memberi pendapat sebelum memberikan tumbukan K.O. Kalau saya bertindak lebih awal, sudah pasti pihak ‘ disebelah sana’ akan mengubah taktik. Buat apa nak tunjuk ‘terror’ awal-awal? Biarkan mereka habis modal dulu, kemudian barulah kita bentangkan kad kita. Bila mereka dah bentangkan semua kad mereka dan tak ada apa lagi yang hendak ditawarkan, itulah masanya saya akan ‘slam’ kad saya dan sapu semuanya! Saya akan telanjangkan mereka dan biarkan mereka balik dengan hanya berseluar dalam.
Dan MASA itu ialah sekarang! Tetapi sebelum itu, baca dulu e-mail yang telah disebarkan untuk menyemarakkan semangat nasionalisma Melayu dan sentimen Islam.
Anwar Ibrahim – Peminat Hindraf no. 1
Masyarakat islam sekarang sedang memantau dengan rapi tindakan-tindakan perancang dan penggerak HINDRAF, satu kumpulan kecil penganut Hindu yang sedang berusaha untuk mewujudkan huruhara dinegara ini dengan berselindung disebalik slogan-slogan bangsa dan ugama mereka. Dalam memperjuang dan mempertahankan pembinaan kuil-kuil Hindu, mereka telah bertindak diluar batasan terhadap bangsa-bangsa lain dinegara ini. Dimanakah kredibiliti mereka apabila menuduh bahawa kerajaan membunuh 100 orang-orang India semasa insiden Kg. Medan pada tahun 2000.
Ketika tindak-tanduk kumpulan ini diperhatikan, Negara tersentak apabila Anwar Ibrahim mendekati kumpulan ini dari belakang dan menyampaikan satu ucapan yang memberansangkan kepada lebih 1500 penyokong Hindraf yang berkumpul dihadapan Mahkamah Kelang pada 26 November 2007. Anwar menyeru mereka untuk meneruskan perjuangan mereka mempertahankan isu kuil dan ugama mereka. Itulah Anwar, bertindak ketika suasana masih panas.
Begitu juga, ketika demonstratsi jalanan BERSIH pada 10 November 2007, Anwar mengambil kesempatan denga muncul diperhimpunan itu, ketika keadaan sudah reda dan mengambil alih kepimpinan dalam menyerahkan memorandum kepada pegawai istana. Ini membuatkan pemimpin pembangkang lainya seolah-olah bodoh. Mereka bekerja keras, terpaksa mengharungi hujan dan berasakan dengan pihak berkuasa. Kesudahanya, Anwarmenyapu hasil titik peluh mereka, manakala mereka hanya menerima kuah.
Itulah Anwar! Bekas pemimpin yang bankrupt politik yang lebih suka masuk ‘ikut belakang’ dalam apa saja keadaan dia berada. Setiap minggu, di ‘belakang’ tabir, dia bertemu dengan pemimpin Yahudi dan mengutuk kerajaan, menuduh kerajaan, antaranya bertanggungjawab terhadap masalah ekonomi Negara.
Dia begitu mudah terlupa bahawa ketika beliau menjadi menteri kewangan, bersetuju untuk menjual negara ini dengan menerima cadangan IMF. Itulah Anwar, seorang putera Machiavelli yang mempunyai moto, “ matlamat menghalalkan cara.” Dia akan melakukan apa saja untuk membolehkan dia ditabalkan, dalam hal ini, sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia yang selama ini mendiamkan diri, perlu menyatakan pendirian sekarang. Adakah anda mahukan HINDRAF yang ditaja oleh LTTE ini menghancurkan jalinan masyarakat Malaysia sedia ada? Adakah anda mahukan menteri kewangan yang gagal ini, yang akan melakukan apa saja dan sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menjadi pemimpin kita? Rakyat Malaysia, anda perlu membuat keputusan sekarang!
Anwar – bakal Perdana Menteri Hindraf
Ya, itulah e-mail yang tersebar luas, dan mesejnya bersesuaian dengan kenyataan yang dibuat oleh Nazri Aziz bahawa Anwar merupakan dalang dibelakang Hindraf. Ketua Pergerakan umno pula menyatakan terdapat satu gerakan dibelakang semua perarakan yang dilakukan tempoh hari – dari perarakan yang dilakukan oleh Majlis Peguam pada 26 September, BERSIH pada 10 November, HINDRAF pada 25 November, dan termasuk juga perhimpunan diBatu Buruk tempoh hari dimana dua orang telah ditembak. Cakap-cakap dikalangan orang-orang Umno di’coffee house’ dan dikedai mamak mengatakan bahawa Singapura adalah dibelakang semua perhimpunan ini, dicipta untuk menimbulkan huru-hara dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Abdullah Badawi.
Apa yang dikenali sebagai ‘Singapore Connection’ ini agak sukar untuk diterima apabila memikirkan tentang betapa akrabnya Abdullah dengan Singapura dan ‘ejen’ Singapura yang tempatkan didalam kerajaan Abdullah tidak lain tidak bukan adalah ‘penasihat ekonomi’, Kalimullah. Kita hanya boleh membuat tanggapan bahawa cerita mengenai Singapura ini hanyalah untuk mengalih pandangan mengenai dakwaan mengatakan Singapura telah Berjaya menyusup kePutrajaya dan ‘Tingkat 4’ membuat beberapa dasar yang menguntungkan Singapura. Walau apa pun, jentera pemutarbelit ini sedang bekerja lebih masa dan cerita-cerita yang keluar daripada UMNO bukanlah bertujuan untuk memberitahu keadaan sebenar sebaliknya untuk mengelirukan kita.
Tanpa diragui, kebanyakan perkara yang berlaku bukanlah secara kebetulan. Kalau anda berfikir bahawa Malaysia merupakan mangsa keadaan dan kebetulan, fikir lagi sekali. Terdapat jurutera dan arkitek sedang merancang sesuatu. Dan matlamatnya begitu mudah; mengembalikan perpaduan Melayu.
Kata orang, kalau tak rosak, buat apa nak dibaiki? Memang benar, jalan yang paling baik adalah jalan yang telah diuji dan digunapakai. Dan jalan yang telah diuji dan digunapakai ini telah dibuktikan pada 13 Mei 1969, dua hari selepas parti pemerintah kehilangan dua pertiga kerusi diParlimen dan beberapa negeri jatuh ketangan pembangkang. Suasana hari ini menyerupai 11 Mei 1969. Mereka tidak perlu menunggu keputusan Pilihanraya ke12 untuk mengetahui keputusannya. Sekiranya Pilihanraya Umum ke12 diadakan hari ini, Kelantan, Trengganu, Pulau Pinang dan Sabah akan jatuh ketangan pembangkang sementara parti pemerintah akan kehilangan majoriti dua pertiga diPerak, Selangor, Kedah dan Pahang.
Itulah sebabnya mengapa tempoh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya perlu dilanjutkan setahun lagi apabila dia bersara akhir tahun ini. Hanya dia yang mampu memastikan parti pemerintah terus berkuasa diParlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan kelebihan lebih dari dua pertiga. Pengerusi SPR telah pun menegaskan, undi pos tidak akan dihapuskan kerana hanya itulah caranya untuk memastikan tiada menteri kabinet yang akan kehilangan jawatan. Apabila ditanya, bukankah tugas SPR untuk memastikan pilihanraya perlu diadakan dengan bebas dan adil, dia menjawab dengan angkunya, bahawa peranan SPR adalah untuk memastikan orang Melayu tidak kehilangan penguasaan politik. Dan bila ditanya mengapa tempoh berkempen terlalu pendek, dan bukannya 21 hari, dia memberitahu delegasi BERSIH yang dia tidak mempunyai kuasa untuk memanjangkan tempoh berkempen dan sekiranya mereka tidak bersetuju, maka mereka (BERSIH) dicadangkan berjumpa YDP Agong dan minta Agong buat pindaan!
Seperti yang disarankan oleh Pengerusi SPR itu, maka BERSIH pun membawa kes ini kepada YDPA pada 10 November 2007.
Kerajaan menjadi bimbang. UMNO telah menuduh BERSIH cuba untuk mengheret YDP Agong kedalam politik. Tetapi YDP Agong sedar bahawa sebenarnya Pengerusi SPR lah orang yang menolak permintaan BERSIH dan menyuruh mereka berjumpa YDP Agong. Sekarang ini, tempoh Pengerusi SPR akan tamat dalam masa tiga minggu. Adakah YDP Agong akan bersetuju melanjutkan tempoh Pengerusi SPR selama setahun lagi dan membiarkan SPR menipu untuk memastikan BN menang dalam pilihanraya ke 12 nanti? Terdapat factor yang tidak diketahui.YDP Agong telahpun menolak tempoh Ketua Hakim Negara, seorang lagi crook, daripada dilanjutkan. Kemungkinan, YDP Agong juga akan menolak permintaan tempoh Pengerusi SPR dilanjutkan juga.
Oleh itu, mereka perlu melangkah YDP Agong.Mereka perlu meminda undang-undang untuk memastikan tempoh persaraan Pengerusi SPR boleh dilanjutkan tanpa persetujuan YDP Agong. Dan mereka akan melakukannya pada hari Selasa, 11 November 2007. Pada hari tersebut, Parlimen akan meluluskan akta membenarkan kerajaan melanjutkan tempoh Pengerusi SPR setahun selepas persaraan wajib. Ini akan menjadikan YDP Agong tidak relevan. Persetujuan daripada YDP Agong tidak lagi diperlukan. Mereka boleh melangkah YDP Agong sekarang.
Tetapi ini masih belum mencukupi. Orang-orang Cina dilihat sudah meminggirkan kerajaan. Pilihanraya negeri Sarawak telah membuktikan. Tetapi orang-orang Melayu terbahagi kepada empat kumpulan. Orang melayu PAS, orang Melayu PKR, orang Melayu UMNO pro-Abdullah dan orang Melayu UMNO anti Abdullah. Mengikut perkiraan terakhir, orang melayu UMNO pro-Abdullah sudah menurun sehingga 20%, 80% terdiri daripada orang Melayu Pas, PKR dan anti-Abdullah.
Tiada jalan lain lagi. Kem Abdullah perlu melakukan sesuatu ala 13 Mei 1969. Tetapi mereka tidak boleh menunggu sehingga keputusan pilihanraya diumumkan, seperti 13 mei 1969 kerana tidak mahu perkara ini terlalu jelas dan juga risikonya tinggi. Lagipun mereka telah dapat membuat ramalan, nak tunggu apa lagi? Mereka mampu melakukanya sekarang. Cuma berlainan sedikit dengan 1969 – kalau dulu mereka perlu menunggu keputusan pilihanraya, kali ini mereka boleh menjangkakanya. Tetapi strateginya tetap sama. Satukan Melayu. Pastikan semua orang Melayu berkumpul dibawah satu isu. Jadi, tidak ada lagi Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu pro-Abdullah atau pun Melayu anti-Abdullah. Hanya ada satu kumpulan Melayu: kumpulan Melayu yang bersatu dibawah ancaman dan kecaman bukan Melayu.
Pada tahun 1969, mereka merasakan mereka mampu mengawal api yang merebak. Hari ini, mereka masih merasakan begitu. Pada tahun 1969, keganasan kaum berlaku. Kali ini, ia tidak perlu berlaku. Mereka hanya perlu menyatakan bahawa keganasan kaum akan terjadi dan terus mengawalnya dengan menangkap sesiapa saja yang dianggap menjadi ‘ancaman kepada keselamatan negara’ dibawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Ini mereka lakukan 20 tahun lalu ketikan melancarkan ‘Operasi Lalang’. Melayu pada masa itu juga berpecah. Dan 20 tahun lalu, mereka menyalakan api perkauman dan kemudian menangkap semuanya dibawah ISA sebelum pergaduhan terjadi. Tetapi sekurangnya, Melayu bersatu dibawah ‘ancaman’ bukan Melayu – satu formula yang telah diuji dan digunapakai setiap kali.
Ali Rustam telah diarah untuk mengambil tindakan terhadap penternak babi dinegerinya. Apabila orang-orang Cina melawan, dan mereka tahu orang Cina akan melawan, ia mencetuskan kemarahan orang Melayu. “Mereka menembak orang Melayu diTerengganu tetapi tidak berbuat apa-apa terhadap orang Cina”, itulah rungutan dikalangan orang-orang Melayu. Kemudian Ali Rustam menyampaikan ucapan diKongres PPP dan mengatakan UMNO tidak memerlukan sokongan orang-orang Cina dan India untuk terus berkuasa. Dengan angkuh beliau mengisytiharkan dikhalayak orang-orang India, Umno telah memerintah selama 50 tahun dan akan memerintah 50 tahun lagi tanpa sokongan orang-orang India dan Cina.
Kemudian Khir Toyo merobohkan kuil hindu diShah Alam dan ini menaikkan kemarahan orang-orang India. Memorandum Hindraf kepada Ratu Elizabeth pun dirangka. Seseorang telah memasukkan satu ungkapan didalam petisyen tersebut tentang penghapusan etnik dan menuntut supaya dihapuskan semua dasar-dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Jawatankuasa Hindraf sendiri tidak melihat petisyen tersebut. Mereka yang hadir dikalangan 30,000 orang pada 25 November 2007, tidak tahu menahu tentang petisyen tersebut. Ramai yang langsung tidak tahu tentang kewujudan petisyen tesebut. Mereka diberitahu bahawa mereka berkumpul untuk menuntut trillion ringgit daripada kerajaan British. Setiap orang India akan menjadi jutawan. Mereka keluar setelah dijanjikan dengan imbuhan wang. Mereka tidak sedar bahawa dibelakang tabir, terdapat petisyen yang sungguh kontreversial yang boleh mencetus kemarahan orang-orang Melayu dan menyatukan mereka dibelakang Abdullah Badawi.
Sekarang ini, Jawatankuasa Hindraf berpendapat bahawa petisyen tersebut merupakan satu kesilapan. Mereka bersetuju bahawa petisyen tersebut sepatutnya ditulis dengan lebih baik. Kita bersetuju, masalah orang-orang India perlu diberi perhatian tetapi perkatan seperti penghapusan etnik dan menghentam orang-orang Melayu tidak memungkinkan mereka mencapai apa yang mereka mahu. Bagaiman kesilapan ini boleh berlaku? Siapa yang membuat kesilapan? Mengapa tiada seorang pun dapat mengesan kesilapan tersebut? Mengapakah didalam keghairahan tersebut, hanya seorang ditugaskan untuk mengendalikan petisyen tersebut, bukannya jawatankuasa Hindraf? Sepatutnya jawatankuasa inilah yang membuat keputusan tentang apa yang patut ditulis!
Walaubagaimanapun,tumpuan adalah mengenai kawalan perhimpunan, dan bukan mengenai apa yag ditulis didalam petisyen tersebut. Dan itulah yang ditumpukan oleh semua orang, tanpa menyedari bahawa petisyen tersebut akan memberikan kesan negative terhadap usaha-usaha untuk mengetengahkan masalah orang-orang India. Pada pukul 2 pagi hari Ahad, orang ramai mula bergerak kedalam Batu Caves. Pada pukul 4.00 pagi, apabila orang-orang India mahu memulakan perarakan, mereka di paksa untuk masuk balik kedalam dan pintu pagar ditutup. Pada pukul 4.20 pagi, MIC memberikan arahan dan pancutan air pun bermula. Air dipancut secara berterusan beserta gas pemedih mata sehingga FRU kehabisan stok. Bekalan baru dibawa dan tembakan pemedih mata diteruskan, didepan mata Pergerakan Pemuda MIC yang ‘memberi arahan’ dalam operasi polis pada pagi tersebut.
Batu Burok bukanlah kemuncaknya. Episod 10 November diMasjid India juga bukanlah kemuncaknya. 25 November juga bukan merupakan kemuncaknya. Satu letupan besar bakal berlaku. Ketegangan ini masih belum memuncak. Kemuncaknya ialah apabila berita kerajaan mula bertindak terhadap symbol-simbol keagamaan yang tidak Islamik dan patung-patung sampai ketelinga orang-orang Islam dan bukan Islam.
Pada 25 May 2006, Majlis Bandaran Kudat menghantar sepucuk surat kepada Chong Kah Kiat supaya menghentikan pembinaan patung Goddes of the Sea diKudat, Sabah.
Pada 6 Jun 2006, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah telah menghantar sepucuk surat kepada Majlis Bandaran Kudat untuk memberitahu mereka bahawa Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan semua kerja-kerja pembinaan patung itu dihentikan.
Kemudian, sepucuk surat lagi daripada pejabat Ketua Menteri bertarikh 23 Jun2006, menegaskan supaya kerja pembinaan patung itu dihentikan.
Pad 27 Jun 2006, Majlis Bandaran Kudat sekali lagi menghantar surat kepada Chong Kah Kiat memberitahunya bahawa kerajaan mengarahkan pembinaan patung itu dihentikan.
Pada 7 Julai 2006, Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa pembinaan patung atau arca yang menyerupai kehidupan, sama ada manusia ataupun animistic, adalah haram mengikut Shariah. Tujuannya adalah untuk membendung perbuatan menyembah berhala. Mufti Sabah kemudiannya meminta supaya pembinaan patung Buddha dihentikan demi menjaga perasaan umat Islam di Sabah khasnya dan umat Islam diMalaysia amnya.
Dengan adanya fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Sabah ini, tumpuan kita tertumpu kepada satu patung Besar diBatu Caves yang terletak dibawah bidang kuasa Khir Toyo, Menteri Besar yang sama yang mengarahkan supaya Kuil Hindu di Shah Alam dirobohkan, yang menyebabkan tercetusnya perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007.
Dalam satu lagi kejadian minggu lepas, seorang ahli Parlimen Umno meminta supaya semua lambing salib dan patung-patung disekolah-sekolah mubaligh kristian dibuang. Berdasarkan apa yang difatwakan oleh Mufti Sabah, Ahli Parlimen Umno ini tidak salah. Tetapi mengapakah secara tiba-tiba mereka mahu mengambil tindakan terhadap kuil Hindu, patung Buddha ataupun simbol-simbol Kristian? Sudah pasti Umno tidak mahu menhancurkan diri mereka kerana mereka tahu rakyat bukan Islam akan menjadi marah. Ataupun adakah mereka akan bangun seperti apa yang berlaku pada tahun 1969 supaya orang-orang Melayu akan bersatu kembali, seperti 1969?
Ya, itulah sebabnya mengapa saya berdiam diri dan tidak mahu member komen mengenai perhimpunan Hindraf. Jika ahli jawatankuasa Hindraf sendiri tidak menyedari tentang ungkapan yang kontrovesial didalam petisyen yang dihantar kepada Ratu Elizabeth, siapakah yang tahu? Dan apakah kes Hindraf ini merupakan kes yang terasing dan tiada kene mengena dengan isu penternak babi ? Dan apakah ianya berkaitan dengan Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Sabah yang mengisytiharkan bahawa kuil Buddha adalah haram dan saranan Ahli Parlimen daripada Umno tentang semua simbol keagamaan Kristian mesti dibuang?
Apapun, tak kira apa yang akan berlaku, mereka yang dibelakang semua kontroversi kaagamaan ini mungkin telah mencapai matlamat mereka.Orang-orang Melayu akan kembali bersatu dibelakang Abdullah Badawi seperti yang dirancangkan. Dan apabila ini berlaku, Abdullah berada dalam keadaan selamat, dan kemudian mengisytihar pembubaran PArlimen untuk memboleh Pilihanraya Umum Ke12 diadakan. OK, mereka mungkin kehilangan undi Cina dan India. OK, mereka mungkin mendapat hanya 60% undi. Tetapi itu tidak menjadi soal selagi 60% undi datangnya daripada Melayu kerana 60% undi Melayu ini merupakan 80% daripada jumlah kerusi diParlimen. Dan Abdullah memerlukan dua pertiga dan 80% sudah lebih dari dua pertiga. Dan dalam masa yang sama, melalui Fatwa, semua symbol keaagamaan bukan Islam dan patung-patung diisytiharkan haram dan tidak akan dibenarkan lagi diMalaysia.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal, The tried and tested route of history oleh Raja Petra. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk artikel asal:http://www.malaysia-today.net/nuc2006/index.php?itemid=833)
Thursday, December 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment