Sunday, December 2, 2007

Gobi ditangkap lagi.


N. Gobalakrishnan didakwa sekali lagi dimahkamah majistret Pulau Pinang pada Jumaat lalu atas dakwaan menghalang pegawai polis dari menjalankan tugas pada 29 Januari 2002. Beliau didakwa buat pertama kali pada 30 januari 2002 dan dibebaskan.(Discharge not amounting to an acquittal).
Majistret Ooi Sheow Yean membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,000.00 sementara kes didengar pada 17 March 2008. Beliau didakwa dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Seramai 100 pegawai-pegawaii FRU dikerahkan untuk menjaga keselamatan disekitar bangunan mahkamah diJalan Sultan Ahmad Shah, walaupun hanya sekitar 15 orang sanak saudara dan rakan-rakan Gobalakrishnan yang hadir.
(Lagi gambar-gambar mengenai penangkapan Gobala boleh dilihat disini...)

No comments: