Tuesday, December 18, 2007

'Ops Anjak' Wanita Keadilan Perak berjaya - Fatmawaty


Kuala Kangsar, Isnin: Sumbangan wanita dalam pembangunan negara terlalu besar, dari melahirkan seorang anak, mendidik dan akhirnya menjadi manusia yang mencorak masa depan negara. Namun, pengorbanan wanita seolah-olah tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya dari masyarakat mahupun kepimpinan negara.

Wanita masih lagi dianggap penghias rumah, menjadi orang gaji tanpa gaji malah lebih teruk apabila hanya diperlukan sebagai penyambut tetamu untuk menyambut pemimpin. Pemikiran sebegini perlu dikikis dan martabat wanita seharusnya diangkat ketempat yang lebih tinggi.

Menyedari hakikat ini, Wanita Keadilan Negeri Perak terus berusaha untuk menimbulkan kesedaran dikalangan wanita untuk bangkit memperjuangkan hak-hak wanita. Beberapa program telah diatur dan pada hari ini, Wanita Keadilan Perak telah melancarkan Ops Anjak bagi Daerah Kuala Kangsar.
Demikian diantara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Wanita PKR Negeri Perak, Puan Fatmawaty Salim, semasa ceramah umum diSenggang, Kuala Kangsar, semalam.

Program yang dilakukan sehari suntuk didalam DUN Bukit Chandan itu merangkumi beberapa aktiviti, bermula dengan melawat kawasan-kawasan yang dulunya merupakan kubu kuat Umno untuk bermesra, menyampaikan risalah, memberi penerangan tentang isu-isu terkini dan mendapat reaksi terkini dari masyarakat setempat.

Program ini ternyata berjaya melalui respons yang diterima, dimana begitu ramai wanita yang ditemui menyatakan kegusaran mereka terutamanya dengan peningkatan harga barang yang seolah-olah tidak terkawal. Penerimaan mereka terhadap Parti Keadilan juga semakin meningkat dimana ramai yang terus mengisi borang keahlian.

Disebelah malam pula, satu ceramah telah dapat diadakan disatu kawasan kubu kuat Umno di Senggang. Ini menampakkan kesedaran yang tinggi dikalangan penduduk, yang rata-rata merupakan mereka yang mendapat bantuan PPRT satu masa dulu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh Wanita Keadilan bahagian Kuala Kangsar, dan bahagian-bahagian yang lain yang turut membantu, terutamanya Wanita Pusat yang diterajui oleh Puan Zuraidah Kamaruddin, yang turut memberikan ceramah pada malam tersebut.

No comments: