Monday, December 31, 2007

Kes Subashini: Tiada kena mengena dengan ugama - Pengarah IKIM


Sumber: New Straits Times

Keputusan Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini, Khamis lalu,telah meninggalkan kesan mendalam terhadap sistem perundangan. Mahkamah memutuskan bahawa hanya mahkamah sivil boleh memutuskan tentang kes perceraian dibawah Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976. Walaubagaimanapun, apabila salah seorang dari pasangan itu memeluk Islam, pihak yang memeluk Islam itu mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan dimahkamah syariah. Ini bermakna, pihak yang bukan Islam hanya boleh memohon pengadilan dimahkamah sivil, manakala pihak yang berugama Islam boleh memohon pengadilan dimahkamah syariah.

Untuk mengeruhkan lagi suasana, mahkamah juga berpendapat bahawa sesuatu pihak itu boleh menukar ugama anak-anak mereka walaupun tanpa mendapat kebenaran dari satu pihak yang lain.

Berikut adalah temuramah Aniza Damis dengan Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas tentang kesan keputusan mahkamah itu terhadap orang-orang Islam dan bukan Islam dinegara ini.

Sunday, December 30, 2007

Terhapusnya Singa-singa Tua didalam Umno – Raja Petra

Tidak diketahui, bilakah pilihanraya umum akan dibuat. Setengah mengatakan 15 March 2008. Setengah yang lain mengatakan, mungkin lebih awal. Dan ada yang mengatakan, Abdullah akan terus memerintah sehingga tamat tempohnya pada 21 March 2009. Apa pun, satu perkara yang jelas, 60% daripada calun-calun merupakan muka baru. Dan ramai daripadanya adalah dari generasi baru, dibawah 40 tahun.

Baca seterusnya.....

Saturday, December 29, 2007

BA gempur Sungai Siput






Tiga tahun dulu, ramai yang akan menyangka bahawa gambar diatas mungkin hanyalah gambar rekaan, mungkin hanya lebih baik dari gambar rekaan Tian Chua. Tetapi hari ini, semuanya berubah, apabila parti-parti pembangkang bersatu menggempur kubu kuat Samy Vellu diSungai Siput malam tadi.

Kalau tiga tahun dulu, Dr. Syed Husin Ali terpaksa menarik diri dari bertanding gara-gara 'sosialis', hari ini pemimpin Parti Sosialis Malaysia berucap dipentas Pas. Kalau dulu, ramai yang meragui kemampuan Anwar Ibrahim untuk menyatukan pembangkang, hari ini terbukti, keraguan itu meleset.

Majlis yang sepatutnya diadakan berhampiran Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, terpaksa berpindah keSungai Siput apabila polis menarik balik permit yang telah diluluskan pada awalnya. Mungkin Umno merasakan, lebih baik pembangkang menggempur Samy Vellu daripada menggempur Rafidah.


Seluruh bandar Kuala Kangsar di'kepung' oleh pihak polis melalui sekatan jalanraya, dan tidak kurang dari 5 sekatan jalanraya diadakan dari Sungai Siput hingga keKuala Kangsar. Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang rakyat dari terus hadir ketapak ceramah yang diadakan di Kg. Stesyen, Salak Utara, dalam daerah Sungai Siput.


Sepanjang jalan diKg. Stesyen telah dipenuhi dengan bendera Pas, Keadilan dan Parti Sosialis Malaysia. Dianggarkan sekitar 4000 orang hadir untuk mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin parti. Apa yang menarik ialah kehadiran begitu ramai hadirin dari masyarakat India kemarkas Pas Sungai Siput ini, yang memberikan pertanda bahawa era Samy Vellu diSungai Siput mungkin berakhir dalam pilihanraya ini.


Diantara penceramah yang memberikan ucapan malam tadi ialah Sdr. Mat Sabu (Pas), Dr. Lee Boon Chye (PKR), Ustaz Zulkifli Ibrahim (PKR), Dr. Jeyakumar (PSM) Ir. Nizar Jamaludin (Pas), dan Sdr. Loganathan (Bekas Ketua MIC, Sungai Siput)


Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini...

Thursday, December 27, 2007

UMNO Pahang seleweng bantuan mangsa banjir

DiTemerloh, dua treler yang penuh dengan muatan beras telah hilang tiga hari lalu. Dua daripada treler tersebut telah dihantar keBilik Gerakan Banjir yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan daripada Umno Bahagian Temerloh. Pengedar beras diTemerloh telah memberitahu kakitangan kami bahawa seseorang telah datang kepada mereka dan menawarkan untuk menjual beras-beras tersebut dengan separuh harga.

Baca sepenuhnya....

Jangan cabar Umno!

SEPERTI yang dijangkakan, golongan ekstrimis kaum India akan tetap seperti anjing menyalak bukit selagi tuntutan mengarut dan gila mereka itu tidak dipenuhi. Selepas salakkan daripada pemimpin Hindraf yang rata-rata dari kalangan penyokong pembangkang dipertikaikan, kini sudah muncul pula golongan yang tidak tahu berterima kasih ini muncul di kalangan parti komponen Barisan Nasional pula.

Kata-kata mulut celupar dari Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy sesungguhnya menyakitkan hati ramai orang UMNO. Atas kapasiti ahli komponen BN beliau berkata antara sebab kaum India mundur dan terpinggir adalah disebabkan parti UMNO. Kenyataan "berlapik" itu adalah luahan perasaan golongan akar umbi masyarakat India yang kononnya disampaikan kepada beliau.

Baca seterusnya..........

SHAIFUL BAHRI SAIDIN
NO 1, TAMAN HARMONI
45400 SEKINCHAN
SELANGOR

Samy Vellu semakin gelabah - Xavier Jayakumar

Serangan Samy vellu terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini menunjukkan bagaimana kewibawaan Samy dan MIC yang semakin menurun. Tuduhan melulu sedemikian menunjukkan bahawa kedua-dua Samy dan MIC sedang menghadapi masalah yang teruk.

Samy Vellu menuduh Anwar bertindak secara perkauman semasa insiden Kampong Rawa pada tahun 1998. Hakikatnya, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin kerajaan yang berani turun kebawah untuk menyelesaikan konflik antara kaum dan ugama yang berlaku pada masa itu.

Baca seterusnya.....

Monday, December 24, 2007

Ketuanan UMNO

Pemuda UMNO mahu Gerakan hukum Paranjothy

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Para pemimpin Pemuda UMNO mendesak Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengambil tindakan paling tegas terhadap Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy yang mendakwa UMNO adalah salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini. Utusan Malaysia

Paranjothy akan dihukum -- Keanggotaan Naib Ketua Pemuda Gerakan boleh digantung – Tsu Koon

PULAU PINANG 23 Dis. – Parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap Naib Ketua Pemudanya, S. Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini. Utusan Malaysia

Itulah harga yang perlu dibayar untuk berkata benar didalam Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja untukmenyakitkan hati rakan-rakan lain didalam BN tetapi mereka sendiri tidak boleh dikritik atau ditegur.

Anda perlu melihat video ini untuk mengetahui apakah Paranjothy berkata benar ataupun tidak.

Sunday, December 23, 2007

Semua yang haram - Raja Petra

Penganut ugama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim juga memanggil Tuhan mereka Allah, yang mana merupakan Tuhan yang sama bagi umat Islam. Tidak ada tiga Tuhan. Tidak ada Tuhan yang berasingan untuk orang-orang Yahudi, Kristian dan Islam. Dan ketiga-tiga umat Yahudi, Kristian dan Islam percaya kepada Tuhan yang disembah oleh Ibrahim. Oleh itu, mengapakah hanya umat Islam dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ sementara yang lainnya diharamkan menggunakan perkataan tersebut?


Baca seterusnya........

Umno guna politik perkauman - Pemimpin Gerakan

Dari Malaysiakini:

Dalam satu tindakan yang berani, seorang pemimpin parti Gerakan telah mengkritik Umno, sebagai pemimpin Barisan Nasional, kerana menghasut sentimen perkauman dikalangan orang Melayu untuk kepentingan politik mereka.

“Mereka menghasut sentiment perkauman dikalangan masyarakat mereka sebagai alat untuk kepentingan karier politik mereka.” Dakwa Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy hari ini.

Baca seterusnya....

Saturday, December 22, 2007

Election in March? - The Sun

PETALING JAYA (Dec 21, 2007): The 12th general election is expected to be held in March next year, Sin Chew Daily reported on Wednesday (Dec 19).

The daily said it learnt that Umno leaders have been informed the next general election will be held in three months and its state leaders are moving into high gear in their preparations for the polls.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is known to like the numeral "3". Apart from having a "3" in his No. 13 official car registration, he announced the dissolution of the previous parliament on March 3, 2004.

Read more...........

Friday, December 21, 2007

Tiga Jahanam - Raja Petra

Keputusan untuk menyiasat sindiket jenayah terancang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharum. Johari juga membuat keputusan untuk menahan lebih setengah dozen pemimpin sindiket ini, termasuk orang nombor dua, `Tengku Goh.’ Johari menandatangani arahan menghantar mereka untuk ditahan diSimpang Renggam, dan didalam kes ‘Tengku Goh’, dibuang daerah keKelantan.

Baca seterusnya......

Skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang - Anwar Ibrahim

Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang status Zon Bebas Pelabuhan Klang dan bertanggungjawab di atas pertambahan kos yang berjumlah RM 3.5 bilion. Untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion bermula dari tarikh yang lebih awal.

Baca seterusnya...

Landasan Berkembar: Hentikan kegilaan ini - Kim Quek

Penganugerahan kontrak untuk membina landasan berkembar dari Ipoh kePadang Besar yang bernilai RM 12.5 billion, dijangka akan menjadikan projek ini satu lagi projek pembaziran, yang hanya akan menambah koleksi projek gajah putih dinegara ini.

Baca seterusnya...

Thursday, December 20, 2007

Korban dan terkorban - Mat Saman Kati


Semalam aku balik kampong, untuk menyambut Hari Raya Haji.

Sampai kat kampong pukul 4 petang, adik beradik riuh rendah pasai kerbau dah terlepas. Kerbau yang sepatutnya dikorbankan pada hari raya ini pun tidak rela dikorbankan. Tapi apa nak buat, nasib hang kerbau, hang sekoq, askar aku ramai.

Anak buah aku seramai 16 orang pun hambat keliling kampung, macam SB hambat penyokong Hindraf. Last-last, abang ipar aku dapat menangkap kerbau dengan menggunakan tali macam Gaucho kat Argentina. Fuh, terror jugak orang kampung ni. FRU patut belajar macam mana nak tangkap kerbau dengan tali, tak payah la pakai gas pemedih mata atau water canon.

Malam, aku pi lepak kat kedai Azrul dipekan Sauk, pekena kopi Gano. Banyak jugak member-member Amno lepak kat situ. Baru nak letak pungkoq, depa dah canon kat aku. "Apa la Keadilan! Tipu orang melayu saja." La, nak kata terkejut beruk tak jugak, tapi ini kes berat. " Tipu apa dia?", aku tanya balik. "Hari tu perhimpunan kat Kampong Baru rupa-rupanya Keadilan yang rancang. Nasib baik kami dapat tau awal, kalau tidak buta saja kena cekup."

"Ni sapa yang bukak cerita?"

"Member Umno kami kat KL la."

"Pasai apa Keadilan nak cari pasai?"

"Pasai hangpa memang kaki demo. Hangpa saja nak buat huru hara supaya orang Melayu berpecah! Ini semua Anwar punya perancangan. Dia sokong India, tentang orang Melayu!"

Astaghfirullahilazim. Patut la Nazri boleh menang kat Padang Rengas. (Sauk terletak didalam Parlimen Padang Rengas). Kerbau yang nak dikorbankan pun tau macam mana nak lari, tapi orang Melayu Sauk merelakan diri mereka disembelih hidup-hidup.

Nasib baik aku nampak ada sorang member Keadilan kat meja lagi satu. Aku pun angkat pungkok, blah. Pindah meja. Aku pun tanya kat member aku, Azman nama dia.

"Eh Man, hangpa orang Keadilan tak boleh ka nak tarbiah bebudak Amno tu?"

" Aku sorang, Mat. Depa ramai. Hang cakap sampai sepuluh gelas pun tak boleh masuk punya. Mati akai."

"Hangpa buat la ceramah ka, sebar risalah ka."

"Ni aku nak bagi tau kat hang. Last aku tengok muka pemimpin Keadilan kat sini, pilihanraya tahun 2004. Lepas tu hilang."

"Pemimpin bahagian tak kan tak mai kot? Hang bagi tau la kat Ketua Bahagian."

"Ketua Bahagian pun aku tak kenai!"

Laa... awat la sampai tagha tu?

---------------------------------------------------------------------

Pagi tadi aku sembahyang Raya kat Masjid Sauk. Aku pun heran, pasai apa semua masjid la ni depa cat warna oren. Rasa-rasa macam kat Ukraine pulak. Aku cuba cari member-member dari Pas tapi sorang pun tak nampak. Orang Pas tak sembahyang raya ka?

Last-last ternampak Mat Senyum. Aku pun pi tanya kat dia.

"Member Pas semua pi mana?"

"Huh.. depa semua sembahyang kat markas."

" Masjid dok ada, pi sembahyang kat markas pasai apa?"

"Memang macam tu. Tiap kali raya depa sembahyang raya kat markas"

"Awat, sembahyang kat masjid tak sah ka?" aku balas balik.

"Yang tu aku tak tau la. Tapi imam kat sini orang Amno!"

Pulak dah!!!

Aku pun masuk masjid, buat apa yang patut. Bila tiba time khutbah, mata pun mula mengantuk. Bukan salah aku, tapi aku boleh faham pasai apa orang Pas tak mau mai masjid. Aku pun heran, tak dak ka orang lain yang boleh jadi imam? Macam mana boleh jadi imam kalau baca ayat Quran pun tersengguk-sengguk, macam budak tadika belajar niat mandi hadas! Anak aku yang berumur lapan tahun pun dok tanya, imam tu baca apa?

Sssshhhh! Khatib tengah baca khutbah tak boleh cakap!.....

Hari Raya, kerbau terkorban. Pilihanraya, tak tau sapa yang terkorban.





Buah dari pokok yang beracun akan tetap beracun - Raja Petra

Mereka mengatakan hanya Islam yang baik, semua ugama lain tidak baik. Dan mereka yang tidak mempunyai ugama atau atheis lagi teruk. Tetapi manusia yang sama dari ugama yang baik ini mahukan kerajaan melakukan perkara yang tidak baik. Ini yang menghantui saya. Bagaimana satu ugama yang baik menghasilkan penganut yang tidak baik? - Raja Petra Kamarudin.


Malaysia sepatutnya berbangga kerana didalam setiap perayaan , tak kira uagama mana pun, rakyatnya yang terdiri dari berbagai kaum sentiasa bersatu untuk merayakannya. Demikian kata Perdana Menteri, Abdullah Badawi seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.Abdullah juga berkata, perayaan ugama yang diraikan diMalaysia merupakan penghubung kearah perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia, katanya, patut bersyukur, kerana rakyatnya mempunyai sifat hormat terhadap bukan sahaja ugama malah setiap perayaan yang diraikan oleh masyarakatnya. Abdullah juga berkata, rakyat Malaysia sentiasa hormat menghormati diantara satu sama lain dan telah menjadi budaya untuk menghulurkan bantuan disetiap perayaan, walaupun kepada mereka yang bukan sebangsa.

“Setiap perayaan, termasuk Hari Raya, merupakan hari dimana kita berpeluang untuk melawat rakan-rakan dan mengukuhkan pertalian kita sebagai rakyat Malaysia sebenar. Dalam kehidupan seharian kita, kita mengutamakan persefahaman diantara satu sama lain, termasuk dalam hal-hal ugama, yang dianggap sensitive,” kata Abdullah.

Adakah anda nampak bagaimana ahli politik dan ahli ugama – terutama kalau mereka adalah ahli politik yang menyamar sebagai ahli ugama – sentiasa bercakap satu perkara kepada bukan Islam dan bercakap perkara lain kepada orang-orang islam? Bila orang-orang India dan Cina mula menampakkan tanda-tanda keresahan, mereka akan bercakap tentang kepelbagaian bangsa, toleransi kaum dan bermacam-macam lagi. Tetapi dihadapan penonton yang semuanya Melayu, mereka merasakan bukan Islam atau bukan Melayu tak perlu diberi perhatian, mereka bercakap tentang ‘musuh’ Melayu dan memberi amaran bahawasanya orang-orang kafir tidak boleh dipercayaai dan tidak boleh diterima sebagai rakan kerana mereka adalah musuh Islam sejak zaman berzaman.
Menghunus keris dikhalayak ramai hanyalah wayang yang ditujukan kepada bukan Melayu untuk melihatnya.

Mereka tahu kamera TV sedang menghala kearah mereka dan ditayangkan secara ‘live’, terus kerumah semua rakyat Malaysia. Tetapi apa yang mereka katakan dibelakang kita amat meloyakan. Malah Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka dan Perdana Menteri yang pertama, akan merasakan perkara yang sama didalam kuburnya. Tunku Abdul Rahman, dimasa pemerintahanya dituduh menjadi barua kepada orang-orang Cina. Tunku disingkir kerana terlalu berlembut dengan orang-orang Cina tetapi dizaman Tunku lah, Malaysia berada didalam keadaan aman, sehinggalah seseorang datang dengan idea yang ‘bagus’, tentang bagaimana menyatukan Melayu dibawah satu isu.
Saya berani mengatakan, dizaman Tunku, orang-orang Melayu kurang imannya. Setiap rumah pegawai tinggi kerajaan Melayu mempunyai bar, yang dipenuhi dengan bir, brandy, whisky dan wain, mengalahkan pub yang ada hari ini. Masa itu ialah zaman Merdeka dimana anda boleh melihat kecantikan kaki-kaki wanita Melayu dimana mini-skirt dan ‘bare-back’ merupakan trend terkini. Gadis-gadis Melayu juga menyertai Miss Malaysia, dimana mampu menyaingi gadis-gadis Cina dan India – sehinggalah kemunculan gadis-gadis Pan-Asian. Hidup Pan-Asian!

Lima puluh tahun berlalu dan kita menyambut ulangtahun ke50 Merdeka. Kini, orang-orang Melayu semakin kuat imannya. Tidak ada lagi bar dirumah-rumah orang-orang Melayu. Askar-askar juga tidak lagi menikmati wain, tetapi hanyalah air sirap. Malah, ‘toasting’, budaya barat yang melagakan gelas, dianggap khurafat. Anda tidak lagi boleh ‘high’ dengan bir dari NAFI yang boleh diperolehi hanya dengan 50 sen satu tin. Anda terpaksa membayar RM15.00 untuk satu gelas dipub dan satu ‘crate’ bir (2 dozen) adalah terlalu mahal untuk rakyat Malaysia hari ini.

Tetapi ini adalah kebaikan. Orang-orang Melayu telah menjauhkan diri dari amalan jahiliyyah dan zaman kejahilan mereka. Mereka menjadi lebih Islamik hari ini. Dan Melayu diberitahu bahawa mereka tidak boleh merayakan Krismas, tidak boleh mengucapkan Kong Hee Fatt Choy atau pun Happy Deepavali kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi mengapa Abdullah Badawi berkata demikian, seperti yang dilaporkan oleh media? Apakah dia tidak tahu apa yang dikatakanya bertentangan dengan ajaran Islam, seperti yang dikatakan oleh ulama kepada kita? Ataupun hanya berkata sesuatu kepada orang Islam dan sebaliknya kepada orang-orang bukan Islam? Saya rasa, inilah yang dikatakan politik. Anda harus menyesuaikan kenyataan anda mengikut penonton. Dan apa yang diperkatakan oleh Abdullah hanyalah untuk orang-orang bukan Melayu, bukan untuk orang-orang Melayu.

Kata orang, setiap manusia akan melalui beberapa peringkat perubahan didalam hidupnya dan saya juga tidak terkecuali. Sekiranya saya disuruh untuk menceritakan kehidupan saya, saya akan membahagikannya kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, 27 tahun pertama dalam hidup saya, merupakan Melayu (dan juga Muslim) yang dipanggil peringkat jahil. Pada masa itu, saya tidak pernah bersembahyang, malah tidak terfikir pun tentang Tuhan, minum bir, main Gin Rummy dan meibatkan diri dalam apa saja dosa. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah memakan daging babi , apa sebabnya, saya sendiri tidak tahu hingga sekarang.

Ketika saya menjangkau 27-28 tahun, saya mendapat ‘hidayah’ dan mula menjadi seorang Muslim. Saya pernah berjenaka dikalangan kawan-kawan bahawa saya tidak pernah dilahirkan sebagai Muslim tetapi masuk Islam ketika berumur 27 tahun. Mulai saat itu, saya bertungkus lumus untuk mengisi kekosongan yang saya tinggalkan selama 27 tahun. Saya pergi keMekah sebanyak 10 kali, 2 kali untuk mengerjakan Haji dan yang lainnya untuk mengerjakan Umrah. Saya duduk dan mula membaca Quran dan dalam masa beberapa minggu saya mampu membaca seperti mereka yang telah belajar ketika berumur lima tahun. Malah Tok Guru saya pun terperanjat.Katanya, kebiasaanya, seseorang itu akan mengambil masa beberapa bulan ataupun bertahun bagi ‘orang tua’ yang mana otaknya dah beku untuk membaca Quran. Saya mampu melakukannya dalam masa beberapa minggu. Saya telah membeli keseluruhan 9 jilid terjemahan Quran oleh Hamka dan 9 jilid terjemahan Hadith Bukhari termasuk kitab Imam Ghazali yang saya baca berulangkali sehingga saya mampu menghafalnya.

Saya tertawan dengan semua ini sebelum Revolusi Islam Iran. Semasa kali pertama saya keMekah untuk mengerjakan Haji, saya menyertai satu demonstrasi rakyat Iran mementang kerajaan Saudi dan dengan megahnya membawa sebuah poster besar Imam Khomeni diatas kepala saya. Saya mahukan kerajaan Saudi ditumbangkan dan kedua-dua Bandar suci Mekah dan Madinah diuruskan oleh perubuhan Islam Antarabangsa, seperti Vatican City. Saya berusia sekita 30 tahun pada masa itu merupakan seorang ‘Islamic Revolutionary’ sejati.

Saya menjadi Pengerusi masjid ditempat saya dan cuba untuk ‘membebaskan’ semua masjid dari cengkaman kerajaan. Saya membantu mencari dana untuk membangunkan seberapa banyak masjid yang bebas supaya kami tidak dikawal oleh Jabatan Agama. Mungkin anda masih ingat tentang kejadian sembahyang dua imam yang berleluasa diTerengganu pada masa itu. Datuk Yusof, Ketua Cawangan Khas Terengganu, menahan saya dan membawa saya kepada menteri besar Terengganu supaya saya boleh di‘pulih’kan. Mereka sebenarnya mahukan saya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi terdapat sedikit masalah, dimana emak sepupu saya adalah merupakan Tengku Ampuan Terengganu. Tengku ampuan Terengganu adalah adik kepada Almarhum Sultan Selangor, oleh itu mereka terpaksa berhati-hati.

Ya, saya menjadi masalah kepada Umno Terengganu dan mereka mahukan saya ditahan tetapi ‘kekebalan istana’ tidak memungkinkannya. Walaubagaimanpun, saya akhirnya meninggalkan Terengganu dan masalah itu selesai dengan sendirinya. Lima tahun kemudian, Terengganu jatuh ketangan pembangkang yang diketuai oleh Pas, jadi, itu tidak menjadi soal lagi.

Begitulah, kehidupan selama 27 tahun kedua, dalam fasa kedua kehidupan saya. Dan saya sekarang berada didalam fasa ketiga dalam kehidupan saya. Sudah pasti, saya tidak terfikir saya akan hidup 27 tahun lagi. Sekiranya ini terjadi, maka saya akan menjadi orang tua yang berumur 81 tahun. Tidak dinafikan, Tun Dr. Mahathir masih lagi bertenaga walaupun melampaui umur 81 tahun. Tetapi Tun tidak merokok, tidak tidur pukul 3.00 pagi, tidak akan bertahan dengan tidur hanya lima jam setiap malam, berhati-hati dengan pemakanannya, dan banyak lagi. Pendeknya, saya melakukan semua yang bertentangan dengan apa yang dibuat oleh Tun, oleh itu saya tidak fikir saya boleh hidup selama itu.

Tetapi itu bukan isunya. Sama ada fasa ketiga kehidupan saya menyerupai fasa pertama dan kedua bukanlah apa yang hendak saya cakapkan. Apa yang hendak saya bincangkan adalah perjalanan yang saya hadapi dalam fasa ketiga ini.

Seperti yang saya katakan, 27 tahun fasa pertama adalah zaman jahil dan 27 tahun fasa kedua, zaman Revolusi Islam Iran, merupakan zaman ‘pencerahan’. Fasa ketiga, walaubagaimanapun, seolah-olah merupakan zaman dimana saya bertanya dan mempersoalkan, yang menjurus kepada zaman kekecewaan.

Saya akui, saya seolah-olah kehilangan arah dalam fasa pertama. Kemudian saya sangkakan saya telah berjumpa dengan cahaya kebenaran dalam fasa kedua. Tetapi sekarang, dalam fasa ketiga,saya mula mempersoalkan apa yang dikatakan kebenaran. Saya mula meragui apakah ini merupakan kebenaran yang saya fikirkan mula-mula dulu. Saya sudah mula merasa kecewa dengan apa yang saya sangkakan pada awalnya sebagai kebenaran.

Ugama seharusnya bersifat baik, bukan sahaja Islam, tetapi ugama apa sekalipun. Dan itulah yang saya lalui dalam fasa kedua, memahami ugama. Tetapi sekiranya ugama itu bagus mengapakah orang-orang yang berugama itu tidak baik? Mengapa apabila saya berjumpa dengan mereka yang tidak berugama atau atheis, saya nampak manusia yang baik? Dan mengapa apabila saya berjumpa mereka yang berugama, saya nampak manusia yang tidak baik? Ya, inilah yang menghantui saya dalam fasa ketiga kehidupan ini. Sekiranya ugama itu baik, sepatutnya mereka yang berugama itu menjadi baik dan mereka yang tidak berugama atau atheis itu akan menjadi manusia yang tidak baik. Tetapi mengapa ia jadi terbalik? Dan ini bukan sahaja berlaku kepada orang-orang Islam.

Beberapa minggu dulu, saya memberikan ceramah kepada sekumpulan orang-orang Umno pro-Abdullah Badawi. Apabila saya mengatakan bahawa rasuah adalah haram dan kita mesti menentangnya, dia menjawab rasuah boleh diterima. Kemudian apabila saya mengatakan didalam Islam rasuah adalah Riba’ dan ianya mempunyai 80 peringkat riba’ dan dosa kepada peringkat yang paling bawah adalah bersamaan dengan dosa berzina dengan ibu sendiri,. Dia bersetuju dan mengatakan ini sebenarnya adalah Hadith Nabi Muhammad. Tetapi rasuah boleh diterima, ujarnya lagi.

Kalau sekiranya seorang Muslim meninggalkan Islam dan menjadi Hindu, kristian atau Biddhist, adalah menjadi kewajipan semua Muslim menentang sekeras-kerasnya perkara ini. Murtad adalah dilarang dan hukumannya adalah bunuh. Dan orang-orang Islam mestilah melakukan sesuatu, walaupun merusuh dijalanraya, membakar bangunan dan membunuh orang lain sekiranya seseorang itu cuba meninggalkan Islam. Tidak ada seorang pun orang Islam yang tidak akan bersetuju. Ini bukan keganasan, ini bukan pelampau, ini bukan ancaman kepada negara, sebaliknya ini mempertahankan maruah Islam. Tetapi kalau anda berarak secara aman ke Istana YDP Agong ataupun Parlimen untuk menghantar memorandum, ini tidak dibenarkan. Polis mesti menangkap anda, memukul anda dan pemimpin atau penganjur mesti ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Inilah yang disuruh oleh Islam dan ia adalah wajib.

Tanyalah kepada pemimpin Melayu-Islam. Tanay kepada imam dimasjid. Tanay kepada Mufti. Tanya kepada pegawai Jabatan Agama. Tanyalah kepada sesiapa pun dari Pusat Islam.Tidak ada yang tidak bersetuju bahawa peserta perhimpunan aman perlu ditangani dengan keras dan ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Dan tidak ada dikalangan mereka ini yang tidak bersetuju, bahawa murtad perlu ditangani dengan keras dan tegas, walaupun dengan merusuh, membakar bangunan dan membunuh, demi mempertahankan maruah Islam.

Kebanyakan anggota polis adalah orang Islam tetapi mereka bertindak secara ganas terhadap peserta perarakan aman. Kebanyakan pemimpin kerajaan adalah orang islam tetapi mereka bertindak secara kasar terhadap peserta perhimpunan aman. Dan mereka mengatakan ini dilakukan untuk menjamin keamanan yang dituntut oleh Islam. Tetapi sekiranya anda menghina Islam atau cuba menjadi murtad, anda perlu menerima hukuman yang setimpal. Dan ini bukanlah keganasan ataupun ancaman kepada negara. Dan ini mempertahankan maruah Islam. Rasuah OK, penipuan dalam pilihanraya OK. Menggunakan media arus perdana untuk menipu OK. Mengugut orang-orang bukan Melayu, OK. Penahanan tanpa bicara OK. Membelasah tahanan ketika ditahan polis, OK. Asalkan jangan menghina Islam ataupun keluar dari Islam. Itu tak OK dan walaupun keganasan digunakan untuk menentang perkara ini, ia masih OK.

Saya jumpa orang-orang berugama, saya nampak orang-orang tidak baik. Saya jumpa orang-orang yang tidak berugama dan atheis, saya nampak orang yang baik-baik. Bagaimana ugama boleh menjadi baik kalau penganutnya tidak baik. Bagaimana mungkin ugama itu datang dari Tuhan sekiranya hasil ugama itu ialah manusia yang tidak baik? Ya, itulah persoalan yang menghantui saya dalam 27 tahun, fasa ketiga kehidupan saya.
Lagi ramai manusia bersembahyang, lebih teruk jadinya. Manusia yang tidak bersembahyang adalah manusia yang istimewa. Bagaimana ini boleh berlaku? Pegawai polis bersembahyang. Pemimpin kerajaan bersembahyang. Tetapi mereka adalah manusia yang teruk! Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan sembahyang. Adakah ugama satu penipuan? Bagaimana mungkin ugama itu betul kalau penganutnyanya salah?

Sudah pasti, saya sudah mendengarnya banyak kali. Ugama itu tidak salah tetapi umatnya yag salah kerana tidak mengikuti apa yang diajar oleh ugama. Tetapi mengapa? Ia perlukan jawapan. Mengapakah mereka yang begitu taat kepada ugama menjadi tidak baik? Bukankah ugama memimpin kita menjadi baik? Kalau ugama gagal memimpin kita menjadi baik, sudah semestinya ugama itu sendiri, bukan penganutnya yang salah. Ada pepatah mengatakan, tidak ada murid yang tidak baik, kecuali guru. Kalau murid itu menjadi tidak baik, guru harus dipersalahkan. Dalam hal ini, apakah prinsip yang sama perlu digunakan? Kalau ugama telah gagal mengajar kita menjadi baik, maka guru harus dipersalahkan dan bukannya murid!

Fasa ketiga kehidupan saya, 27 tahun ketiga, benar-benar menyiksakan. 27 tahun pertama amat menyenangkan. Saya hanya menikmati kehidupan. Saya hanya hidup untuk hari ini dan persetankan hari esok. 27 tahun kedua juga amat memuaskan. Saya hidup untuk ugama saya. Semua yang saya lakukan adalah untuk Islam. Tetapi 27 tahun ketiga merupakan perjalanan tanpa hujung untuk saya. Dan kemungkinan, saya tidak akan sampai ketempat yang dituju kerana saya yakin saya tidak akan hidup 27 tahun lagi. Saya perlu mencari jawapan adakah ugama benar-benar wujud atau hanya ciptaan manusia ataupun hanya penglipur lara. Buah dari pokok yang beracun akan tetap beracun. Tidak disangsikan lagi. Dan buah dari ugama yang baik sudah semestinya baik. Tidak disangsikan lagi. Tetapi itu tidak berlaku disini.

Hari ini, kita diberitahu bahawa orang-orang Islam menyokong tahanan tanpa bicara. Hari ini, kita diberitahu terdapat 1.5 juta orang-orang Melayu dari 395 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyokong kerajaan keranan menggunakan ISA terhadap peserta perhimpunan aman. Ramai yang marah kerana 31 orang dari Hindraf tidak akan didakwa atas tuduhan membunuh. Mereka mahukan darah orang-orang yang cuba menggunakan hak mereka yang diberikan Tuhan untuk bersuara. Semua 1.5 juta orang-orang Melayu ini adalah penganut kepada ugama yang baik. Tetapi penganut ugama yang baik ini mahukan kerajaan melakukan perkara yang tidak baik. Itulah yang menghantui saya tidak henti-henti. Bagaimana sebuah ugama yang baik menjadikan penganutnya tidak baik?


(Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal " Fruit from a poisonous tree will be poisonous" oleh Raja Petra Kamarudin. Sekiranya berlaku kekeliruan, sila rujuk artikel asal disini...

Tuesday, December 18, 2007

'Ops Anjak' Wanita Keadilan Perak berjaya - Fatmawaty


Kuala Kangsar, Isnin: Sumbangan wanita dalam pembangunan negara terlalu besar, dari melahirkan seorang anak, mendidik dan akhirnya menjadi manusia yang mencorak masa depan negara. Namun, pengorbanan wanita seolah-olah tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya dari masyarakat mahupun kepimpinan negara.

Wanita masih lagi dianggap penghias rumah, menjadi orang gaji tanpa gaji malah lebih teruk apabila hanya diperlukan sebagai penyambut tetamu untuk menyambut pemimpin. Pemikiran sebegini perlu dikikis dan martabat wanita seharusnya diangkat ketempat yang lebih tinggi.

Menyedari hakikat ini, Wanita Keadilan Negeri Perak terus berusaha untuk menimbulkan kesedaran dikalangan wanita untuk bangkit memperjuangkan hak-hak wanita. Beberapa program telah diatur dan pada hari ini, Wanita Keadilan Perak telah melancarkan Ops Anjak bagi Daerah Kuala Kangsar.
Demikian diantara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Wanita PKR Negeri Perak, Puan Fatmawaty Salim, semasa ceramah umum diSenggang, Kuala Kangsar, semalam.

Program yang dilakukan sehari suntuk didalam DUN Bukit Chandan itu merangkumi beberapa aktiviti, bermula dengan melawat kawasan-kawasan yang dulunya merupakan kubu kuat Umno untuk bermesra, menyampaikan risalah, memberi penerangan tentang isu-isu terkini dan mendapat reaksi terkini dari masyarakat setempat.

Program ini ternyata berjaya melalui respons yang diterima, dimana begitu ramai wanita yang ditemui menyatakan kegusaran mereka terutamanya dengan peningkatan harga barang yang seolah-olah tidak terkawal. Penerimaan mereka terhadap Parti Keadilan juga semakin meningkat dimana ramai yang terus mengisi borang keahlian.

Disebelah malam pula, satu ceramah telah dapat diadakan disatu kawasan kubu kuat Umno di Senggang. Ini menampakkan kesedaran yang tinggi dikalangan penduduk, yang rata-rata merupakan mereka yang mendapat bantuan PPRT satu masa dulu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh Wanita Keadilan bahagian Kuala Kangsar, dan bahagian-bahagian yang lain yang turut membantu, terutamanya Wanita Pusat yang diterajui oleh Puan Zuraidah Kamaruddin, yang turut memberikan ceramah pada malam tersebut.

Sunday, December 16, 2007

Wa tolong lu, lu tolong wa - Mat Saman Kati

31 pengikut Hindraf dakwa ditipu
Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah diminta menimbangkan rayuan yang dibuat oleh 31 pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) supaya dakwaan terhadap mereka di mahkamah digugurkan dengan alasan telah ditipu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau dimaklumkan, dalam rayuan itu, mereka mengesahkan tidak lagi menyokong Hindraf dan tidak akan terbabit dalam mana-mana aktiviti lain yang dianjurkan oleh badan itu pada masa depan.

“Saya telah meminta Peguam Negara supaya mengkaji rayuan ini dan membuat keputusan secepat mungkin kerana mereka ini sebenarnya telah ditipu oleh Hindraf. (
Utusan 15/12/2007)

Bila aku baca laporan dalam Utusan ni, rasa nak tergelak pun ada, rasa meluat pun ada. Sebabnya trick ni dah basi. 15 tahun dulu, aku pun buat benda ni tapi tak perlu la buat riuh.

Rasa nak tergelak pasai bila Pak Lah pun buat macam apa yang aku buat dulu, aku rasa standard aku pun macam Perdana Menteri. Tapi tu dulu, la ni aku tak buat dah. Dah tobat.

Rasa meluat pasai trick ni orang tak buat dah, tiba-tiba Pak Lah buat. Nampak sangat tak dak standard. Bagi la kat kutu-kutu haprak macam Nazri ka, Samy Vellu ka.

Tahun 92 dulu, aku pernah jadi salah sorang ' task force' untuk Parti Gerakan kat Penang. Task force ni bergerak secara sulit, orang Gerakan pun tak kenai kami. Bos kami seorang CEO sebuah syarikat kat Prai, kroni Gerakan. Kami kerja kat syarikat tu, tapi tak buat kerja kat kilang! Kerja kami, buat kerja-kerja untuk parti. Cukup bulan, syarikat bayar gaji.

Selepas Gerakan kalah teruk tahun 90, pemimpin Gerakan mula atur strategi bagaimana nak tawan balik kerusi-kerusi yang ditawan oleh DAP.

Tahun 92, tugas kami yang pertama ialah persempadanan semula. Kalau hangpa ingat SPR yang buat, hangpa kena tipu. Sebenarnya kami yang buat, lepas tu bagi kat BN Negeri. Lepas semuanya bersetuju, baru bagi kat SPR. SPR cuma endorse saja!. Tapi yang ni aku malas nak cerita pasai tak dak kena mengena dengan cerita Pak Lah diatas.

Lagi satu tugas kami ialah macam mana nak pertingkatkan imej Gerakan dikalangan orang-orang Penang. Dalam masa yang sama kena perkuatkan kawasan-kawasan yang 50:50. Selepas 'brainstorming', kami setuju dengan satu cara. yang ni ada kaitan dengan apa yang Pak Lah buat diatas.

Mula-mula kami sebarkan cerita, sapa nak berniaga secara kecilan: food stall, hawker's stall, kami bagi tau boleh berniaga. Cuma bayar RM30.00, dapat satu surat dari City Council, dah boleh berniaga. (Bukan lesen! semua penipu.) Tapi kami pi jumpa dengan YDP City Council, orang Gerakan jugak, supaya jangan ambil tindakan terhadap peniaga-peniaga ini, sehinggalah diberitahu. Maka penuh lah hawker's stall kat Penang. Dari Gurney Drive, Esplanade, Lorong Selamat, Island Glade, Trengganu Road, merata-rata.

Tahun 93, kami bagi tau kat City Council, suruh pi tangkap semua peniaga-peniaga ni pasai berniaga tanpa lesen. Lebih seribu! Bila kena tangkap, kami pun mula berlagak hero. Don't worry, brader. Lim Chong Eu boleh tolong. Gerakan boleh tolong. Tapi, wa tolong lu, lu tolong wa la! Semua setuju. Setiap kali ada yang kena tangkap, pemimpin Gerakan ambil giliran pi tolong. Phoa! Gerakan manyak baguih lo! saman pun depa boleh settle. Lesen lagi kasi. Fuiyo, ini macam wa gerenti undi sama lu!

Pilihanraya tahun 95, DAP kalah teruk. Robocop pun kalah.

Dalam drama Hindraf ni pun, modus operandinya pun sama jugak. mula-mula Hindraf buat perhimpunan pada 25/9 kat Putrajaya. Nak kata Hindraf didalangi oleh pembangkang, tak jugak. Sebab kalau tengok kat banner atau poster depa, semua pakat dok sokong BN, sokong Pak Lah. (tengok kat sini....)

Kemudian, selepas perhimpunan pada 25/11, Uthayakumar lagi sekali canon kat pembangkang.(tengok kat sini....)

Bila penyokong Hindraf kena tangkap, Peguam negara sendiri yang turun. Bila tengok dakwaan yang dikenakan..... tak masuk akai!

Tiba-tiba Pak Lah mai save. Macam main Police Sentry pulak. Hambat satu kampung, dapat tangkap masuk bulatan, tunggu member lain save. Pak Lah pun kata, "saya akan minta Peguam Negara supaya mengkaji rayuan yang dibuat oleh penyokong-penyokong ni".

Tapi hangpa kena ingat! Wa tolong lu, lu mesti tolong wa.

Saturday, December 15, 2007

Perikemanusiaan?

Top left: A dog was knocked down by a car and died on the middle of the road. Later, another dog is seen beside the corpse of the dog, he tried to wake his friend up using his leg.

Bottom left: When his attempts to wake his friend failed, he tried to push his friend to the side of the road. But the weight of his friend was proven too heavy for him.

Top right: Though the traffic is busy and dangerous, he just will not go away from his friend. Just stand beside his friend howling and crying.

Bottom right: A lot of people saw this incident and feel very touched. How even a dog can show his loyalty and love to his friend.

(Thanks Rita Redzuan for this e-mail)

V. Ganabathirau - Elizabeth Wong



Lambaian pilu dari V. Ganabathirau, gambar dari Tony Pua, Penasihat Ekonomi DAP dan juga Ketua DAP cawangan Damansara.

Ganabathi tidak mungkin melihat anaknya yang berumur 4 bulan, membesar dengan penuh kasih sayang seorang bapa, akibat kezaliman Abdullah Badawi dan UMNO.

Berikut adalah terjemahan daripada catatan Tony Pua yang juga boleh didapati diblog Elizabeth Wong.

Anda mungkin sudah membaca New Straits Times semalam mengenai Gana seorang ahli DAP. Apa yang menyebabkan episode malang ini begitu dekat dihati saya adalah: Gana merupakan ahli DAP bagi cawangan Damansara, dimana saya merupakan Pengerusi. Gana menyertai kami pada bulan March tahun ini, dan seterusnya membantu kami menubuhkan cawangan Taman Muda diShah Alam dimana dia merupakan Penasihat.

Setelah mengenalinya selama lebih kurang 8 bulan dulu, saya tidak boleh mengatakan saya tahu semuanya. Tetapi ada banyak perkara yang melambangkan kemurniannya yang saya kongsi bersama.

Gana bukanlah seorang rasis. Dia juga bukanlah seorang fanatik ugama dan tidak mungkin seorang pengganas seperti yang digambarkan. Setelah mengenalinya beberapa bulan dulu, sifatnya adalah bertentangan dengan apa yang cuba digambarkan oleh pemerintahan Pak Lah melalui media.

Gana adalah rakyat Malaysia sejati, yang percaya bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengenal kaum, mempunyai hak yang sama untuk berjaya. Walaupun setengahnya mungkin mengatakan bahawa Hindraf sepatutnya memperlihatkan diri mereka supaya lebih bersifat berbilang kaum, tidak ada rakyat Malaysia yang waras dapat menafikan bahawa sebilangan besar orang-orang India dinegara ini telah dipinggirkan dan hidup dibawah ataupun hampir dengan garis kemiskinan.

Melihat cara politik Malaysia hari ini, adalah tidak mengejutkan apabila kaum India terpaksa bangkit dan bersuara. Mereka sebenarnya tidak akan kehilangan apa-apa.

Setengah orang mungkin mengatakan saya mampu untuk memberikan masa kepada politik kerana saya mempunyai wang selepas menjual syarikat saya. Tetapi bagi Gana, walaupun baru saja memulakan firma perundangannya, terpaksa berulang alik (sekurangnya seminggu sekali) diantara Teluk Intan (kampong halamannya) dan Shah Alam dimana mereka tinggal sekarang, untuk memberikan khidmatnya kepada mereka yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik. Malah dia telah menyewa dan menyediakan kelengkapan pusat khidmat diTeluk Intan dengan duitnya sendiri, untuk meneruskan usahanya.

Apabila saya menerima kes-kes dipusat khidmat saya sendiri diDamansara Utama, dan memerlukan bantuan guaman untuk membantu mereka yang mengadu, Gana menawarkan diri tanpa diminta. Sebagai contoh, terdapat satu kumpulan seramai 7 orang kontraktor yang gagal mendapat bayaran daripada pemaju perumahan, Gana terus membantu mereka dan memberikan khidmat nasihat secara sukarela. Apabila tindakan undang-undang diperlukan saya terpaksa meyakinkannya untuk menerima pembayaran daripada kontraktor ini.

Fikirkan, kesemua kontraktor ini terdiri dari orang-orang Cina tetapi, bangsa, seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia, tidak pernah terlintas olehnya.

Gana, adik bongsu dikalangan 3 beradik. Keluarga mana pun akan merasa bangga sekiranya mempunyai anak sepertinya. Keluarganya dari masyarakat India Telugu dan membesar dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Gana tidak mempunyai peluang untuk menamatkan pelajarannya seperti orang lain. Selepas menamatkan Tingkatan 5, dia terpaksa bekerja sambilan untuk membantu keluarga dan dirinya.

Begitupun, itu tidak menghalangnya untuk berjimat dan mengambil kursus-kursus separuh masa untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai kehakiman. Impiannya menjadi kenyataan ketika beliau berusia lewat dua puluhan apabila beliau berjaya mendapat ijazah undang-undang melalui program jarak jauh University of London. Dia memulakan tugasnya sebagai pembantu undang-undang dengan sebuah firma guaman diTeluk Intan sehinggalah beliau mampu menubuhkan firmanya sendiri selepas berpindah ke Shah Alam tahun lepas.

Selama ini, beliau mempunyai cita-cita politik, bukan bercita-cita untuk mencari kekayaan diri secara haram ataupun tidak beretika, tetapi cita-cita untuk membantu memainkan peranan demi kemajuan masyarakatnya yang terpinggir khasnya, dan keseluruhan rakyat Malaysia amnya. Setelah menubuhkan firmanya sendiri, untuk kebaikan atau sebaliknya, dia mampu memberi masa kepada isu-isu politik dan sosial. Dan dia melakukannya dengan sepenuh hati dan kerelaan.

Gana berkahwin tidak lama dulu dengan seorang guru sekolah. Dan pada Hari Merdeka yang lalu, anaknya yang pertama telah dilahirkan, sekarang berumur tidak sampai 4 bulan. Jika Pak Lah meneruskan caranya, sementara Gana dibebaskan dari tahanan ISA, anaknya akan berumur lebih dua tahun. Bila Gana pertama kali menunjukkan isterinya yang berada dimahkamah kepada saya ketika dia didakwa dengan tuduhan menghasut dimahkamah syesen Kelang, anda akan dapat melihat air matanya dengan jelas. Segala kerisauannya, malangnya menjadi kenyataan.

Gana memberitahu saya, isterinya pernah menjadi pendebat disekolah satu ketika dulu, dan seorang yang amat peka dengan politik. Sebenarnya, beberapa tahun dulu, isterinya pernah memperlinya mengatakan bahawa Gana hanya pandai bercakap tentang politik, tetapi tidak mahu melibatkan diri.Walaubagaimanapun, baru-baru ini secara separuh bergurau, isterinya pernah berkata bahawa dia menyesal kerana menggalakkan suaminnya berjuang untuk kebaikan.

Gana merupakan lelaki yang baik. Dia sanggup berkorban untuk membantu membina Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, terutamanya untuk masyarakat yang terpinggir dan tertindas. Dia mencipta nama melalui ketabahan, usaha, kepetahan dan kesungguhan terhadap sesuatu isu. 30,000 orang-orang India dari segenap pelusuk Malaysia turun kejalanraya Kuala Lumpur bukan kerana mereka tidak mempunyai perkara lain untuk dilakukan, tetapi mereka percaya, penindasan ini perlu dihentikan.

Untuk itu, Pak Lah yang tidak berupaya untuk mendengar, menerima dan berhadapan dengan kebenaran, menggunakan ISA yang zalim dengan harapan dapat menutup segala kelemahannya.

Syukur, Gana mempunyai keluarga yang penyayang dan bermurah hati yang akan membantu menjaga keperluan seorang ibu dan anak kecilnya. Seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, DAP akan menubuhkan satu tabung untuk membantu keluarga mereka yang ditahan tanpa perbicaraan.

Ketika menulis catatan ini, air mata mula mengalir. Saya sesungguhnya percaya bahawa Gana akan memperolehi lebih kekuatan selepas dibebaskan nanti. Kita mungkin tidak akan mendengar khabar darinya untuk satu jangka waktu tetapi saya mengharapkan dia akan menjadi pemimpin dinegara ini satu masa nanti. Seorang pejuang ulung yang prihatin, bijak dan berdedikasi dalam memberikan sumbangan untuk merealisasikan Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang. Segala sumbangan dan pengorbanannya jangan harus dipersia-siakan.

Friday, December 14, 2007

Mengapa Web-power begitu berpengaruh didalam PDRM?- Teresa Kok

Isu Pertama, Pada pertengahan tahun ini, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat WebPower/Eurokopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun.

Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 juta setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter?

Baca seterusnya disini......

Thursday, December 13, 2007

TERKINI!!! KLIP VIDEO LINGAM



(WWW.SUARAKEADILAN.COM) AKAN MENYIARKAN SECARA EKSLUSIF RAKAMAN PENUH PITA LINGAM SELAMA 16 MINIT ESOK (14 DISEMBER 2007) JAM 9 PAGI

Apa nak jadi, Pak Lah - Kim Quek

Siapakah yang pernah menyangka, Abdullah Badawi yang berjanji untuk melakukan perubahan ketika Pilihanraya 2004, tiba-tiba berubah dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara polis, menjelang pilihanraya akan datang?

Penangkapan pemimpin-pemimpin parti politik dan pemimpin masyarakat yang lain (yang hanya mahu menyerahkan petisyen) diParlimen, yang dikepung oleh halangan polis walaupun tiada tanda-tanda berlakunya kekacauan, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara polis.
Adalah tidak masuk akal untuk mengambil tindakan yang begitu drastik sedangkan tujuanya hanyalah untuk menghantar petisyen meminta Barisan Nasional tidak terlalu gopoh untuk meminda Perlembagaan – Artikel 114 –yang melanjutkan tempoh persaraan Pengerusi SPR dari 65 ke 66 tahun – hanya untuk membenarkan Pengerusi SPR yang pro-BN terus menerajui pilihanraya akan datang.

Pada hari yang sama, 11/12/2007, ibupejabat parti Pas telah dikepung oleh polis untuk menghalang pemimpin parti dari pergi keParlimen untuk menghantar petisyen itu. Negara demokratik manakah yang sanggup melakukan tindakan yang bercanggah dengan prinsip demokrasi dan penyalahgunaan pasukan polis secara terang-terangan? Adalah amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri yang hanya beberapa hari lalu memberitahu Asian Wall Street Journal tentang kejayaan demokrasi diMalaysia.

Untuk melihat dengan lebih jelas tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan dinegara ini, saya akan menyenaraikan beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini.

11/12/2007 – Penangkapan diParlimen dan pengepungan ibu pejabat Pas.

9/12/2007 – Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Penahanan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam Negara kerana menghalang penjawat kerajaan dari menanggalkan sepanduk dibangunan Majlis Peguam. Penangkapan peguam dan aktivis yang berarak secara aman ketika menyambut perayaan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, sehari selepas Majlis Peguam membatalkan perarakan tahunan mereka disebabkan tekanan dari kerajaan.

9/12/2007 – Sejumlah aktivis, termasuk pemimpin parti pembangkang ditangkap dibeberapa tempat diseluruh negeri kerana menyertai perhimpunan pada 10/11/2007 yang dianjurkan oleh BERSIH – satu pergerakan yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan NGO yang meminta pilihanraya yang bebas dan adil.

25/11/2007 – Perhimpunan Hindraf dimana 30,000 orang telah turun kejalanraya untuk memprotes tentang diskriminasi yang dilakukan terhadap kaum India dibawah Dasar ekonomi Baru (DEB). Peserta perhimpunan telah ditindas dengan kejam dimana pancutan air berasid, gas pemedih mata dan penggunaan cota yang dilakukan oleh anggota polis. Berikutnya, 31 orang-orang India telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan percubaan membunuh kerana mencederakan seorang anggota polis; dan pemimpin Hindraf – sebuah pergerakan hak orang-orang India- telah ditangkap dan didakwa.

10/11/2007 – Perhimpunan Bersih yang disertai oleh 40,000 orang diKuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong, meminta supaya perubahan dilakukan terhadap system pilihanraya. Peserta perhimpunan dihalang oleh polis dan dikejar oleh FRU menggunakan gas pemedih mata, air berasid dan cota.

Untuk mengelak daripada dituduh menggunakan keganasan melampau, Pak Lah, didalam ucapannya pada 10/11/2007 berkata, “sekiranya pilihan adalah diantara keselamatan awam dan kebebasan awam, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan disini bahawa keselamatan awam menjadi pilihan.” Seolah-olah beliau mengatakan bahawa peserta perhimpunan adalah mereka yang melanggar undang-undang yang menggugat keselamatan awam dan beliau menegaskan akan menggunakan ISA sekiranya perlu.

Semua ini adalah pembohongan, apabila tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan terdapat niat, perlakuan ataupun senjata yang boleh mencetuskan keganasan dikalangan peserta semasa perhimpunan diadakan. Sebaliknya, peserta perhimpunan ini sepatutnya dipuji kerana menunjukkan disiplin yang cukup baik walaupun mendapat layanan yang kasar dari pihak polis. Tidak ada keganasan, kecuali kejadian diBatu Caves pada pagi 25 /12 apabila sebahagian besar peserta dan penganut Hindu dikepung didalam kawasan kuil dan diserang dengan gas pemedih mata dan pancutan air berasid.

Tentangan dari SUHAKAM

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai menyanggah tuduhan liar Perdana Menteri tentang ‘ancaman terhadap keselamatan awam’, Pengerusi SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), menegaskan,

Kemungkina terhadap ancaman keselamatan perlu dilihat berdasarkan bukti, bukan spekulasi ataupun imajinasi. Suhakam merasa kesal kerana kerajaan telah tidak mempedulikan gesaan untuk menghapuskan undang-undang yang memerlukan permit untuk perhimpunan awam ataupun perarakan.
DiLondon, anda boleh mengadakan perhimpunan secara aman dan polis akan berkawal untuk menghadapi ancaman keselamatan. Tetapi disini, sesuatu kumpulan itu memerlukan permit walaupun hanya untuk menyerahkan memorandum.
SUHAKAM meminta supaya Seksyen 27 Akta Polis 1967 (yang memerlukan kebenaran polis untuk mengadakan perhimpunan lebih dari tiga orang) dimansuhkan, kerana ia bertentangan dengan Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia, dan tidak konsisten dengan semangat Perlembagaan.
” (Star, 12 December 2007)

Kenyataan SUHAKAM seterusnya berkata,

Pada masa ini, seolah-olah tangkapan dan dakwaan dilakukan secara terpilih dan berat sebelah. SUHAKAM menggesa pihak bertanggungjawab untuk menghormati dan menegakkan undang-undang dan memastikan kesamaan seperti yang termaktub didalam artikel 8, Perlembagaan Persekutuan. Suhakam kesal kerana banyak cadangan tidak diambil perhatian dan ini membantu dalam meningkatkan status hak asasi manusia dinegara kita.” (Malaysiakini 12 December)

Adalah jelas, siapakah penjahat didalam episod yang menjahanamkan hak asasi seseorang itu dan amat memalukan.

Mengapa Pak Lah dan anggota kabinetnya mengambil tindakan kurang ajar yang memalukan Malaysia ini? Saya merasakan terdapat dua sebab.

SATU, Kerajaan Abdulah telah dilanda dengan beberapa skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang besar sejak awal tahun ini. Ini termasuk pembunuhan sensasi seorang rakyat Mongolia yang dikaitkan dengan pemimpin atasan., komisen yang diragui yang mencecah ratusan juta ringgit dibayar untuk pembelian kapal selam dan jet pejuang; penyiasatan serentak tiga pemimpin tertinggi bahagian keselamatan - Ketua Polis Negara, Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, perbelanjaan sebanyak RM4.6 billion untuk mencipta ‘Pekan Hantu’ di Port Klang, perbelanjaan sebanyak RM6.75 billion untuk kontrak pembinaan bot peronda yang gagal, laporan Ketua Pengarah Audit yang mendedahkan tentang rasuah yang berjumlah jutaan ringgit yang merangkumi hampir keseluruhan jentera kerajaan, dan yang terbaru, klip video Lingam yang mendedahkan tentang kepincangan badan kehakiman yang paling teruk.

Salah satu skandal diatas, sudah cukup untuk menjatuhkan mana-mana negara demokrasi, tetapi diMalaysia, dengan menggunakan suratkhabar dan TV, isu-isu ini ditutup dari pengetahuan rakyat. Walaubagaimanapun, dengan meningkatnya kririk-kritik yang disuarakan melalui internet, kerajaan semakin terdesak dengan tekanan-tekanan rakyat. Seterusnya, sokongan popular terhadap rejim ini akan merudum apabila rakyat mengetahui tentang ketidakupayaan parti pemerintah untuk memerintah dan rasuah yang bermaharajalela.

Tekanan ekonomi yang disebabkan peningkatan inflasi didalam ekonomi yang tidak berdaya saing akan meningkatkan ketidakpuasan terhadap kepimpinan yang semakin hari dilihat hanya mementingkan kroni dengan menyalahguna DEB untuk kepentingan sendiri. Dasar yang sepatutnya diguna untuk membantu sebaliknya dirampas oleh Umno untuk mengkayakan segelintir elit, kononnya untuk membantu orang Melayu. Penyalahgunaan ini, yang dibuat atas dasar diskriminasi kaum, telah menyebabkan tentangan dikalangan kaum minoriti dan menyebabkan konflik perbedaan kelas kerana perbezaan kekayaan. Untuk terus berkuasa, Umno bergantung harap dengan manipulasi sistem pilihanraya untuk terus menguasai politik negara. Itulah sebabnya, mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan khidmat Pengerusi yang ada sekarang, Rashid Rahman, sehingga sanggup meminda kontrak sosial yang diasaskan oleh pejuang kemerdekaan kita – ia itu Perlembagaan.

Oleh itu, apabila puluhan ribu rakyat mengugut untuk berhimpun dijalanraya mendesak pilihanraya yang adil dan bebas oleh BERSIH, ataupun protes terhadap peminggiran kaum India oleh Hindraf, Umno mempunyai sebab untuk panik. Bagaimana kiranya jumlah peserta menjangkau ratusan ribu? Bagaimana kalau kebobrokan pemerintah tersebar persis api yang membakar melalui mulut-mulut mereka yang tertindas? Apabila populariti Umno merudum, apakah tidak mungkin berlakunya pergelutan kuasa didalam Umno? Atau adakah Umno akan ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka – apabila menyedari yang Umno semakin angkuh, rasis dan dominan dibawah pengaruh menantu Pak Lah yang bercita-cita tinggi – Khairy Jamaludin?
Kesimpulannya, Umno menjadi tidak keruan dan ini boleh diandaikan apabila melihat tindakan-tindakan yang keras dan tidak berperikemanusiaan, untuk menyekat hak rakyat untuk bersuara.

DUA, Pak Lah seolah-olah terpukau dengan keputusan pungutan suara yang dibuat oleh akhbar kepunyaan Umno, New Straits Times, yang memihak kepadanya. Ini dapat dilihat bagaimana Pak Lah begitu bangga dengan keputusan tersebut lantas secara tiba-tiba, menggunakan polis untuk menyekat kemaraan pembangkang.Para penasihat dan pemutarbelit yang telah berjaya memisahkan Pak Lah dengan realiti sebenar, kemungkinan telah meyakinkan beliau bahawa adalah selamat untuk bertindak sekeras mungkin terhadap penentang-penentangnya walaupun bertentangan dengan Perlembagaan, setelah melihat sokongan padu daripada rakyat.

Amaran kepada Pak Lah

Satu amaran untuk Pak Lah disini. Sejak bila pungutan suara didalam negara yang dikongkong seperti Malaysia ini diambil serius? Negara demokrasi seperti Amerika dan Australia yang menjadi contoh demokrasi, boleh bergantung kepada pungutan suara untuk menilai keputusan pilihanraya. Keputusan sebenar hanya berbeza sekitar satu atau dua peratus. Tetapi apakah kita tidak pernah mellihat mengapa pungutan suara jarang-jarang dilakukan dinegara-negara seperti Afrika, Timur tengah, bekas Soviet union dan sebahagian besar Asia? Mudah! Kerana rakyat dinegara-negara ini dikongkong sehingga takut untuk menyuarakan sebenarnya secara terbuka, terutama sekiranya jawapan itu tidak memihak kepada parti pemerintah.

Sama seperti Malaysia,dimana budaya politiknya dicengkam dengan ugutan dan tindakan yang akan diambil, menyebabkan keputusan –keputusan pungutan suara menjadi tidak bermakna. Diatas kesedaran ini, adalah selamat untuk membuat andaian bahawa terdapat perbezaan yang begitu besar diantara keputusan pungutan suara dan realiti, sekiranya pungutan suara itu diadakan.

Satu contoh yang ketara ialah kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre of Opinion Research pada tahun 2004 ketika Pak Lah mendapat kejayaan besar didalam pilihanraya. Walaupun paras popularity pada masa itu ialah 91%, pakatan BN hanya mampu mendapat 64% undi popular. Kalau diunjurkan keparas populariti sekarang, katakan 70%, ini bermakna Pak Lah hanya mendapat 49% daripada undi popular yang memihak BN, satu prospek yang tidak selesa bagi UMNO/BN yang dikatakan kuat dan gagah itu.

Apa pun paras sebenar sokongan popular Pak Lah, adalah wajar untuk menasihat Pak Lah supaya berdiri dipihak yang benar dengan menunaikan sumpah jawatan untuk Negara dan Perlembagaan.Sekiranya sumpah ini dimungkiri, seperti merampas hak-hak rakyat seperti yang berlaku hari ini, ia akan membawa padah kepada dirinya sendiri dan juga partinya tidak lama lagi kerana sesungguhnya kebenaran itu akan datang. Pada masa itu, namanya akan terpalit selama-lamanya.

Artikel ini adalah terjemahan daripada "Where to, Pak Lah" oleh Kim Quek. Artikel sebenar boleh dibaca disini..

Wednesday, December 12, 2007

Kehilangan punca - Raja Petra

Umno tidak boleh ditumbangkan, sekurang-kurangnya bukan dari luar. Itu yang kita pelajari dari 50 tahun pemerintahan Umno. Sebenarnya 52 tahun, kalau dikira dari pilihanraya pertama pada tahun 1955, walaupun pilihanraya umum tidak diadakan sehingga 1959, dua tahun selepas merdeka.

Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan, sekurang-kurangnya bukan dari luar. Itu yang kita pelajari dari 22 tahun pemerintahan Mahathir. Tetapi 22 tahun pemerintahan Mahathir mengajar kita satu perkara. Perdana Menteri boleh ditumbangkan dari dalam. Dan dia hampir kalah dalam tahun 1987. Tetapi Mahathir adalah orang yang bijak, dan dia masih lagi bijak, lantas dia mematikan Umno dan menubuh parti yang baru tanpa semua musuhnya yang mana tidak mempunyai pilihan selain dari menubuh parti yang baru.

Dari ‘timbunan abu’ Team B, lahirlah Semangat 46. Dan selepas lebih satu dekad, terbukti sekali lagi, bahawa Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan dari luar. Semangat 46 akhirnya gulung tikar dan semua ahli dan pemimpinnya menyertai Umno kembali secara en-bloc – ataupun hampir en-bloc kerana setengahnya tidak mahu menyertai Umno kembali sehingga kini. Sebenarnya, setengahnya sudah pun mati dan mereka mati diluar Umno, enggan menyertai Umno hinggalah keakhir hayat mereka.

Tetapi bekas ahli dan pemimpin Semangat 46 ini menyertai Umno bukan untuk menyambung rancangan mereka untuk menumbangkan Perdana Menteri. Mereka menyertai Umno untuk membeli masa, menunggu harinya apabila Mahathir melepaskan jawatanya ataupun meninggal dunia didalam jawatan, dimana mereka akan mengambil alih kuasa pemerintahan.

Hari ini, Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.Dan mereka yang dulunya dipanggil pengkhianat kepada Umno dan bangsa Melayu, mereka yang dicerca dan dihina sebagai musuh negara, hari ini memegang tampuk pemerintahan. Tetapi bukan semuanya bekas ahli atau pemimpin Semangat 46.Benar, mereka terdiri dari Team B dan merupakan penentang Mahathir, tetapi setengahnya, seperti Abdullah Ahmad Badawi, enggan mengikut jejak mentor mereka, Tengku Razaleigh memimpin Semangat 46 ketika dilancarkan. Abdullah dan mereka yang sewaktu denganya, memilih untuk mengasingkan diri dan menunggu masa yang sesuai dimana mereka akan ‘dipulihkan’ dan diterima balik kedalam Umno. Abdullah mungkin kelihatan tidak cerdik. Tetapi cukup cerdik untuk mengetahui bahawa Perdana Menteri tidak boleh digulingkan dari luar. Anda perlu masuk kedalam Umno untuk melakukanya. Lantas, dia menunggu sehingga dia diterima kembali kedalam Umno supaya dia akhirnya dapat kembali kepuncak dan mengambil takhta Perdana Menteri.

Tidak lama selepas menjadi Perdana Menteri, dia mengadakan pilihanraya yang baru. Dia tidak mahu dikenali hanya sebagai pengganti Mahathir. Itu belum cukup. Lagi pun, Mahathir merupakan musuhnya, dan mana mungkin dia sanggup menerima sedekah dari orang yang pernah dimusuhinya. Dia mahukan mandat rakyat untuk dirinya. Dia mahu dirinya dikenali bukan sebagai orang Mahathir. Dan rakyat memberikanya mandat. Rakyat memberikan Abdullah, 92% daripada keseluruhan kerusi Parlimen, satu pencapaian yang paling baik pernah dicapai, malah Mahathir sendiri tidak mampu melakukanya. Dan apabila dia merasakan dirinya sudah selamat dengan mandat dari rakyat yang diterimanya, maka dia pun mula merungkai legasi Mahathir dan memadamkan kesemua kejayaan Mahathir, dan membiarkan kejahatan Mahathir terbongkar supaya rakyat hanya mengingati hanya kegagalan Mahathir.

Serangan secara terus terhadap Mahathir mungkin tidak akan berjaya. Tambahan pula, Orang Tua itu masih mempunyai pengaruh dan mereka yang masih setia masih berada didalam kerajaan untuk menghalang sebarang percubaan untuk ‘membunuh’ Mahathir. Oleh itu, sesuai dengan adat melayu, serangan secara tersembunyi dilakukan. Sasaran dipilih seolah-olah bukan Mahathir yang menjadi sasaran tetapi akhirnya akan membuka tembelang Mahathir. Dan salah satu sasaranya ialah Lingam.

Sebenarnya, Abdullah, ataupun sekurang-kurangnya para penasihat dari Tingkat 4 yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaludin telah membocorkan Video Lingam dengan begitu bijak. Bagaimana perbualan Lingam itu dirakam dan siapa yang membocorkanya tidak diketahui dan mungkin tidak akan diketahui. Ada yang mengatakan adik Lingam sendiri yang merakam dan membocorkanya, tetapi adiknya sendiri tidak mengetahui tentang video itu. Sememangnya dia mengetahui banyak perkara dan laporan polis yang dibuat membuktikanya tetapi Video Lingam tidak termasuk didalam pengakuanya. Sudah pasti ada tangan lain dibelakangya.

Suara didalam video itu amat jelas walaupun gambarnya tidak. Dan rakaman itu dibuat secara monolog, bukanya dialog. Tetapi walau apa sekalipun keraguanya, ia cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa video itu memang asli. Dan Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan untuk menyiasat keseluruhan kejadian ini dan memastikan sama ada rakaman itu asli ataupun direka.
Sama ada rakaman itu asli atau tidak bukanlah satu perkara penting. Apa yang lebih penting ialah perkara ini telah timbul. Dan semua petunjuk menghala kearah Mahathir. Sekarang, Mahathir perlu memikirkan secara serius sama ada mahu meneruskan serangan terhadap Abdullah ataupun menjadi budak baik dan menyelamatkan dirinya dari dimalukan oleh Video Lingam yang telah menjadi Watergate Malaysia. Mungkin mereka memikirkan bahawa mereka telah dapat memulas tanduk Mahathir.

Abdulah mungkin mempunyai Lingamgate untuk mengugut Mahathir. Walaubagaimanapun, Mahathir juga mempunyai Dolahgate untuk mengugut Abdullah. Adakah ini satu ‘checkmate’? Ataupun main kelip mata, siapa yang kelip dulu, dia mati.

Suruhanjaya Diraja sudah semestinya tertekan untuk memastikan rakaman itu asli. Kemungkinanya, mereka akan membuat kesimpulan bahawa keaslian rakaman itu tidak dapat dibuktikan. Didalam mahkamah undang-undang, bukti sahaja tidak mencukupi. Pembuat juga perlu didedahkan. Walaupun anda menunjukkan dokumen yang ditandatangani dimahkamah, mahkamah tidak akan menerimanya sebagai bukti sahih sehinggalah pembuat mengaku dia yang membuatnya. Adakah pembuat video itu akan tampil untuk membuat kenyataan ataupun kekal sebagai ‘whistleblower’yang tidak dikenali. Tidak ada cara lain untuk membuktikan sama ada video itu asli atau tidak, kecuali pembuatnya tampil kehadapan.

Isu Dolahgate adalah satu isu lain sama sekali. Satu laporan polis telah dibuat dan polis sedang menyiasat perkara ini. Abdulah telah mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno pada 28 Ogos 2006 dan mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Besar Kedah untuk memastikan Mahathir tewas dalam pemilihan perwakilan kePerhimpunan Agung Umno dalam Mesyuarat Agung Bahagian Kubang Pasu yang diadakan pada 9 September 2006. Pada malam sebelum pimilihan peringkat Bahagian, Badan Disiplin Umno telah mengadakan perhimpunan di Kelab Golf Kubang Pasu dan memberitahu perwakilan supaya jangan mengundi Mahathir. Wang sebanyak RM200.00 yang dimasukkan kedalam sampul telah diberikan kepada setiap perwakilan.

Lima dari ahli perwakilan telah membuat laporan polis untuk mengesahkan perkara ini. Dan satu laporan rasmi telah dibuat keIbupejabat Umno bersama-sama laporan polis dan affidavit yang ditandatangani sebagai bukti. Berikutan itu, salah seorang dari mereka yang membuat laporan polis itu telah dipukul dihadapan keluarganya dan satu lagi laporan polis telah dibuat. Setakat ini, tiada tindakan yang dbuat terhadap aduan, affidavit ataupun laporan polis itu. Perkara ini masih berlarutan sehinggalah satu laporan polis yang terbaru yang dibuat oleh Johari Ismail pada 6 November 2007. Sekarang polis sedang menyiasat perkara ini.

Lebih setahun berlalu sejak kejadian diKubang Pasu pada 9/9/2006 dan juga Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 28/8/2006. Sudah empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Masa untuk berbulan madu sudah selesai dari dulu lagi. Dan Umno semakin tidak keruan. Pemimpin dan ahli-ahlinya mula merasa bimbang dan bertanya kemana arah Umno dan negara? Dan mereka merasakan bahawa sudah sampai masanya, untuk pertukaran kepimpinan.

Ya, Perdana Menteri tidak boleh ditumbangkan dari luar. Umno tidak boleh ditumbangkan dari luar. Sejarah telah membuktikanya berulang kali tetapi Perdana Menteri boleh ditumbangkan dari dalam dan ahli-ahli Umno dan pemimpinya akan bersedia untuk menjatuhkan Perdana Menteri asalkan Umno tidak ditumbangkan. Orang Melayu lebih suka menarik rambut dari tepung tanpa merosakan tepung itu. Tetapi sekiranya tepung itu boleh menjadi rosak, mereka lebih bersedia membiarkan rambut didalam tepung.

Abdullah tidak sesuai untuk negara. Semua orang tau perkara ini. Pembangkang tau perkara ini. Dan sekarang, Umno pun menerima hakikat ini.. Tetapi Umno akan setia dibelakang Abdullah sekiranya kedudukan Umno itu tergugat. Mereka akan setia dibelakang Abdullah, sekiranya masa depan Umno tergugat. Mereka tidak akan menentang Abdullah sekiranya masa depan Umno itu membahayakan. Mereka akan meninggalkan Abdullah, hanya sekiranya kedudukan Umno itu tidak tergugat.

Tugas pertama kita sekarang bukanlah untuk menumbangkan parti pemerintah. Itu boleh dilakukan kemudian, sekiranya ada peluang. Kita perlu menyelamatkan negara dan menyingkirkan anasir-anasir yang menggugat kebahagiaan negara. Dan nanah yang menjadi punca kepada kebobrokan negara hari ini adalah berpunca dari orang yang memimpin kita.
Kita sebagai rakyat, tidak sepatutnya menentang Umno. Terdapat kempen secara senyap yang jarang sampai kepengetahuan pembangkang, tetapi jelas didengar dikalangan mereka didalam Umno yang berkumpul dikedai mamak atau coffee house. Surat layang disalin dan disebarkan kepada semua. Setengahnya boleh dipercayaai dan setengahnya tidak. Setengahnya begitu berwibawa sehinggakan kita sendiri tertanya-tanya, bagaimana mereka melakukanya. Lagi menarik cerita itu, lebih ramai yang mempercayaainya, kerana adalah mustahil untuk mereka-reka cerita yang mempunyai segala bukti. Terpulanglah kepada yang membaca untuk mempercayaainya atau tidak. Tetapi apabila cerita itu diulang-ulang, lama kelamaan, khabar-khabar angin pun akan menjadi fakta dan amat sukar untuk membezakan yang mana benar dan salah.

Mereka menceritakan tentang perkahwinan Jeanne Danker. Mengikut cerita, Abdullah adalah suami yang ketiga, bukan kedua.Setengah ahli Umno sanggup bersumpah, pernah melihat dokumen perkahwinan itu. Tidak diketahui apakah dokumen tersebut, tetapi ianya berkaitan dokumen perceraian Jeanne dengan suaminya yang kedua. Mengikut tukang cerita, mereka bercerai tanpa sebarang dokumen.Dan itulah sebabnya mengapa perkahwinan Abdullah ditangguhkan beberapa bulan. Mereka terpaksa mencari suami kedua Jeanne untuk menyelesaikan dokumen perceraian sebelum Abdullah boleh mengahwininya.

Adakah ini rahsia Jeanne yang tersimpan , ataupun tohmahan orang yang kecewa dan mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti Abdullah? Walaubagaimanapun, saya tidak akan dapat memahami budaya Umno dan saya tidak akan cuba untuk memahami apakah logik disebalik cerita ini. Mengikut yang empunya cerita, siapa yang percaya bila dikatan Anwar sebagai gay? Tetapi akhirnya terbukti. Jadi, apakah susah untuk mempercayaai cerita Jeanne dan Abdullah ini? OK, logik jugak! Tapi masalahnya, saya tidak percaya bahawa Anwar itu gay, jadi contoh ini tidak begitu menjadi kepada saya.

Apa pun, Malaysia Today hanya berurusan dengan fakta dan juga cerita-cerita dari saksi-saksi sebenar, dan mereka yang terlibat dengan apa saja cerita yang dibincangkan. Sudah pasti, bukan semua ‘fakta’ dapat dibuktikan dengan dokumen. Malah mahkamah undang-undang pun menerima pengakuan saksi sekiranya tiada sebarang dokumen yang boleh dijadikan bukti. Tetapi pengakuan saksi mestilah dari saksi yang sebenar dan bukan dari orang lain, kalau tidak, ia akan hanya diterima sebagai ‘khabar-khabar angin. Dikala mahkamah menetapkan pengakuan saksi dimahkamah terbuka, Malaysia Today bersedia untuk membenarkan ejen kami kekal tidak dikenali demi mempertahankan identiti pemberi maklumat.

Cerita mengenai percintaan Abdullah-Jeanne mungkin tidak cukup untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Tetapi gerakan dalaman Umno dan Barisan Nasional mampu melakukanya. Dan keadaan menunjukkan seolah-olah terdapat satu gerakan bawah tanah dan secara senyap sedang berlaku. Laporan polis yang dibuat oleh Johari Ismail yang melibatkan Abdullah dengan perlakuan jenayah hanyalah satu isu. Perlanggaran Akta Pertubuhan telah dilakukan pada 28 Ogos 2006 dan juga Perlembagaan Umno dan Kod Etika. Sebenarnya, tindakan Abdullah boleh menyebabkan Umno diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan seperti yang berlaku 20 tahun dulu.

Nampaknya, beberapa ahli majlis tertinggi Umno sudah bersedia untuk tampil kedepan menjadi saksi, sekiranya kes ini dibawa kemahkamah. Dan ada cakap-cakap, kes ini akan dibawa kemahkamah. Sekiranya mereka yang hadir didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, dan mereka yang menerima arahan untuk mensabotaj Mahathir pada 9/9/2007 mengesahkan perkara ini, Abdullah mungkin terpaksa meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin dia bernasib baik kerana tidak perlu dipenjarakan selama enam tahun seperti Anwar Ibrahim kerana menyalahgunakan kuasa walaupun itu sepatutnya balasan kepada apa yang dilakukanya.

Selain dari itu, terdapat satu lagi kes yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12/12/2007 yang tidak begitu baik kepada Abdullah. Mufti Sabah telah mengeluarkan fatwa yang mengisytiharkan semua patung Buddha adalah haram. Dengan fatwa tersebut, Thean Hou Foundataion telah dilarang untuk menaikkan patung Goddes of the Sea dan diarahkan untuk menghentikan semua kerja-kerja walaupun mereka telah membawa masuk patung ini dan kerja-kerja telah dilakukan hampir separuh jalan.

Chong Kah Kiat telah menemui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam percubaan untuk menyelesaikan masalah ini. Baru-baru ini, Abdullah telah berkata bahawa dia bersedia untuk mendengar. Dia juga memberitahu dia sebenarnya mengetahui apa yang sedang berlaku dan bukanlah bodoh seperti yang dikatakan orang lain. Timbalan Perdana Menteri telah mendesak Abdullah untuk melakukan sesuatu kerana perkara ini amat membahayakan. Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan beragama. Walaupun kebebasan ini tidak termasuk orang-orang Islam, orang Islam tidak dibenarkan meninggalkan Islam atau menganut ugama lain, kerajaan tidak boleh masuk campur didalam agama-agama lain seperti yang tertulis didalam Perlembagaan.

Patung Buddha yang terbesar terdapat di’Negeri Islam’ Kelantan. Umno mengatakan Pas adalah parti ekstremis dan tidak bertolak ansur terhadap bukan Islam atau agama-agama bukan Islam. Tetapi Pas membenarkan patung terbesar Buddha diMalaysia didirikan dinegeri ia memerintah. Dan didalam pemerintahan Pas juga, Menteri besar telah memanggil penganut Hindu kesatu mesyuarat dan mencadangkan kepada mereka untuk membina satu kuil Hindu.
Dia meluluskan pembinaan kuil Hindu serta merta tanpa perlu memenuhi formality malah penubuhan jawatankuasa untuk hal ini juga tidak diperlukan. Sebenarnya, Penganut-penganut Hindu telah lama memohon, semasa dalam pemerintahan Umno lagi, tetapi Nik Aziz telah meluluskan permohonan yang dibuat puluhan tahun itu tanpa perlu memohon semula.

Umno mengeluarkan fatwa mengisytiharkan patung Buddha adalah haram dan melarang pembinaanya, sementara Pas membenarkan patung Buddha yang terbesar dinegara ini. Umno merobohkan kuil Hindu sementara Pas memanggil penganut Hindu untuk bermesyuarat dan menawarkan kebenaran untuk membina kuil walaupun mereka tidak pernah terfikir bahawa Pas akan bersetuju. Jadi, apa yang berlaku di Sabah tidak begitu baik kepada Umno, seperti yang dikatan oleh Najib, yang mencuba supaya Abdullah dapat membatalkan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah dan mengenepikan fatwa yang dibuat oleh Mufti Sabah.

Abdullah mengatakan dia mempunyai telinga yang besar dan bersedia mendengar rakyat. Dia tidak mahu penganut hindu berdemonstrasi dan memprotes tetapi datang berbincang denganya. Timbalan Ketua Menteri Sabah, bukanlah pekerja estet ataupun buruh kasar dari Hindraf, pergi berjumpa Abdullah. Malah Timbalan Perdana Menteri cuba untuk meyakinkan Abdullah tetapi semuanya sia-sia. Dan pada 12/12/2007 pukul 11.00 pagi, Chong Kah Kiat akan mengemukakan saman diMahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kerana Abdullah tidak mahu mendengar.

Chong Kah Kiat menyedari sesuatu yang baru hari ini.Pas bukanlah parti Taliban seperti yang dikatakan oleh Umno. Dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah tidak liberal seperti yang dicanangkan oleh Umno.Dan ini akan membuatkan orang-orang Cina bangkit dan mengambil perhatian. Sama ada Abdullah merupakan suami kedua atau ketiga Abdullah langsung tidak menjadi soal kepada orang-orang Cina walaupun orang-orang Umno berbisik dikedai mamak dan coffee house. Tetapi penganut Buddha dan Hindu akan berbisik, sama ada Islam Hadhari ciptaan Abdullah benar-benar liberal dan toleran ataupun tidak. Nasib baik, usul dari Ahli Parlimen yang mahukan semua lambang keugamaan Kristian disekolah-sekolah Kristian dibuang, ditolak. Kalau tidak, Orang-orang Kristian juga akan menyertai penganut Buddha dan Hindu bangun menentang kerajaan.

Kalau ini masih belum mencukupi, hari ini, Peguam Negara telah menghantar surat mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri supaya membebaskan ‘Tengku Goh’ dari tahanan buang daerah. Timbalan Menteri adalah orang nombor dua. Orang nombor satu adalah Menteri, yang juga Perdana Menteri. Apakah Peguam Negara berani menghantar surat kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri mengarahkan pembebasan bos kepada semua bos sindiket penjenayah yang bergerak dinegara ini, sekiranya orang yang diatas Timbalan Menteri, iaitu Perdana Menteri, tidak merestuinya?

Apabila kami mula-mula menyiarkan episode satu daripada 10 episod tentang sindiket jenayah terancang, kami mengatakan ‘semua jalan menuju Putrajaya’. Hari ini, ia telah terbukti. Hari ini, Peguam Negara telah membuktikan bahawa Perdana menteri merupakan Penaung kepada sindiket jenayah Cina, sama seperti dia menjadi Penaung kepada sindiket jenayah Melayu, PEKIDA.

Dan apakah yang berlaku kepada orang yang menahan ‘Tengku Goh’? Kalau Tengku Goh tidak bersalah dan mesti dibebaskan dengan arahan Peguam Negara dan mendapat restu dari Perdana Menteri, apakah nasib yang akan menimpa orang yang menahan ‘Tengku Goh’?
Seperti yang dikatakan, Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan telah disiasat kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Tetapi dia tidak disiasat bagaimana dia memperolehi RM27 juta tetapi disiasat kerana tidak mengisytiharkanya! Dan dia ditangkap dan didakwa. Dan dia telah digantung kerja sementara menanti keputusan perbicaraan.

Tetapi dia tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta berjumlah RM27 juta. Dan tidak juga didakwa bagaimana dia memperolehinya. Ini tidak lagi menjadi isu. Ini kerana RM27 juta itu sebenarnya tidak ada, sama ada dia mengisytiharnya atau tidak. Dia didakwa kerana menggunakan kapalterbang polis. Ya! Seorang yang pernah menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah dan menaiki kereta yang dihias bendera, sama seperti Gabenor Sabah, dituduh menggunakan kapalterbang polis yang sememangnya untuk digunakan.

Abdullah juga terbang dengan pesawat kerajaan. Dia membawa kesemua ahli keluarganya menggunakan pesawat kerajaan.Dian dia bukan sahaja menaiki pesawat untuk mengelilingai hutan-hutan diSabah sebaliknya dia terbang keseluruh dunia, malah ketika bercuti. Dia juga membawa Jeane Danker bersama didalam kapalterbang ini walaupun mereka belum lagi berkahwin. Dan Jeanne juga menyertai keluarga Abdullah menggunakan kapalterbang kerajaan untuk bercuti dan tinggal dirumah Patrick Lim walaupun mereka bukan suami isteri.

Tetapi Abdullah tidak ditangkap ataupun didakwa kerana menggunakan pesawat kerajaan untuk kegunaan peribadi walaupun kesemua keluarga, kawan-kawan, termasuk teman wanitanya, dibawa bersama. Yang salah hanyalah Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan.
Abdullah sudah kehilangan punca. Malah mereka yang rapat denganya pun semakin bimbang. Terlalu banyak yang tidak betul. BERSIH, HINDRAF, dan beberapa isu lain hanyalah satu daipada permasalahan yang lebih besar. Abdullah telah melancarkan Ops Padam. Ops Padam adalah nama kod bagi operasi untuk menghapuskan semua penentangnya. Hari ini, dua dozen telah ditangkap, hari Ahad sedozen ditangkap. Lebih 60 orang-orang India didakwa atas percubaan membunuh. Abdullah merasakan, sekiranya dia dapat memadamkan penentang-penentang ini, maka masalahnya akan selesai.

Tetapi masalahnya tidak akan selesai. Ianya tidak akan selesai kerana musuh sebenarnya bukanlah pembangkang. Pembangkang tidak mampu menumbangkanya. Pembangkang tidak mampu menumbangkan Umno.Hanya mereka didalam Umno dan barisan Nasional mampu menumbangkanya. Bila tengku Goh dibebaskan,sebahagian mereka didalam pasukan polis akan merasa kecewa dan marah. Apabila Pengarah Bahagian Jenayah Perdagangan yang menangkap ‘Tengku Goh’ dipenjarakan, kerana terbang diatas hutan Sabah menggunakan pesawat polis, ramai lagi anggota polis akan marah.

Bila Chong Kah Kiat mengemukan saman terhadap kerajaan diMahkamah tinggi Kota Kinabalu kerana fatwa Mufti Sabah yang mengharamkan patung Buddha dan tidak dibenarkan, ia akan menyebabkan penganut Buddha marah. Bila perbicaraan kerana percubaan membunuh dimulakan terhadap penyokong Hindraf, ia akan menyebabkan penganut Hindu marah. Sekiranya polis bertindak terhadap laporan polis terhadap Abdullah kerana mensabotaj Mahathir diMesyuarat Bahagian Kubang Pasu, ramai pemimpin Umno bersedia untuk tampil kedepan untuk memastikan tali gantung dileher Abdullah semakin ketat.

Itulah caranya bagaimana Abdullah akan dihantar kealam persaraan. Bukan kerana dia merupakan suami Jeanne yang kedua atau ketiga., tetapi isu-isu dimana Abdullah enggan mendengar atau melihat.Najib pernah member amaran kepadanya tetapi Khairy tidak mahu Abdullah menerima nasihat daripada Najib. Abdullah mempunyai penasihat-penasihat diTingkat 4 yang diketuai oleh Khairy, oleh itu orang-orang ini mesti dibenarkan untuk menasihati Abdullah. Dan nasihat mereka ialah Ops Padam perlu dilancarkan dan memadamkan penentangan terhadap Perdana Menteri. Tetapi mereka tidak mempunyai perancangan bagaimana untuk memadamkan penentangan didalam Umno dan Barisan Nasional. Semuanya ini akan menjadi penentu bagaimana Abdullah akhirnya tumbang.

Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal 'Losing the plot' oleh Raja Petra. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk keartikel asal disini...

Monday, December 10, 2007

Temubual Anwar Ibrahim dengan DNA, India.

Isu Hindraf menyebabkan Umno hilang kewarasan. Setiap hari, berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu. Ramai juga yang terpengaruh termasuk penyokong PAS dan Keadilan sendiri. Ada yang bertanya, "macam mana Anwar boleh sokong Hindraf?".

Mungkin mereka tidak membaca akhbar India, ataupun mereka tidak faham apa yang ditulis. Walaupun isu ini telah dijawab oleh Azmin, Nat dan Nik Nazmi, tapi mungkin maklumat ini tidak sampai kebawah.

Berikut adalah terjemahan daripada temuramah Anwar dengan Daily News and Analysis, India. Kalau ada masa dan kemahuan, cetak dan edarkanlah kepada ahli-ahli yang masih curiga.

Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia yang berada diMumbai untuk menghadiri Persidangan Sedunia mengenai Islam, bercakap dengan wakil DNA, Prashant Hamine mengenai diskriminasi kaum yang dihadapi oleh masyarakat India dan kaum-kaum pendatang yang lain.

Apa pendapat anda mengenai diskriminasi kaum yang dihadapi oleh masyarakat India diMalaysia?

Masyarakat kami terdiri daripada berbagai bangsa, dan bukan sahaja kaum India, malah kaum Melayu dan Cina juga mengadu tentang diskriminasi kaum. Saya telahpun memperkatakan isu ini sejak enam hingga lapan bulan dulu secara konsisten. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai dasar yang affirmatif, ia tiada ketelusan. Kaum India yang tinggal diKuala Lumpur jauh lebih baik daripada yang tinggal diluar Kuala Lumpur. Kebanyakannya hidup terlalu miskin dan ketiadaan kemudahan asas seperti air, makanan dsb.

Apakah reaksi anda tentang keprihatinan yang disuarakan oleh kerajaan India mengenai layanan yang diberikan kepada kaum India?

Perdana Menteri india, Manmohan Singh, telah menyuarakan isu ini dengan sopan dan diplomatik. Saya berharap, ianya akan menyedarkan kerajaan kami tentang layanan yang telah diberikan kepada kaum India. Adalah janggal untuk bercakap tentang diskriminasi terhadap orang-orang Islam diBurma dan Palestin, tetapi dinegara sendiri, kaum India dilayan secara tidak adil.

Adakah anda bersetuju, kaum India telah dilayan seperti hamba sejak sekian lama?

Ianya bukan sahaja kaum India, orang-orang Melayu dan Cina juga mengadu tentang layanan yang tidak adil. Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hindraf yang agresif, tetapi merobohkan kuil (seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia) bukan caranya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak menghormati ugama lain. Masalah diMalaysia ialah, media, kehakiman dan beberapa cabang eksekutif berat sebelah. Satu pihak tidak mendengar pihak lain.

Sesetengah pemimpin Malaysia percaya bahawa India tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Malaysia....

Menteri-menteri ini tidak tahu bagaimana untuk berdiplomasi. Bila anda menyuarakan isu-isu tentang layanan tidak adil kepada kaum minoriti dibahagian lain didunia, mereka akan bertanya tentang layanan kaum minoriti dinegara anda sendiri.

Apakah yang telah anda lakukan untuk mencari penyelesaian krisis ini diMalaysia?

Saya sentiasa melibatkan diri dengan masyarakat India diMalaysia. Saya telah memperjuangkan kes-kes mereka dimahkamah, walaupun saya dituduh sebagai pro-India ataupun pro-Hindu.

Friday, December 7, 2007

Badan Kehakiman Malaysia- igauan yang tidak putus-putus - Kim Quek

Ketika negara baru saja menarik nafas lega dengan pemergian Ketua Hakim Negara yang terpalit dengan skandal,, Ahmad Fairuz, kini datang pula seorang lagi calon yang yang diragui yang bakal mengambil tempatnya.

Pengumuman secara mendadak tentang perlantikan Zaki Azmi sebagai orang nombor dua badan kehakiman- sebagai Presiden Mahkamah Rayuan - oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi, , pastinya mencetuskan kejutan dan kekecewaan dikalangan yang mengharapkan perubahan didalam badan kehakiman berikutan kengganan Fairuz untuk meletak jawatan.

Lagi pun, Zaki Azmi tidak pernah menjadi hakim ataupun menghakimi sebarang perbicaraan, baik dimahkamah tinggi ataupun mahkamah rayuan, sebaliknya diterjunkan kemahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan, tiga bulan lalu. Belum sempat dia memanaskan bangku sebagai hakim, dia bakal menggantikan Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad lima bulan dari sekarang apabila Abdul Hamid bersara pada bulan April 2008 setelah mencapai umur persaraan 66 tahun. (Kedua-dua perlantikan Abdul Hamid dan Zaki Azmi diumum secara serentak oleh Perdana Menteri pada 5 Disember 2007)

Sebenarnya, ketika Zaki dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada bulan September lalu, beliau serta merta dikenali didalam dan luar negara sebagai seorang yang di’pasang’ dimahkamah tertinggi itu untuk menggantikan Ahmad Fairuz, yang mana permohonan untuk melanjutkan tempohnya selama enam bulan selepas persaraan wajib pada 31 Oktober , ditolak oleh Yang DiPertuan Agong. Zaki sangat dikenali kerana penglibatan aktif beliau didalam UMNO. Dia merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya, Timbalan Pengerusi kepada Badan Disiplin UMNO dan juga sebagai Penasihat Undang-Undang UMNO.

Sebagai Penasihat Undang-Undang UMNO, dia terlibat dengan beberapa skandal kewangan yang melibatkan kerugian yang mana akhirnya terpakasa ditanggung oleh kerajaan semasa zaman Mahathir. Satu contoh yang jelas ialah penipuan pinjaman sebanyak RM3 billion yang dilakukan semasa pengambilalihan Philllipines National Steel Corp (NS) oleh seorang proksi UMNO, Halim Saad. Apabila saham NS jatuh merudum, empat bank utama diMalaysia telah diarahkan untuk menanggung keseluruhan kerugian tersebut. Dan Zaki merupakan Pengarah kepada syarikat yang digunakan dalam pengambilalihan tersebut – Hottick Investment Ltd of Hong Kong – yang meminjam RM3 billion dan seterusnya menguasai NS.

Selain daripada bertindak sebagai wakil UMNO, Zaki juga memegang beberapa jawatan Pengarah didalam beberapa syarikat termasuk beberapa syarikat ternama seperti Berjaya, Metacorp, Pan Global, SP Setia, Malaysia Airports, Hume, Matsushita Electric, Pharmaniaga dsb. Zaki juga telah dilaporkan oleh Bernama pada 21 April 2007, Emrail Sdn. Bhd,(58% saham syarikat dipegang oleh Zaki), merupakan sebuah syarikat yang pakar didalam keretapi, hanya mempunyai satu pelanggan, iaitu kerajaan. Dan dia dikatakan bekerja kuat untuk memastikan kontrak membina landasan berkembar diutara dan selatan semenanjung diperolehi.

Seorang yang mempunyai latarbelakang perniagaan dan politik, menyebabkan beliau bukanlah seorang calon yang sesuai untuk dilantik kemana-mana jawatan kehakiman. Zaki juga mempuyai satu lagi kelemahan- berkenaan kewibaan moral beliau yang tercetus melalui kontroversi perkahwinan dan perceraian dengan isteri keduanya, Nor Hayati Yahaya, yang berusia separuh dari usianya.

Zaki mengahwini Nor Hayati didalam satu istiadat perkahwinan yang dijalankan oleh seorang kadi dari Thailand disebuah kedai pakaian diPerlis pada March 2005. Mereka berpisah tiga bulan kemudian. Dalam proses perceraian yang berikutnya, Zaki dikatakan telah membakar surat nikah yang asli untuk menyembunyikan perkara ini daripada isteri pertamanya. Tambahan pula, perkahwinan itu telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah syariah.

Berikutan pendedahan masalah perkahwinan ini, Zaki telah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Disiplin UMNO, yang mana beliau berkata “Memandangkan ahli badan disiplin ini adalah mereka yang berwibawa, maka saya membuat keputusan untuk meletak jawatan berikutan laporan media…” (New Straits Times, 9 Ogos 2005).

Soalan yang perlu kita tanya sekarang ialah: Jika secara moralnya Zaki tidak layak untuk menduduki badan disiplin UMNO, bagaimana beliau boleh dipertimbangkan untuk menduduki kerusi hakim mahkamah persekutuan? Itu belum lagi diperkatakan tentang kenaikan beliau yang mendadak sehingga menjadi orang no. 2 , dan sudah pastinya menjadi orang No. 1 dalam badan kehakiman.

Apakah Negara begitu miskin dengan mereka yang mempunyai kebolehan dan kewibaan didalam undang-undang? Apakah kita tidak mempunyai pilihan sehinggakan terpaksa melantik seorang yang begitu jelas tidak mempunyai kewibaan untuk memegang jawatan kehakiman, berdasarkan penglibatan dan kepentingan beliau? Kalau tidak, mengapakah Perdana Menteri bertindak demikian? Kalau bukan untuk menjaga kepentingan Perdana Menteri dan UMNO, tujuan apa lagi?

Kita telah menyaksikan klip video Lingam yang masyhur itu, tentang bagaimana Ketua Hakim mengkhianati sumpah perlantikan jawatan dengan tunduk kepada kepentingan politik dan perniagaan, dan seterusnya mengesahkan tentang apa yang kita tahu dan dengar tentang kehancuran kewibawaan badan kehakiman. Dikala Perdana Menteri dan kabinetnya masih lagi berdolak dalik mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Skandal Lingam sejak tiga bulan lalu, kini kita dihidangkan pula dengan satu lagi kejahatan UMNO – pertabalan seorang jaguh UMNO kejawatan tertinggi badan kehakiman.

Walaubagaimanapun, ditengah-tengah kekecewaan dengan tindak-tanduk terbaru UMNO ini, kita mendapati sesuatu yang tidak kena dengan pengummuman Perdana Menteri mengenai perlantikan kedua-dua mereka ini. Walaupun PM mengatakan bahawa perlantikan ini telah dipersetujui oleh YDP Agong diatas nasihat PM, dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, tidak ada tarikh tertentu ditetapkan dengan perlantikan Zaki Azmi sementara perlantikan Hamid ditetapkan pada 1 November, iaitu hari beliau memulakan kerja sebagai Pemangku Ketua Hakim. Juga tiada tarikh yang ditetapkan untuk menyerahkan surat perlantikan. Sekiranya tarikh-tarikh ini belum ditetapkan, mengapakah PM terburu-buru mengumumkannya?

Umum mengetahui bagaimana YDP Agong dan Majlis Raja-Raja sebelum ini telah menolak calon-calon yang dirasakan tidak sesuai untuk mengisi kekosongan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya, dan juga menolak permohonan Ahmad Fairuz untuk melanjutkan tempohnya sebagai Ketua Hakim Negara. Oleh itu, kegopohan Abdullah ketika mengumumkan perkenan YDP Agong, terutamanya tentang perlantikan Zaki Azmi yang kontroversi, mengejutkan ramai orang. Apakah benar YDP Agong merestui perlantikan Zaki Azmi? Kalau benar, mengapakah tarikh perlantikan itu tidak diputuskan bersama-sama dengan perlantikan Abdul Hamid? Ataupun terdapat masalah dalam mendapat perkenan YDP Agong?

Walau apapun yang dikaitkan dengan perlantikan Zaki Azmi,adalah wajar kita mengambil iktibar dengan pandangan yang dlontarkan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah, mengenai tanggapan tentang kebebasan kehakiman, seperti yang di ucapkan dimasa Persidangan Undang-Undang Malaysia ke14 pada 29 Oktober 2007.

Raja Azlan Shah, salah seorang Ketua Hakim Negara yang terkenal, mengatakan bahawa badan kehakiman akan kehilangan nilai dan khidmatnya kepada masyarakat sekiranya masyarakat tidak mempunyai keyakinan didalam keputusan yang dibuat. Dan prinsip utama didalam penghakiman ialah kebebasan, yang mana mempunyai dua perkara; kebebasan hakiki dan kebebasan luaran. Diantara kedua-dua ini, kebebasan luaran lebih bermakna.

Mengambil iktibar dari pemerhatian ini, perlantikan Zaki adalah bencana yang tidak diundang. Walaupun sekiranya Zaki mempunyai kemampuan luarbiasa untuk memutuskan semua perhubungannya dengan parti pemerintah dan semua kepentingannya didalam perniagaan, adalah sukar baginya untuk mengelak tanggapan umum. Dengan latarbelakang yang diragui, tidak ada cara baginya untuk memperolehi keyakinan masyarakat, terutamanya apabila kepentingan UMNO dan perniagaannya terlibat.

Ketika Malaysia semakin kehilangan daya saing, ditambah pula dengan imej kehakiman yang semakin teruk, percubaan untuk merampas kebebasan badan kehakiman dengan meletakkan jagoan parti, akan membawa kehancuran kepada negara ini. Malah , dizaman Mahathir yang terkenal dengan kediktatoranya, beliau mengelak untuk melakukan sedemikian.

Mengetahui keyakinan dan keangkuhan UMNO dalam penguasaan politik, kita tidak fikir perkara ini diserahkan kepada rakyat. Oleh itu, kami merayu kepada YDP agong dan Majlis Raja-Raja supaya menggunakan pengaruh dan kuasa yang terdapat didalam Perlembagaan untuk memelihara badan kehakiman kita dari dimusnahkan, seperti yang telah dilakukan baru-baru ini.

Berita berkaitan: Lawyer takes 'second wife' to court
Zaki's appointment: No saving grace for the judiciary

(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal "Malaysian Judiciary: from one nightmare to another" oleh Kim Quek. Sekiranya terdapat kekeliruan, sila rujuk keartikel asal, disini....)