Thursday, December 20, 2007

Buah dari pokok yang beracun akan tetap beracun - Raja Petra

Mereka mengatakan hanya Islam yang baik, semua ugama lain tidak baik. Dan mereka yang tidak mempunyai ugama atau atheis lagi teruk. Tetapi manusia yang sama dari ugama yang baik ini mahukan kerajaan melakukan perkara yang tidak baik. Ini yang menghantui saya. Bagaimana satu ugama yang baik menghasilkan penganut yang tidak baik? - Raja Petra Kamarudin.


Malaysia sepatutnya berbangga kerana didalam setiap perayaan , tak kira uagama mana pun, rakyatnya yang terdiri dari berbagai kaum sentiasa bersatu untuk merayakannya. Demikian kata Perdana Menteri, Abdullah Badawi seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.Abdullah juga berkata, perayaan ugama yang diraikan diMalaysia merupakan penghubung kearah perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan ugama.

Malaysia, katanya, patut bersyukur, kerana rakyatnya mempunyai sifat hormat terhadap bukan sahaja ugama malah setiap perayaan yang diraikan oleh masyarakatnya. Abdullah juga berkata, rakyat Malaysia sentiasa hormat menghormati diantara satu sama lain dan telah menjadi budaya untuk menghulurkan bantuan disetiap perayaan, walaupun kepada mereka yang bukan sebangsa.

“Setiap perayaan, termasuk Hari Raya, merupakan hari dimana kita berpeluang untuk melawat rakan-rakan dan mengukuhkan pertalian kita sebagai rakyat Malaysia sebenar. Dalam kehidupan seharian kita, kita mengutamakan persefahaman diantara satu sama lain, termasuk dalam hal-hal ugama, yang dianggap sensitive,” kata Abdullah.

Adakah anda nampak bagaimana ahli politik dan ahli ugama – terutama kalau mereka adalah ahli politik yang menyamar sebagai ahli ugama – sentiasa bercakap satu perkara kepada bukan Islam dan bercakap perkara lain kepada orang-orang islam? Bila orang-orang India dan Cina mula menampakkan tanda-tanda keresahan, mereka akan bercakap tentang kepelbagaian bangsa, toleransi kaum dan bermacam-macam lagi. Tetapi dihadapan penonton yang semuanya Melayu, mereka merasakan bukan Islam atau bukan Melayu tak perlu diberi perhatian, mereka bercakap tentang ‘musuh’ Melayu dan memberi amaran bahawasanya orang-orang kafir tidak boleh dipercayaai dan tidak boleh diterima sebagai rakan kerana mereka adalah musuh Islam sejak zaman berzaman.
Menghunus keris dikhalayak ramai hanyalah wayang yang ditujukan kepada bukan Melayu untuk melihatnya.

Mereka tahu kamera TV sedang menghala kearah mereka dan ditayangkan secara ‘live’, terus kerumah semua rakyat Malaysia. Tetapi apa yang mereka katakan dibelakang kita amat meloyakan. Malah Tunku Abdul Rahman, Bapa Merdeka dan Perdana Menteri yang pertama, akan merasakan perkara yang sama didalam kuburnya. Tunku Abdul Rahman, dimasa pemerintahanya dituduh menjadi barua kepada orang-orang Cina. Tunku disingkir kerana terlalu berlembut dengan orang-orang Cina tetapi dizaman Tunku lah, Malaysia berada didalam keadaan aman, sehinggalah seseorang datang dengan idea yang ‘bagus’, tentang bagaimana menyatukan Melayu dibawah satu isu.
Saya berani mengatakan, dizaman Tunku, orang-orang Melayu kurang imannya. Setiap rumah pegawai tinggi kerajaan Melayu mempunyai bar, yang dipenuhi dengan bir, brandy, whisky dan wain, mengalahkan pub yang ada hari ini. Masa itu ialah zaman Merdeka dimana anda boleh melihat kecantikan kaki-kaki wanita Melayu dimana mini-skirt dan ‘bare-back’ merupakan trend terkini. Gadis-gadis Melayu juga menyertai Miss Malaysia, dimana mampu menyaingi gadis-gadis Cina dan India – sehinggalah kemunculan gadis-gadis Pan-Asian. Hidup Pan-Asian!

Lima puluh tahun berlalu dan kita menyambut ulangtahun ke50 Merdeka. Kini, orang-orang Melayu semakin kuat imannya. Tidak ada lagi bar dirumah-rumah orang-orang Melayu. Askar-askar juga tidak lagi menikmati wain, tetapi hanyalah air sirap. Malah, ‘toasting’, budaya barat yang melagakan gelas, dianggap khurafat. Anda tidak lagi boleh ‘high’ dengan bir dari NAFI yang boleh diperolehi hanya dengan 50 sen satu tin. Anda terpaksa membayar RM15.00 untuk satu gelas dipub dan satu ‘crate’ bir (2 dozen) adalah terlalu mahal untuk rakyat Malaysia hari ini.

Tetapi ini adalah kebaikan. Orang-orang Melayu telah menjauhkan diri dari amalan jahiliyyah dan zaman kejahilan mereka. Mereka menjadi lebih Islamik hari ini. Dan Melayu diberitahu bahawa mereka tidak boleh merayakan Krismas, tidak boleh mengucapkan Kong Hee Fatt Choy atau pun Happy Deepavali kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi mengapa Abdullah Badawi berkata demikian, seperti yang dilaporkan oleh media? Apakah dia tidak tahu apa yang dikatakanya bertentangan dengan ajaran Islam, seperti yang dikatakan oleh ulama kepada kita? Ataupun hanya berkata sesuatu kepada orang Islam dan sebaliknya kepada orang-orang bukan Islam? Saya rasa, inilah yang dikatakan politik. Anda harus menyesuaikan kenyataan anda mengikut penonton. Dan apa yang diperkatakan oleh Abdullah hanyalah untuk orang-orang bukan Melayu, bukan untuk orang-orang Melayu.

Kata orang, setiap manusia akan melalui beberapa peringkat perubahan didalam hidupnya dan saya juga tidak terkecuali. Sekiranya saya disuruh untuk menceritakan kehidupan saya, saya akan membahagikannya kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, 27 tahun pertama dalam hidup saya, merupakan Melayu (dan juga Muslim) yang dipanggil peringkat jahil. Pada masa itu, saya tidak pernah bersembahyang, malah tidak terfikir pun tentang Tuhan, minum bir, main Gin Rummy dan meibatkan diri dalam apa saja dosa. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah memakan daging babi , apa sebabnya, saya sendiri tidak tahu hingga sekarang.

Ketika saya menjangkau 27-28 tahun, saya mendapat ‘hidayah’ dan mula menjadi seorang Muslim. Saya pernah berjenaka dikalangan kawan-kawan bahawa saya tidak pernah dilahirkan sebagai Muslim tetapi masuk Islam ketika berumur 27 tahun. Mulai saat itu, saya bertungkus lumus untuk mengisi kekosongan yang saya tinggalkan selama 27 tahun. Saya pergi keMekah sebanyak 10 kali, 2 kali untuk mengerjakan Haji dan yang lainnya untuk mengerjakan Umrah. Saya duduk dan mula membaca Quran dan dalam masa beberapa minggu saya mampu membaca seperti mereka yang telah belajar ketika berumur lima tahun. Malah Tok Guru saya pun terperanjat.Katanya, kebiasaanya, seseorang itu akan mengambil masa beberapa bulan ataupun bertahun bagi ‘orang tua’ yang mana otaknya dah beku untuk membaca Quran. Saya mampu melakukannya dalam masa beberapa minggu. Saya telah membeli keseluruhan 9 jilid terjemahan Quran oleh Hamka dan 9 jilid terjemahan Hadith Bukhari termasuk kitab Imam Ghazali yang saya baca berulangkali sehingga saya mampu menghafalnya.

Saya tertawan dengan semua ini sebelum Revolusi Islam Iran. Semasa kali pertama saya keMekah untuk mengerjakan Haji, saya menyertai satu demonstrasi rakyat Iran mementang kerajaan Saudi dan dengan megahnya membawa sebuah poster besar Imam Khomeni diatas kepala saya. Saya mahukan kerajaan Saudi ditumbangkan dan kedua-dua Bandar suci Mekah dan Madinah diuruskan oleh perubuhan Islam Antarabangsa, seperti Vatican City. Saya berusia sekita 30 tahun pada masa itu merupakan seorang ‘Islamic Revolutionary’ sejati.

Saya menjadi Pengerusi masjid ditempat saya dan cuba untuk ‘membebaskan’ semua masjid dari cengkaman kerajaan. Saya membantu mencari dana untuk membangunkan seberapa banyak masjid yang bebas supaya kami tidak dikawal oleh Jabatan Agama. Mungkin anda masih ingat tentang kejadian sembahyang dua imam yang berleluasa diTerengganu pada masa itu. Datuk Yusof, Ketua Cawangan Khas Terengganu, menahan saya dan membawa saya kepada menteri besar Terengganu supaya saya boleh di‘pulih’kan. Mereka sebenarnya mahukan saya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi terdapat sedikit masalah, dimana emak sepupu saya adalah merupakan Tengku Ampuan Terengganu. Tengku ampuan Terengganu adalah adik kepada Almarhum Sultan Selangor, oleh itu mereka terpaksa berhati-hati.

Ya, saya menjadi masalah kepada Umno Terengganu dan mereka mahukan saya ditahan tetapi ‘kekebalan istana’ tidak memungkinkannya. Walaubagaimanpun, saya akhirnya meninggalkan Terengganu dan masalah itu selesai dengan sendirinya. Lima tahun kemudian, Terengganu jatuh ketangan pembangkang yang diketuai oleh Pas, jadi, itu tidak menjadi soal lagi.

Begitulah, kehidupan selama 27 tahun kedua, dalam fasa kedua kehidupan saya. Dan saya sekarang berada didalam fasa ketiga dalam kehidupan saya. Sudah pasti, saya tidak terfikir saya akan hidup 27 tahun lagi. Sekiranya ini terjadi, maka saya akan menjadi orang tua yang berumur 81 tahun. Tidak dinafikan, Tun Dr. Mahathir masih lagi bertenaga walaupun melampaui umur 81 tahun. Tetapi Tun tidak merokok, tidak tidur pukul 3.00 pagi, tidak akan bertahan dengan tidur hanya lima jam setiap malam, berhati-hati dengan pemakanannya, dan banyak lagi. Pendeknya, saya melakukan semua yang bertentangan dengan apa yang dibuat oleh Tun, oleh itu saya tidak fikir saya boleh hidup selama itu.

Tetapi itu bukan isunya. Sama ada fasa ketiga kehidupan saya menyerupai fasa pertama dan kedua bukanlah apa yang hendak saya cakapkan. Apa yang hendak saya bincangkan adalah perjalanan yang saya hadapi dalam fasa ketiga ini.

Seperti yang saya katakan, 27 tahun fasa pertama adalah zaman jahil dan 27 tahun fasa kedua, zaman Revolusi Islam Iran, merupakan zaman ‘pencerahan’. Fasa ketiga, walaubagaimanapun, seolah-olah merupakan zaman dimana saya bertanya dan mempersoalkan, yang menjurus kepada zaman kekecewaan.

Saya akui, saya seolah-olah kehilangan arah dalam fasa pertama. Kemudian saya sangkakan saya telah berjumpa dengan cahaya kebenaran dalam fasa kedua. Tetapi sekarang, dalam fasa ketiga,saya mula mempersoalkan apa yang dikatakan kebenaran. Saya mula meragui apakah ini merupakan kebenaran yang saya fikirkan mula-mula dulu. Saya sudah mula merasa kecewa dengan apa yang saya sangkakan pada awalnya sebagai kebenaran.

Ugama seharusnya bersifat baik, bukan sahaja Islam, tetapi ugama apa sekalipun. Dan itulah yang saya lalui dalam fasa kedua, memahami ugama. Tetapi sekiranya ugama itu bagus mengapakah orang-orang yang berugama itu tidak baik? Mengapa apabila saya berjumpa dengan mereka yang tidak berugama atau atheis, saya nampak manusia yang baik? Dan mengapa apabila saya berjumpa mereka yang berugama, saya nampak manusia yang tidak baik? Ya, inilah yang menghantui saya dalam fasa ketiga kehidupan ini. Sekiranya ugama itu baik, sepatutnya mereka yang berugama itu menjadi baik dan mereka yang tidak berugama atau atheis itu akan menjadi manusia yang tidak baik. Tetapi mengapa ia jadi terbalik? Dan ini bukan sahaja berlaku kepada orang-orang Islam.

Beberapa minggu dulu, saya memberikan ceramah kepada sekumpulan orang-orang Umno pro-Abdullah Badawi. Apabila saya mengatakan bahawa rasuah adalah haram dan kita mesti menentangnya, dia menjawab rasuah boleh diterima. Kemudian apabila saya mengatakan didalam Islam rasuah adalah Riba’ dan ianya mempunyai 80 peringkat riba’ dan dosa kepada peringkat yang paling bawah adalah bersamaan dengan dosa berzina dengan ibu sendiri,. Dia bersetuju dan mengatakan ini sebenarnya adalah Hadith Nabi Muhammad. Tetapi rasuah boleh diterima, ujarnya lagi.

Kalau sekiranya seorang Muslim meninggalkan Islam dan menjadi Hindu, kristian atau Biddhist, adalah menjadi kewajipan semua Muslim menentang sekeras-kerasnya perkara ini. Murtad adalah dilarang dan hukumannya adalah bunuh. Dan orang-orang Islam mestilah melakukan sesuatu, walaupun merusuh dijalanraya, membakar bangunan dan membunuh orang lain sekiranya seseorang itu cuba meninggalkan Islam. Tidak ada seorang pun orang Islam yang tidak akan bersetuju. Ini bukan keganasan, ini bukan pelampau, ini bukan ancaman kepada negara, sebaliknya ini mempertahankan maruah Islam. Tetapi kalau anda berarak secara aman ke Istana YDP Agong ataupun Parlimen untuk menghantar memorandum, ini tidak dibenarkan. Polis mesti menangkap anda, memukul anda dan pemimpin atau penganjur mesti ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Inilah yang disuruh oleh Islam dan ia adalah wajib.

Tanyalah kepada pemimpin Melayu-Islam. Tanay kepada imam dimasjid. Tanay kepada Mufti. Tanya kepada pegawai Jabatan Agama. Tanyalah kepada sesiapa pun dari Pusat Islam.Tidak ada yang tidak bersetuju bahawa peserta perhimpunan aman perlu ditangani dengan keras dan ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Dan tidak ada dikalangan mereka ini yang tidak bersetuju, bahawa murtad perlu ditangani dengan keras dan tegas, walaupun dengan merusuh, membakar bangunan dan membunuh, demi mempertahankan maruah Islam.

Kebanyakan anggota polis adalah orang Islam tetapi mereka bertindak secara ganas terhadap peserta perarakan aman. Kebanyakan pemimpin kerajaan adalah orang islam tetapi mereka bertindak secara kasar terhadap peserta perhimpunan aman. Dan mereka mengatakan ini dilakukan untuk menjamin keamanan yang dituntut oleh Islam. Tetapi sekiranya anda menghina Islam atau cuba menjadi murtad, anda perlu menerima hukuman yang setimpal. Dan ini bukanlah keganasan ataupun ancaman kepada negara. Dan ini mempertahankan maruah Islam. Rasuah OK, penipuan dalam pilihanraya OK. Menggunakan media arus perdana untuk menipu OK. Mengugut orang-orang bukan Melayu, OK. Penahanan tanpa bicara OK. Membelasah tahanan ketika ditahan polis, OK. Asalkan jangan menghina Islam ataupun keluar dari Islam. Itu tak OK dan walaupun keganasan digunakan untuk menentang perkara ini, ia masih OK.

Saya jumpa orang-orang berugama, saya nampak orang-orang tidak baik. Saya jumpa orang-orang yang tidak berugama dan atheis, saya nampak orang yang baik-baik. Bagaimana ugama boleh menjadi baik kalau penganutnya tidak baik. Bagaimana mungkin ugama itu datang dari Tuhan sekiranya hasil ugama itu ialah manusia yang tidak baik? Ya, itulah persoalan yang menghantui saya dalam 27 tahun, fasa ketiga kehidupan saya.
Lagi ramai manusia bersembahyang, lebih teruk jadinya. Manusia yang tidak bersembahyang adalah manusia yang istimewa. Bagaimana ini boleh berlaku? Pegawai polis bersembahyang. Pemimpin kerajaan bersembahyang. Tetapi mereka adalah manusia yang teruk! Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan sembahyang. Adakah ugama satu penipuan? Bagaimana mungkin ugama itu betul kalau penganutnyanya salah?

Sudah pasti, saya sudah mendengarnya banyak kali. Ugama itu tidak salah tetapi umatnya yag salah kerana tidak mengikuti apa yang diajar oleh ugama. Tetapi mengapa? Ia perlukan jawapan. Mengapakah mereka yang begitu taat kepada ugama menjadi tidak baik? Bukankah ugama memimpin kita menjadi baik? Kalau ugama gagal memimpin kita menjadi baik, sudah semestinya ugama itu sendiri, bukan penganutnya yang salah. Ada pepatah mengatakan, tidak ada murid yang tidak baik, kecuali guru. Kalau murid itu menjadi tidak baik, guru harus dipersalahkan. Dalam hal ini, apakah prinsip yang sama perlu digunakan? Kalau ugama telah gagal mengajar kita menjadi baik, maka guru harus dipersalahkan dan bukannya murid!

Fasa ketiga kehidupan saya, 27 tahun ketiga, benar-benar menyiksakan. 27 tahun pertama amat menyenangkan. Saya hanya menikmati kehidupan. Saya hanya hidup untuk hari ini dan persetankan hari esok. 27 tahun kedua juga amat memuaskan. Saya hidup untuk ugama saya. Semua yang saya lakukan adalah untuk Islam. Tetapi 27 tahun ketiga merupakan perjalanan tanpa hujung untuk saya. Dan kemungkinan, saya tidak akan sampai ketempat yang dituju kerana saya yakin saya tidak akan hidup 27 tahun lagi. Saya perlu mencari jawapan adakah ugama benar-benar wujud atau hanya ciptaan manusia ataupun hanya penglipur lara. Buah dari pokok yang beracun akan tetap beracun. Tidak disangsikan lagi. Dan buah dari ugama yang baik sudah semestinya baik. Tidak disangsikan lagi. Tetapi itu tidak berlaku disini.

Hari ini, kita diberitahu bahawa orang-orang Islam menyokong tahanan tanpa bicara. Hari ini, kita diberitahu terdapat 1.5 juta orang-orang Melayu dari 395 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyokong kerajaan keranan menggunakan ISA terhadap peserta perhimpunan aman. Ramai yang marah kerana 31 orang dari Hindraf tidak akan didakwa atas tuduhan membunuh. Mereka mahukan darah orang-orang yang cuba menggunakan hak mereka yang diberikan Tuhan untuk bersuara. Semua 1.5 juta orang-orang Melayu ini adalah penganut kepada ugama yang baik. Tetapi penganut ugama yang baik ini mahukan kerajaan melakukan perkara yang tidak baik. Itulah yang menghantui saya tidak henti-henti. Bagaimana sebuah ugama yang baik menjadikan penganutnya tidak baik?


(Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel asal " Fruit from a poisonous tree will be poisonous" oleh Raja Petra Kamarudin. Sekiranya berlaku kekeliruan, sila rujuk artikel asal disini...

No comments: