Isu Hindraf menyebabkan Umno hilang kewarasan. Setiap hari, berbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu. Ramai juga yang terpengaruh termasuk penyokong PAS dan Keadilan sendiri. Ada yang bertanya, "macam mana Anwar boleh sokong Hindraf?".
Mungkin mereka tidak membaca akhbar India, ataupun mereka tidak faham apa yang ditulis. Walaupun isu ini telah dijawab oleh Azmin, Nat dan Nik Nazmi, tapi mungkin maklumat ini tidak sampai kebawah.
Berikut adalah terjemahan daripada temuramah Anwar dengan Daily News and Analysis, India. Kalau ada masa dan kemahuan, cetak dan edarkanlah kepada ahli-ahli yang masih curiga.
Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia yang berada diMumbai untuk menghadiri Persidangan Sedunia mengenai Islam, bercakap dengan wakil DNA, Prashant Hamine mengenai diskriminasi kaum yang dihadapi oleh masyarakat India dan kaum-kaum pendatang yang lain.
Apa pendapat anda mengenai diskriminasi kaum yang dihadapi oleh masyarakat India diMalaysia?
Masyarakat kami terdiri daripada berbagai bangsa, dan bukan sahaja kaum India, malah kaum Melayu dan Cina juga mengadu tentang diskriminasi kaum. Saya telahpun memperkatakan isu ini sejak enam hingga lapan bulan dulu secara konsisten. Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai dasar yang affirmatif, ia tiada ketelusan. Kaum India yang tinggal diKuala Lumpur jauh lebih baik daripada yang tinggal diluar Kuala Lumpur. Kebanyakannya hidup terlalu miskin dan ketiadaan kemudahan asas seperti air, makanan dsb.
Apakah reaksi anda tentang keprihatinan yang disuarakan oleh kerajaan India mengenai layanan yang diberikan kepada kaum India?
Perdana Menteri india, Manmohan Singh, telah menyuarakan isu ini dengan sopan dan diplomatik. Saya berharap, ianya akan menyedarkan kerajaan kami tentang layanan yang telah diberikan kepada kaum India. Adalah janggal untuk bercakap tentang diskriminasi terhadap orang-orang Islam diBurma dan Palestin, tetapi dinegara sendiri, kaum India dilayan secara tidak adil.
Adakah anda bersetuju, kaum India telah dilayan seperti hamba sejak sekian lama?
Ianya bukan sahaja kaum India, orang-orang Melayu dan Cina juga mengadu tentang layanan yang tidak adil. Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hindraf yang agresif, tetapi merobohkan kuil (seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia) bukan caranya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak menghormati ugama lain. Masalah diMalaysia ialah, media, kehakiman dan beberapa cabang eksekutif berat sebelah. Satu pihak tidak mendengar pihak lain.
Sesetengah pemimpin Malaysia percaya bahawa India tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Malaysia....
Menteri-menteri ini tidak tahu bagaimana untuk berdiplomasi. Bila anda menyuarakan isu-isu tentang layanan tidak adil kepada kaum minoriti dibahagian lain didunia, mereka akan bertanya tentang layanan kaum minoriti dinegara anda sendiri.
Apakah yang telah anda lakukan untuk mencari penyelesaian krisis ini diMalaysia?
Saya sentiasa melibatkan diri dengan masyarakat India diMalaysia. Saya telah memperjuangkan kes-kes mereka dimahkamah, walaupun saya dituduh sebagai pro-India ataupun pro-Hindu.
Monday, December 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment