Saturday, December 29, 2007

BA gempur Sungai Siput






Tiga tahun dulu, ramai yang akan menyangka bahawa gambar diatas mungkin hanyalah gambar rekaan, mungkin hanya lebih baik dari gambar rekaan Tian Chua. Tetapi hari ini, semuanya berubah, apabila parti-parti pembangkang bersatu menggempur kubu kuat Samy Vellu diSungai Siput malam tadi.

Kalau tiga tahun dulu, Dr. Syed Husin Ali terpaksa menarik diri dari bertanding gara-gara 'sosialis', hari ini pemimpin Parti Sosialis Malaysia berucap dipentas Pas. Kalau dulu, ramai yang meragui kemampuan Anwar Ibrahim untuk menyatukan pembangkang, hari ini terbukti, keraguan itu meleset.

Majlis yang sepatutnya diadakan berhampiran Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, terpaksa berpindah keSungai Siput apabila polis menarik balik permit yang telah diluluskan pada awalnya. Mungkin Umno merasakan, lebih baik pembangkang menggempur Samy Vellu daripada menggempur Rafidah.


Seluruh bandar Kuala Kangsar di'kepung' oleh pihak polis melalui sekatan jalanraya, dan tidak kurang dari 5 sekatan jalanraya diadakan dari Sungai Siput hingga keKuala Kangsar. Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang rakyat dari terus hadir ketapak ceramah yang diadakan di Kg. Stesyen, Salak Utara, dalam daerah Sungai Siput.


Sepanjang jalan diKg. Stesyen telah dipenuhi dengan bendera Pas, Keadilan dan Parti Sosialis Malaysia. Dianggarkan sekitar 4000 orang hadir untuk mendengar ucapan dari pemimpin-pemimpin parti. Apa yang menarik ialah kehadiran begitu ramai hadirin dari masyarakat India kemarkas Pas Sungai Siput ini, yang memberikan pertanda bahawa era Samy Vellu diSungai Siput mungkin berakhir dalam pilihanraya ini.


Diantara penceramah yang memberikan ucapan malam tadi ialah Sdr. Mat Sabu (Pas), Dr. Lee Boon Chye (PKR), Ustaz Zulkifli Ibrahim (PKR), Dr. Jeyakumar (PSM) Ir. Nizar Jamaludin (Pas), dan Sdr. Loganathan (Bekas Ketua MIC, Sungai Siput)


Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini...

No comments: