Tuesday, January 8, 2008

Buat kerja, bukan cakap banyak - Ustaz Zul

Ketua Perhubungan Negeri, Zulkifly Ibrahim (Ustaz Zul) meminta Pengarah SPR lebih menumpukan usaha-usaha untuk membersihkan daftar pemilih, daripada membuat bising tentang pilihanraya.

Ustaz Zul menegaskan, masih terdapat banyak pengundi-pengundi yang diragui status mereka didalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh SPR. Daftar pemilih terkini setakat 25 September 2007, dan diwartakan pada 10 Oktober 2007 memperlihatkan kelemahan SPR masih begitu ketara. Masih terdapat pengundi yang mempunyai dua nombor kad pengenalan yang berbeza dan begitu ramai pengundi yang telah mati tetapi nama mereka masih didalam daftar pemilih.

Ustaz Zul memberikan contoh dimana seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan didalam kawasan Kuala Kangsar.


IC:640407086308
Nama:ALWIAH BINTI ABDUL RAHMAN
Lokaliti:JLN DATO SAGOR
Daerah Mengundi:JALAN KANGSAR

IC:640407086380
Nama:ALWIAH BT ABDUL RAHMAN
Lokaliti:JLN DATO SAGOR
Daerah Mengundi:JALAN KANGSAR

Begitu juga dengan jumlah pengundi melebihi seratus tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada pengundi-pengundi ini benar-benar wujud atau pun hanya sekadar kesilapan typo.

IC: 880924086771
Tahun Lahir:1888
Umur:119
Nama:BAHARUDDIN B YAHAYA

IC:841213086933
Tahun lahir:1884
Umur:123
Nama:UDA SAIN B ALANG AJID

IC:830630086586
Tahun lahir:1883
Umur:124
Nama:PUTEH HAMIDAH BT RAMLI

Didalam Parlimen Kuala Kangsar sahaja, terdapat 46 pengundi yang berumur melebihi seratus tahun.

Adalah wajar, tegas beliau, Pengarah SPR lebih menumpukan tentang bagaimana meningkatkan kredibiliti SPR daripada membuat kenyataan-kenyataan yang diluar bidang tugasnya.

No comments: