Dato Seri Anwar Ibrahim hari menghabiskan kira-kira 4 jam di Kuala Kangsar untuk bertemu rakyat disini. Sekali lagi, bandar Kuala Kangsar menjadi sesak ekoran begitu ramai yang datang untuk bertemu beliauMasjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar menjadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat hari ini ekoran kehadiran Dato Seri Anwar dimasjid tersebut. Jalan masuk keKuala Kangsar juga menjadi sesak ekoran halangan polis yang dibuat ketika umat Islam mula bergerak untuk menunaikan solat Jumaat.
Ketika merasmikan pejabat baru PKR Bahagian Kuala Kangsar, dato Seri Anwar juga turut menerima 132 borang keahlian dari Ketua Bahagian Kuala Kangsar. Apa yang menarik, diantara ahli-ahli baru yang menyertai Keadilan itu, seramai 82 orang terdiri dari masyarakat India.
Beliau seterusnya menyertai jamuan rakyat diSayong Lembah, yang turut dihadiri sekitar 1,000 orang. Majlis jamuan yang diadakan ditebing Sungai Perak itu menjadi lebih bermakna apabila salah seorang daripada bekas warder Penjara Sungai Buloh, dimana Anwar dipenjarakan, turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Keadilan.
Dalam perjalanan kePantai Remis dan Manjong, Dato Seri Anwar sempat singgah di Senggang untuk bertemu dengan rakyat disana.
Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini.....
No comments:
Post a Comment