Thursday, November 29, 2007

Tol naik lagi - Samy Vellu

Sementara itu, Samy Vellu berkata, kadar tol di enam lebuh raya lain akan dinaikkan mengikut perjanjian konsesi.
Lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah; Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.
``Kadar minimum bagi kenaikan tersebut adalah tujuh peratus dan maksimum sehingga 50 peratus,’’ ujar beliau.
Katanya, kenaikan itu dibuat kerana tidak ramai pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya tersebut
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

The increasing number of foreign vehicles entering the country through the Johor Causeway and the Bukit Kayu Hitam toll plaza has been cited as reasons for the higher tolls and motorists have to pay 30 sen more at both the entry points. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/2096646/Article/index_html

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kadar tol dienam lebuhraya dinaikkan kerana tidak ramai pengguna.
Kadar tol di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam dinaikkan kerana ramai pengguna!

Ayo-yo Samy.

Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua, Ketua Penerangan PKR.

Samy Vellu pastinya begitu teruja dengan keputusan Kabinet dalam keadaan beliau berjaya 'meredakan' kemarahan orang awam, di mana pengguna menarik nafas lega apabila kenaikan kadar tol menyeluruh berjaya dihindarkan.

Pun begitu, keputusan untuk membekukan kenaikan kadar tol menyeluruh akan dikuatkuasakan sehingga akhir 2008. Jelas terbukti ia adalah satu umpan pilihanraya, atau dalam erti kata lain, kenaikan kadar tol ditangguhkan selama setahun.Realitinya keputusan ini adalah sangat tidak adil buat pembayar cukai kalangan rakyat Malaysia. Di akhirnya, pemilik konsesi berterusan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada wang rakyat.

Samy sendiri mengakui, Prolintas akan menerima pampasan sebanyak RM26 juta, PLUS sebanyak Rm145 juta, dan Jambatan Pulau Pinang RM39 juta. Sementelahan, pembayar cukai merelakan RM75 juta diberikan kepada syarikat konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong melalui pengurangan kadar tol daripada RM2.10 kepada Rm1.60, di mana RM27 juta diserahkan kepada syarikat konsesi NKVE lantaran tidak menaikkan kadar tol sedari tahun 2005.Keseluruhannya, Samy mendedahkan sebanyak RM334 juta telah dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Samy mendakwa bahawa kerajaan menetapkan untuk 'tidak membebankan pengguna', bagaimanapun adalah tidak adil bagi pembayar cukai yang bukan pengguna tegar lebuhraya tetapi terus terbeban dengan beban kewangan ke atas bahu mereka.Parti Keadilan Rakyat melihat penangguhan kenaikan kadar tol ini adalah perjudian jangka pendek untuk mengalihkan kemarahan rakyat. Ia tidak mempunyai kesan langsung untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

KeADILan sedari awal telah menjangkakan kenaikan ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2009, iaitu setahun selepas pilihanraya umum.Akar permasalahan ini adalah berpunca daripada kecelaruan kontrak antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi tol. Awal tahun ini, KeADILan telah mendedahkan kontrak konsesi tol LDP dan kalangan pimpinan KeADILan telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Di dalam kenyataan media bertarikh 19 Februari 2007, Samy Vellu mendakwa bahawa Perdana Menteri secara prinsipnya bersetuju bahawa perjanjian konsesi tol lebuhraya perlu dideklasifikasikan dan didedahkan kepada umum.Pun begitu sehingga ke hari ini, tidak ada hatta satu pun kontrak yang didedahkan kepada khalayak.

KeADILan kekal menyatakan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat seluruh isi kandungan konsesi tersebut.Sekali lagi, KeADILan mendesak agar semua kontrak konsesi tol didedahkan pada kadar yang segera.Keduanya, KeADILan menggesa kerajaan untuk meneliti secara serius saranan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa kerajaan wajar membeli semua ekuiti di dalam syarikat konsesi tol untuk mengelakkan sebarang kenaikan kadar tol di masa akan datang.

Samy Vellu tidak memberikan sebarang penjelasan mengapakah perencanaan seumpama itu tidak boleh dilaksanakan.Tanpa merujuk kepada sebarang sumber masalah, termasuklah terma-terma perjanjian di dalam konsesi tol, beban kadar tol akan terus menghantui pengguna jalanraya dan pembayar cukai rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Kerajaan wajar bersikap telus di dalam mengendalikan perjanjian ini.

Tian Chua
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat


No comments: