Wednesday, November 28, 2007

Pembohongan dan Penipuan - Raja Petra

Akhirnya, Menteri Kerjaraya telah mengumumkan bahawa kos membina Istana Negara yang baru tidak akan mencapai RM1 billion.Kemungkinan kosnya hanyalah disekitar RM600 juta.Kita 'boleh menerimanya'. RM600 juta adalah jumlah yang sama diberikan oleh Pak lah kepada 191 Bahagian UMNO sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. RM600 juta yang akan digunakan untuk membina Istana negara yang baru adalah untuk kegunaan YDPA untuk 100 tahun akan datang, tetapi RM600 juta yang diberikan kepada 191 bahagian UMNO, habis dalam masa dua bulan dan tidak akan kelihatan lagi. Krismas semakin hampir dan apakah Pak Lah akan memberikan Hadiah Krismas bernilai RM600 juta kepada penyokong UMNO lagi? Hey! Ini bermakna seperti membina Istana Negara setiap tahun! YDPA mendapat Istana baru setiap 100 tahun dan terpaksa berkongsi dengan 9 Raja-Raja yang lain, tetapi UMNO mendapat RM600 juta setiap tahun!

Idea untuk membina Istana Negara yang baru, datang dari pemerintahan yang lalu (Dr. Mahathir), sebelum YDPA hari ini menaiki takhta. Dan kemungkinan besar, Istana baru ini hanya boleh diduduki selepas YDPA meninggalkan takhta. Ini adalah sesuatu yang tidak dijelaskan oleh kerajaan. YDPA tidak pernah meminta untuk dibina sebuah Istana Negara yang baru, apatahlagi untuk mendiaminya! Pembinaan Istana Negara yang baru ini idea siapa? Apa yang pasti, ia bukan dari YDPA. Dan apakah kita tahu sejarah Istana Negara?

Ini adalah artikel yang ditulis oleh Shanti Gunaratanam didalam New Straits Times, yang berjudul 'The palace that Chan built'.

Istana Negara satu masa dahulu merupakan rumah kepada seorang jutawan Pendatang China, tulis SHANTI GUNARATNAM.

Istana Negara merupakan satu tarikan pelancung yang popular dan setiap hari, pelawat-pelawat akan berhenti untuk menikmati keindahan taman yang begitu mempersonakan sementara yang lainnya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama pengawal yang bertugas.

Ramai pengantin baru juga berhenti diIstana Negara, yang mana merupakan tempat untuk Istiadat Pertabalan diadakan dan juga tempat dimana alat-alat kebesaran disimpan, untuk mengambil gambar perkahwinan dihadapan pintu utama.

Istana Negara satu masa dulu merupakan rumah seorang Pendatang China yang memperoleh kekayaan melalui perlombongan bijih timah dan perniagaan yang lain. Chan Wing membina rumah yang besar untuk memuatkan keluarganya yang besar, termasuk 26 isterinya, yang dibawa keKuala Lumpur dari Hong Kong dalam tahun 1920an.

Menurut buku, From Poor Migrant to Millionaire Chan Wing 1873-1947, yang ditulis oleh Chan King Nui, anak kelapan Chan Wing, rumah tersebut (sekarang Istana Negara) merupakan tempat beberapa majlis keraian yang besar termasuk perayaan Tahun Baru Cina.
Semasa Perang Dunia Kedua, Keluarga chan melarikan diri keIndia, dan kembali hanya selepas perang tamat. Sering dikenali sebagai 'rumah diatas bukit', Istana Negara telah diambilalih oleh Tentera Diraja British (RAF) selepas perang.

Rumah tersebut kemudianya dibeli oleh Kerajaan Selangor untuk kegunaan Sultan Selangor sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1954. Kerja-kerja baikpulih telah dilakukan terhadap bangunan tersebut.

Selepas Merdeka, rumah tersebut dijadikan kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong pertama dan segala Alat Kebesaran Diraja telah ditempatkan dirumah tersebut.

Ya, Istana Negara akan berusia hampir 100 tahun apabila Istana Baru disiapkan dan boleh dihuni. Dan Istana Negara satu masa dulu merupakan rumah kepada Pandatang China sebelum Kerajaan mengambil alih.YDPA sebenarnya mendiami Istana 'third-hand' - dan ketika saya pernah berlari dan bermain pada tahun 1950an dulu pun, Istana tersebut merupakan satu bangunan yang lama. Dan ia merupakan Istana kepada 13 YDPA sehingga kini.

Walaubagaimanapun, isu kali ini bukanlah sama ada Istana tersebut sudah tua dan usang ataupun sama ada perlu dibina sebuah lagi istana baru untuk YDPA. Bukan juga sama ada Istana baru menelan belanja RM1 billion atau RM600 juta, ataupun RM100 juta. Isunya ialah : idea untuk membina Istana Negara yang baru datang dari Kerajaan, BUKAN dari YDPA. Tuanku Mizan belum lagi menjadi YDPA ketika idea ini diutarakan. dan Tuanku Mizan sudah pasti tidak lagi menjadi YDPA apabila Istana Negara yang baru ini disiapkan.

Ketiadaan penjelasan dari pihak kerajaan dalam perkara ini mengakibatkan timbul tanggapan bahawa YDPA adalah pihak yang mahukan Istana Negara bernilai RM1 billion, yang dambil dari duit rakyat untuk memenuhi keinginan kemewahan beliau, dibina. Mengapa kerajaan tidak menjelaskan dan memberitahu kepada rakyat bahawa YDPA tidak pernah meminta untuk dibina sebuah Istana yang baru? Mengapa dibiarkan tanggapan ini berlarutan? Apa yang mereka mahu YDPA lakukan? Apakah mereka mahu YDPA membuat satu kenyataan terbuka bahawa baginda tidak mahukan sebuah Istana baru dan idea tersebut bukan daripadanya? Apakah kerajaan mahukan YDPA membuat deklarasi terbuka bahawa baginda tidak akan mendiami Istana tersebut walaupun kerajaan akan mempercepatkan pembinaannya? Andainya YDPA melakukan perkara-perkara ini, sudah pasti baginda akan dituduh sengaja memalukan kerajaan dan cuba mencetuskan krisis diantara Eksekutif dan Raja-Raja. 'Buat salah, tak buat salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.'

Rakyat Malaysia begitu cepat membuat keputusan. Mereka mendengar sesuatu dan membuat tanggapan berdasarkan apa yang mereka dengar. Mereka menjerit, RTM, NST, TV3, Utusan Malaysia dll, PENIPU!!!. Mereka memboikot suratkhabar yang dikawal kerajaan dan media elektronik. Merek tak mahu lagi membeli suratkhabar. Merek tidak lagi mahu menonton berita diTV. Bohong, bohong dan bohong. Tetapi apabila mereka membaca pembohongan ini, mereka terus mempercayainya dan bertindak tanpa usul periksa.

Adakah rakyat Malaysia bodoh? Sekarang kita tahu mengapa Barisan Nasional akan memerintah negara ini selamanya. Dan saya gembira. Bila bercakap tentang rakyat Malaysia, siapa kata mereka tidak boleh ditipu selamanya? Rakyat Malaysia sememangnya bodoh dan sewajarnya mereka diperintah oleh Barisan Nasional. Dan saya akan mengundi Barisan Nasional untuk memerintah negara ini sehinggalah rakyat Malaysia mempunyai kematangan dan mampu berfikir. Rakyat Malaysia bercakap tentang ketelusan media dan melaporkan yang benar dan berbagai lagi fahaman barat. Tetapi dalam masa yang sama mereka begitu senang ditipu oleh putar belit media.

Saya masih ingat 20 tahun lalu, apabila Presiden gerakan, dengan mulut yang berbuih dan air liurnya memercik sehingga10 kaki, menuduh Sultan Pahang merogol hutan-hutan diPahang. Memang benar, Menteri berbangsa Cina membalun Sultan Pahang secukupnya sementara orang-orang Melayu bertepuk tangan dan bersorak, apabila Raja-Raja Melayu di'telanjangkan' dikhalayak ramai.

Menteri berbangsa Cina itu juga mendedahkan bagaimana seorang lagi Cina, 'Tengku' Wong, telah dianugerahkan kawasan balak bernilai jutaan ringgit. Anda pasti melihat bagaimana orang-orang melayu bersorak menyokong Menteri Cina. 'Tengku Wong' tidak lain merupakan 'rakan kongsi' Sultan Pahang, kata Menteri tersebut. Dan untuk menyokong serangan yang dilakukan terhadap Raja-Raja, UMNO selangor mencadangkan satu resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunannya meminta kerajaan mendedahkan mereka yang dilabelkan sebagai 'Kapitan Cina'.

Tiada kebenaran dalam perkara ini. Sebenarnya, 'Tengku Wong' adalah rakan kongsi Menteri Besar Pahang, bukan Sultan Pahang. Dan Menteri Besar tersebut sekarang sudah bergelar 'Tun', bersamaan dengan gelaran 'Sir', dan kini menjadi Gabenor Melaka. Dalam masa yang sama, ketika Menteri Cinakui dan bekas Menteri Besar ketawa besar mengaut keuntungan, Sultan Pahang terpaksa menanggung reputasi yang tercalar.

Pahang mempunyai 'Tengku Wong', Terengganu mempunyai 'Tengku' Yong, (Johor juga mempunyai 'Tengku' Goh, seperti yang dilapurkan sebelum ini).'Tengku' Yong dulunya (mungkin masih lagi) merupakan rakan kongsi Datuk Yussof, Setiausaha Sulit Almarhum Sultan Terengganu, Datuk Azhar, bekas Setiausaha Kerajaan negeri, dan Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu sehingga 1999, kini merupakan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi. Wan Mokhtar dalam diam telah memberikan kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit kepada sebuah syarikat bernama Seri Terukun. Kontrak-kontrak ini diberikan tanpa tender dan harga kontrak adalah dua kali ganda daripada harga JKR. Ini tidak termasuk kawasan balak yang bernilai jutaan ringgit. Kalau dinilai mengikut harga semasa, kita bercakap tentang 'billion'.

Lewat tahun 1980an, kami pernah membuat temujanji untuk bertemu dengan Menteri Besar Terengganu untuk mengadu tentang penguasaan Seri Terukun. Lagi pun, sekiranya projek-projek itu ditenderkan, bukan sahaja banyak syarikat akan mendapat faedahnya malah kos untuk melaksanakan projek-projek ini juga dapat dikurangkan sehingga setengah.

Perlu diingat! Wan Mokhtar merupakan seorang ulamak. Seorang yang arif tentang ugama. Dan orang Islam diajar untuk menghormati dan mempercayai ulamak kerana ulamak merupakan sahabat Tuhan. Dan Sahabat Tuhan ini memberitahu beliau tidak mempunyai pilihan dalam perkara ini kerana beliau menerima 'surat kuning' dari istana dengan arahan untuk memberikan semua kontrak-kontrak kepada Seri Terukun.

Menyedari yang kami tidak akan kemana-mana, saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Shahidan Kassim, yang mana merupakan Pengerusi Parliament Back Benchers Club (BBC) untuk menyuarakan perkara ini. Shahidan bersetuju dan membawa perkara ini untuk perhatian Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba yang memanggil sidang media dan memberitahu bahawa kerajaan akan menyiasat mengenai salahguna kuasa yang dilakukan oleh Istana Terengganu. Isu ini telah dimuatkan dimuka hadapan disemua akhbar.

Wan Mokhtar panik. Beliau ingat, apabila beliau memberitahu kami yang dia menerima 'surat kuning' dari istana Terengganu, kami akan berdiam diri dan membiarkan begitu saja.Lagi pun, siapa yang bernai menentang Raja? Tetapi kami lakukan dan sekiranya negeri tidak berani menentang istana, kami akan membawa perkara ini keperingkat Negara dan menyokong Kerajaan Persekutuan untuk menentang Raja. Tetapi apa yang sebenarnya ada didalam fikiran kami bukanlah untuk menentang Raja tetapi Wan Mokhtar telah menipu dan kami mahu membongkarnya.

Nasib kami tidak begitu baik. Wan Moktar menyedari perkara ini dan mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri untuk memanggil sidang media dan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan kami, ataupun memberitahu kami bahawa beliau pernah menerima 'surat kuning' dari istana. Ini semua adalah fitnah yang dilakukan oleh pembangkang untuk memalukan kerajaan, ujar Wan Mokhtar didalam mesyuarat yang diadakan dengan lebih 1,000 kontraktor dinegeri Terengganu. Dan beliau merenung kearah saya yang duduk dibarisan depan ketika menekankan perkataan 'fitnah pembangkang'. Mungkin kerana melihat saya tersenyum puas dan ini membuatkan beliau menjadi marah.

Mulai hari tersebut, saya tidak lagi mempercayai ulamak 'kerajaan'. Mereka ini lebih baik dipanggil ular dalam semak. Wan Mokhtar memberitahu kami didalam mesyuarat rasmi yang dia menerima 'surat kuning' dari istana, sekarang dia menafikanya.

Sultan Terengganu dan Pahang dihina begitu rupa. Menteri Besar didua negeri ini merompak harta negeri dan menggunakan 'Kapitan China' sebagai kaki. Dalam masa yang sama, memberitahu rakyat bahawa Kapitan China ini adalah rakan kongsi Sultan. Kemudian mereka menunjukkan klip video tentang 'istana tepi laut' kepunyaan Sultan Kedah dan Sultan Selangor diPulau Pinang. Satu lagi penipuan tetapi semua yang melihat video tersebut percaya dengan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan. Dan UMNO Selangor secara rasmi mengisytiharkan 'perang' terhadap Raja-Raja Melayu dengan membentangkan resolusi meminta didedahkan 'Kapitan China' yang dijadikan dalang oleh Sultan.

Hari ini, imej Raja-Raja tercemar. Setuju, bahawa Raja-Raja bukan malaikat. Ada yang berkelakuan tidak senonoh, terutamanya dimasa lalu. Tetapi banyak penipuan dan putar belit telah dilakukan oleh media perdana yang dikawal oleh kerajaan. Dan mereka menyuruh China dan India membalun Raja-Raja sementara Melayu UMNO bertepuk tangan dan bersorak. Mereka menyuruh anjing-anjing suruhan UMNO untuk berlari kebalai-balai membuat laporan polis.

Berhati-hatilah dengan mereka yang menggelarkan diri sebagai Nasionalis Melayu ini. berhati-hatilah dengan ulamak kerajaan - sebahagian besarnya adalah penipu. Dan itulah sebabnya, mengapa saya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang mereka suruh. Dan saya tidak lagi mempercayaai, apabila mereka mengheret Raja-Raja, yang merupakan Pemerintah Islam, kedalam lumpur. Dan sehingga sekarang, tidak ada seorang pun ulamak yang berani kedepan untuk mengisytiharkan bahawa, 20 tahun dulu, mereka menipu tentang Raja-Raja. Ini adalah ulamak neraka.

Sementara masih lagi didalam isu 'penjelasan', BERSIH juga perlu menjelaskan tentang apa yang terjadi dihadapan Istana Negara pada tengahari 10 November 2007. Sepuluh nama telah diberikan kepada pihak Istana. Kesemua 10 orang ini sepatutnya merupakan wakil rasmi kepada 100,000 rakyat untuk menyerahkan Memorandum kepada YDPA supaya pembaharuan sistem pilihanraya dilakukan. Kesemua sepuluh nama ini telah dihantar keIstana Negara melalui surat rasmi.

Walaubagaimanapun, pada hari tersebut, BUKAN orang-orang ini yang menghantar Memorandum tersebut. Sebaliknya, Anwar Ibrahim dan empat pemimpin DAP yang tidak dicalunkan yang pergi. BERSIH perlu menjelaskan bahawa polis tidak membenarkan kesemua sepuluh nama-nama ini dan mereka tidak dapat sampai keIstana, sama seperti 50,000 peserta lainya. Sekiranya penjelasan ini tidak dibuat, kemungkinan rakyat mula berfikir bahawa ahli-ahli politik telah 'mengambil alih' perarakan BERSIH pada 10 November 2007.

Ramai diantara 60,000 peserta pada hari tersebut bukanlah penyokong pembangkang. Sesetengahnya merupakan penyokong UMNO. Mereka mahukan kepastian bahawa perarakan 10 November bukanlah acara pembangkang ataupun diambil alih oleh pembangkang. Jika tidak, BERSIH akan kehilangan sokongan dimasa akan datang.

(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal: Twisting and turning oleh Raja Petra Kamaruddin. Sekiranya berlaku kekeliruan, sila rujuk kepada artikel asal.http://www.malaysia-today.net/nuc2006/index.php?itemid=537)

No comments: