Friday, November 30, 2007

Melayu perlu ubah sikap - Cikgu Azmi


Kuala Kangsar: Orang Melayu perlu bangkit dari mimpi, cuci muka, tengok cermin dan nilai diri sendiri: adakah mereka sudah merdeka atau masih dijajah? Demikian antara ucapan Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Orang Melayu menjadi bangsa yang berjaya dan dihormati ketika dizaman Kesultanan Melayu Melaka, kerana mempunyai pemimpin yang prihatin dengan keperluan rakyat. Tetapi apabila pemimpin mula mementingkan diri sendiri, maka bermulalah zaman kejatuhan bangsa Melayu.

Sejak 1511, sehingga sekarang, orang Melayu dijajah silih berganti. Bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, dan kembali kepada Inggeris, akhirnya kita diberi kemerdekaan. Siapa yang merdeka? Cuma negara yang merdeka, tetapi rakyat masih dijajah. Paling malang, kini Melayu dijajah oleh bangsa Melayu sendiri.

Melayu hari ini semakin ketinggalan, tercicir disegenap bidang disebabkan penjajahan minda yang berterusan. Melayu hari ini tidak dapat berfikir tentang kebenaran atau kemungkaran, kerana mereka diikat dengan ugutan, pembohongan dan kelalaian.
Rakyat diugut disegenap peringkat agar tidak dapat bersuara. Guru-guru diugut akan ditukarkan jauh kepedalaman sekiranya menentang sistem yang ada. Pegawai kerajaan diugut dengan akujanji. Pelajar diugut dengan AUKU. Media diugut dengan OSA. Dan rakyat keseluruhan diugut dengan ISA. Dalam persekitaran yang digari dengan pelbagai ugutan, minda yang bebas tidak akan lahir.
Minda yang terkongkong hanya mampu menurut. Walaupun ianya satu pembohongan. Rakyat begitu mudah menerima pembohongan yang dilakukan oleh media yang dikawal pemerintah.
Orang Melayu begitu mudah dilalaikan. Imam-imam dibawa melawat kePutrajaya, lantas terpegun dengan keindahan dan kemewahan negara, sehingga terlupa penyelewengan yang dilakukan. Anak muda dilalaikan dengan Jom heboh, Akademi Fantasia, sehingga sanggup menghabiskan ratusan juta ringgit untuk SMS dan lainya. Never mind. Inilah hasil pemerintahan selama 50 tahun Umno dan Barisan Nasional.

"Kebangkitan rakyat sudah bermula. Amaran Perdana Menteri dan Polis sudah tidak lagi dihiraukan kerana rakyat sudah bosan. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional perlu diubah sebelum keadaan menjadi lebih parah. "

Turut hadir dimajlis ceramah yang diadakan diKg. Bendang Kering, Kuala Kangsar itu ialah Pemangku Ketua Perhubungan Negeri, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Dr. Khairuddin Abdul Malik.



No comments: