Friday, January 4, 2008

Lawatan DS Anwar Ibrahim ke Perak

DS Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Perak pada hari ini. Tempat persinggahan pertama beliau ialah Kuala Kangsar dimana beliau akan bersembahyang Jumaat diMasjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar. (Bersebelahan dengan MCKK).

Pada pukul 2 petang, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Cina di Taman Chandan Putri, dan seterusnya merasmikan pejabat baru Parti Keadilan Rakyat, Kuala Kangsar.

Pada pukul 3.00 petang, beliau akan memberikan ucapan didalam Majlis Jamuan Rakyat di Kg. Sayong Lembah, ditepi Sungai Perak.

Jam 4.00 petang, beliau akan singgah diSenggang sebelum meneruskan perjalanan kePantai Remis untuk menghadiri Majlis Hi-Tea disana.

Jam 9.00 malam, beliau akan memberikan ucapan dimajlis Ceramah Perdana, diLumut pada pukul 9.30 malam.

No comments: