Friday, January 25, 2008

Umno mula pergunakan sekolah - Zulkifly Ibrahim



Bahang pilihanraya semakin panas dan UMNO telah mula menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk berkempen dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

PKR Perak telah diberitahu oleh beberapa orang Guru Besar tentang arahan-arahan yang telah diberikan kepada mereka untuk membantu calon-calon Umno. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Pemangku Ketua Perhubungan Negeri, PKR Negeri Perak, Sdr. Zulkifly Ibrahim, dalam satu ceramah diKuala Kangsar, malam tadi.

Menurut Sdr. Zulkifly, beberapa arahan telah diberikan kepada Guru Besar iaitu Sukan Tahunan sekolah perlu diadakan selewt-lewatnya pada 29 Februari ini dan pihak sekolah mesti menjemput Wakil Rakyat dari Umno atau BN untuk merasmikan majlis sukan tersebut. Kalau sebelum ini, PIBG terpaksa meminta derma untuk majlis sukan tahunan, tetapi kali ini, UMNO bersedia menampung apa-apa kos yang diperlukan asalkan pihak sekolah menjemput calon Umno untuk merasmikan majlis sukan tersebut.

Satu lagi arahan yang diberikan ialah semua bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mesti dikeluarkan selewat-lewatnya akhir Januari ini. PKR difahamkan bahawa semua peruntukan tersebut telah pun dimasukkan kedalam akaun sekolah-sekolah dan Guru Besar telah diarahkan supaya pemberian bantuan ini mesti diadakan didalam satu majlis dimana calon Umno akan menyampaikan bantuan tersebut.

Lazimnya, bantuan KWAPM ini diberikan sekitar bulan Mei - Jun setiap tahun tetapi kali ini, kelulusan bantuan telah dipercepatkan untuk mengambil kesempatan demam pilihanraya. Dan secara lazimnya juga, pemberian bantuan ini selalunya dibuat oleh pihak sekolah dimana YDP PIBG diminta menyampaikan bantuan tersebut tetapi kali ini, Guru Besar telah diarahkan supaya penyampai bantuan tersebut mestilah dikalangan calon Umno.

PKR tidak menentang bantuan yang diberikan tetapi dengan menggunakan dana awam untuk tujuan politik Umno merupakan satu tindakan yang tidak beretika. Beliau berharap, ibubapa tidak terpedaya dengan helah Umno untuk menutup penipuan mereka tentang yuran sekolah percuma yang dihebohkan sebelum ini.

Ibubapa perlu sedar, apa yang kita mahukan ialah pendidikan percuma, bukan bantuan yang diberikan menjelang pilihanraya. Ibubapa perlu sedar, bahawa kos pendidikan yang semakin meningkat memerlukan keprihatinan pemerintah untuk diselesaikan, dan pemerintah yang ada hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah ini, sebaliknya setiap dasar yang dikemukakan lebih banyak membebankan ibu bapa.

Tuesday, January 22, 2008

Desperate Times, Desperate Measures and More Broken Promises

UMNO-BN regime is desperate to win back Malaysian Indians who have defected to Parti KeADILan Rakyat in droves in the aftermath of the Hindraf protest in late December, 2007.

The Police brutality, which symbolised the attitude of the “act tough” Badawi government which was endorsed by the Samy Vellu and Gang-led MIC and was seen on national television and published in the mainstream media, revived the spirit and desire for justice among the generally stoic Indians. This was followed by the arrest of Hindraf leaders and some of their key supporters.

Read more.......

40,000 kanak-kanak India tiada sijil kelahiran

NST hari ini melaporkan kira-kira 40,000 kanak-kanak India tidak mempunyai sijil kelahiran dinegeri Selangor sahaja.

Apakah yang telah dilakukan oleh MIC selama ini? Apakah MIC tidak sedar bahawa masalah ini sebenarnya sudah berlarutan untuk sekian lama? Mengapa hanya bila tiba pilihanraya, baru MIC sedar masalah ini?

Masalah kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran sebenarnya banyak berlaku diestet-estet ekoran masalah sosial yang amat kronik.

Baca seterusnya......

Sunday, January 20, 2008

Tips untuk meraih undi

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh digunakan semasa berkempen terutamanya diluar bandar.

1. Memahami latar belakang pengundi luar bandar dan cara hidup mereka (bukan bermaksud mereka kurang pandai)

2. Jangan tanamkan sifat membenci kepada kerajaan tetapi berhujah tentang dasar-dasar kerajaan yang sudah menyimpang ataupun gagal. Tak perlu bercakap tentang WPI, NECR, ECER, FDI, pasaran saham dsbnya. Cakap tentang perkara-perkara mudah dan isu-isu yang mudah difahami dan melibatkan mereka. Gunakan bahasa-bahasa yang mudah difahami dan lebih baik kalau menggunakan dialek mereka.

Baca seterusnya.....

Christopher Fernando dies

Well-known criminal lawyer Christopher Fernando died at the National Heart Institute (IJN) here last night.

He was admitted to the IJN on Monday after suffering a heart attack.
According to his sister Shahreen Kamalludin, Fernando underwent a triple by-pass surgery but his condition worsened on Friday.

Fernando, whose Muslim name is Aris Rizal Fernando Abdullah, was a former Sessions Court president before he joined a private practice in Seremban.

Many ACA prosecutors and officers did not like going up against Fernando because he often caught them out especially in cases involving entrapment.

He shot to national acclaim when he joined Datuk Seri Anwar Ibrahim’s defence team when the former deputy prime minister was charged with abuse of power.

Fernando was married to Maria Kamaruddin who is the sister of former Umno Yourh chief Datuk Suhaimi Kamaruddin. They had two daughters Marissa and Rina.

Shahreen said her brother’s body was taken to a relative’s house at Jalan Titiwangsa here and will be buried at the Muslim cemetery this afternoon.

Source: Malaysia Today

Baru dua hari jadi ahli, Ketua Penaja KeADILan dipanggil polis

Tidak sampai dua hari menyertai Parti KeAdiLan Rakyat (KeAdiLan), Ketua penaja KeADILan Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Gunasegaran dipanggil polis untuk mendapatkan keterangan berhubung program yang beliau laksanakan di kediamannya malam Sabtu lalu.

Harakahdaily difahamkan walaupun tiada sebarang ugutan hanya bualan biasa namun sedikit sebanyak memberikan tekanan kerana mereka orang baru bergelar pemimpin di kawasan itu.

Baca seterusnya..

Friday, January 18, 2008

Adiputra

Dua hari berturut-turut, TV3 menyiarkan berita tentang Adiputra, seorang kanak-kanak yang pintar didalam matematik.

Adiputra telah pun berhenti daripada belajar diSekolah Islam Antarabangsa, dengan alasan beliau sudah tahu apa yang perlu dipelajarinya. Ini menunjukkan, beliau mempunyai kepintaran luar biasa dan sepatutnya mendapat perhatian dari semua pihak terutamanya Kementerian Pelajaran.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kementerian Pelajaran merasakan Adiputra hanya pandai didalam matematik tetapi lemah didalam matapelajaran yang lain, dan mahukan Adiputra mengambil peperiksaan UPSR, sama seperti pelajar-pelajar yang lain.

Jelas, Kementerian Pelajaran tidak berminat dengan keistimewaan Adiputra tetapi lebih berminat dengan pelajar-pelajar yang mendapat 5A, 8A atau 10A. Dalam Berita TV3 itu juga, terdapat luahan perasaan Prof. Dr. Ismail Salleh yang seolah-olah kecewa dan menyalahkan ibubapa Adiputra yang dikatakan tidak menghargai usaha-usaha beliau.

Mengapakah Kementerian Pelajaran tidak berminat dengan Adiputra? Mengapa Prof. Ismail Salleh kecewa dengan ibubapa Adiputra? Mungkin ini jawapannya.

Sajak Adiputra untuk Anwar Ibrahim.

Thursday, January 17, 2008

Hishamudin tipu lagi !

Kalut yuran tambahan masih belum selesai. Kalau hari tu, Hishamudin kata yuran tambahan bukan wajib, tapi hari ini pihak sekolah memberikan jawapan yang berbeza.

Yang wajib dibayar ialah perkara 5 dan 6 berjumlah RM3.50. Perkara 1,2,3 dan 4 ikut kemampuan. Kalau mampu boleh bayar, kalau tak mampu boleh mintak bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).


Baca seterusnya......

Monday, January 14, 2008

Konspirasi Dato Nalla - Rafidah?

Pasai apa Datuk Nalla jumpa orang Umno Kuala Kangsar? Bos Umno Kuala Kangsar ialah Rafidah Aziz. Datuk Nalla merupakan bekas member Anwar.

Baru-baru ini, Anwar ada kata dia nak bertanding diKuala Kangsar. Apakah Rafidah begitu cemas, sehinggakan meminta pertolongan Datuk Nalla? Dan apakah Datuk Nalla sedang merencanakan sesuatu untuk membantu Rafidah dengan membongkar rahsia Anwar?


Baca seterusnya......

Pelancaran Dana Pilihanraya - Wanita Keadilan


Satu majlis minum petang , yang dianjurkan oleh Wanita Keadilan Perak, dengan kerjasama Wanita Keadilan Pusat telah diadakan disebuah restoran diIpoh, semalam.


Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan Negeri, Ustaz Zulkifly Ahmad, Naib Presiden, Dr. Lee Boon Chye dan tetamu jemputan, Dr. Badrul Amin Bahron.


Didalam ucapannya, Ketua Wanita PKR, Puan Zuraidah Kamarudin, telah memuji Wanita Keadilan Perak yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dan menunjukkan betapa Wanita Perak dibawah kepimpinan Puan Fatmawathy telah berjaya memperkasakan pergerakan tersebut sejak beliau menjadi Ketua Wanita Negeri.


Majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran Dana Pilihanraya Wanita Keadilan Nasional untuk membantu Keadilan didalam pilihanraya akan datang.


Gambar-gambar boleh dilihat disini...


Friday, January 11, 2008

Pelan Isu Perkauman Umno


AWAS!

Umno dan seluruh komponen BN akan menggunakan isu perkauman menjelang pilihanraya ini. Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang bersidang pada 19 Disember 2007 telah bersetuju untuk melaksanakan Pelan Isu Perkauman untuk memulihkan sokongan terhadap Barisan Nasional.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno ini telah diedarkan kepada seluruh Ketua-Ketua Bahagian Umno dan rakan-rakan mereka didalam Barisan Nasional.

Save gambar diatas, print dan edarkan.....

Wednesday, January 9, 2008

Polis dan jenayah

Dalam masa 4 tahun, kes-kes jenayah meningkat sebanyak 45%. Dari 156,315 kes pada tahun 2003, la ni dah naik sampai 224,298 kes pada tahun 2007. Kes rogol pun naik lebih sekali ganda. Kalau dalam tahun 2003, setiap hari ada 4 kes rogol, tapi sekarang sudah naik sampai 8.5 kes sehari. La ni, kalau nak suruh anak pi kedai beli gula pun tak selamat.

Baca seterusnya.........

PKR-DAP capai persefahaman di Pulau Pinang

PKR dan DAP hari ini mencapai persetujuan untuk mewujudkan persefahaman untuk menentang Barisan Nasional didalam pilihanraya akan datang.

Pembahagian kerusi telah dipersetujui oleh kedua-dua parti untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional. Didalam persetujuan tersebut, DAP akan bertanding 7 daripada 10 kawasan Parlimen dan 19 daripada 40 kerusi DUN. Kerusi selebihnya akan dikongsi oleh PAS dan PKR.

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media yang diadakan pagi tadi, PKR akan berbincang dengan PAS mengenai pembahagian kerusi selebihnya dan pengumuman akan dibuat kemudian.

Didalam persefahaman itu, DAP akan bertanding di Parlimen Batu Kawan, manakala PKR akan bertanding diDUN Bukit Tambun, yang terletak didalam Parlimen Batu Kawan.

Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP ialah Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bender, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor.

Manakala kerusi DUN pula ialah Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan dalam, Berapit, Padang Lalang, Perai, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Sungai Pinang, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong.

Persefahaman ini melihatkan DAP akan bertanding menentang Gerakan/MCA manakala kombinasi PKR/PAS akan menentang UMNO, terutamanya dikawasan-kawasan Seberang Perai.

Tuesday, January 8, 2008

Buat kerja, bukan cakap banyak - Ustaz Zul

Ketua Perhubungan Negeri, Zulkifly Ibrahim (Ustaz Zul) meminta Pengarah SPR lebih menumpukan usaha-usaha untuk membersihkan daftar pemilih, daripada membuat bising tentang pilihanraya.

Ustaz Zul menegaskan, masih terdapat banyak pengundi-pengundi yang diragui status mereka didalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh SPR. Daftar pemilih terkini setakat 25 September 2007, dan diwartakan pada 10 Oktober 2007 memperlihatkan kelemahan SPR masih begitu ketara. Masih terdapat pengundi yang mempunyai dua nombor kad pengenalan yang berbeza dan begitu ramai pengundi yang telah mati tetapi nama mereka masih didalam daftar pemilih.

Ustaz Zul memberikan contoh dimana seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan didalam kawasan Kuala Kangsar.


IC:640407086308
Nama:ALWIAH BINTI ABDUL RAHMAN
Lokaliti:JLN DATO SAGOR
Daerah Mengundi:JALAN KANGSAR

IC:640407086380
Nama:ALWIAH BT ABDUL RAHMAN
Lokaliti:JLN DATO SAGOR
Daerah Mengundi:JALAN KANGSAR

Begitu juga dengan jumlah pengundi melebihi seratus tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada pengundi-pengundi ini benar-benar wujud atau pun hanya sekadar kesilapan typo.

IC: 880924086771
Tahun Lahir:1888
Umur:119
Nama:BAHARUDDIN B YAHAYA

IC:841213086933
Tahun lahir:1884
Umur:123
Nama:UDA SAIN B ALANG AJID

IC:830630086586
Tahun lahir:1883
Umur:124
Nama:PUTEH HAMIDAH BT RAMLI

Didalam Parlimen Kuala Kangsar sahaja, terdapat 46 pengundi yang berumur melebihi seratus tahun.

Adalah wajar, tegas beliau, Pengarah SPR lebih menumpukan tentang bagaimana meningkatkan kredibiliti SPR daripada membuat kenyataan-kenyataan yang diluar bidang tugasnya.

Indomania

Harga orang-orang India pun sudah naik melonjak. Kalau tiga tahun dulu, Samy Vellu cuma kena belanja RM1.00 bagi setiap undi diestet, 5 ringgit untuk undi dikawasan bandar, sekarang Samy Vellu kena belanja 200 ringgit bagi setiap orang India. Tu belum pilihanraya lagi!

Baca seterusnya........

Monday, January 7, 2008

Chua Soi Lek makin panas

Apakah karier politik Chua Soi Lek sudah berakhir dengan pengakuan beliau? Belum pasti. Apa yang pasti, keadaan akan menjadi semakin panas. Oriental Daily melaporkan ribuan penyokong beliau membanjiri Batu Pahat untuk menyatakan sokongan.

Mengikut laporan, MCA Bahagian Labis telah membuat resolusi untuk mencadangkan beliau sebagai calun didalam pilihanraya akan datang.

baca seterusnya...

Anwar Ibrahim’s Visit to Kuala Kangsar and Lumut - Din Merican

The Winds of Change have come to Perak Darul Ridzuan

The trip with Dato Seri Anwar Ibrahim to Kuala Kangsar and Lumut on January 4, 2007 was indeed a punishing one. My colleagues and I did not return to Kuala Lumpur until 3.a.m on January 5. But it provided me with the opportunity to be in another part of our country where I had not been for long time (I was a frequent visitor during my school days at the Penang Free School for competitive soccer and hockey with our great rivals, Maktab Melayu). Except for Kuala Kangsar, the places we traversed that day were unfamiliar to me.

The programme was packed with places to visit, each precisely timed. We arrived on time for Friday prayers at Masjid Ridzwaniah (adjacent to the famous Maktab Melayu/Malay College) in Kuala Kangsar town. Dato Seri Anwar was warmly received by mosque officials and the jumaah, including the students who waited patiently to shake his hands and exchange pleasantries with their famous old boy. After prayers, we accompanied Dato Seri Anwar to Taman Chandan Puteri for the opening of a new Parti KeADILan Rakyat branch where some 230 Indian members were received. He spoke to a gathering of 500 people and encouraged them to work hard as the 12th national elections is only months away.

Read more............

Sunday, January 6, 2008

Bila Hishamudin 'high'


Semalam, Hishamudin betul-betul 'high'. Berapa tin ayaq setan cap brek kapai dia langgah, aku pun tak tau.

Hari tu dia kata Yuran Tambahan adalah dengan persetujuan PIBG, la ni bila PIBG pun dok sanggah kenyataan dia, dia mula merapu. La ni dia salahkan ibu bapa.

Hello brader! Lu tau ka apa lu cakap?

Baca seterusnya........

Saturday, January 5, 2008

Kalut yuran sekolah - Mat Saman Kati

Kalut yuran peperiksaan sudah menjadi kemelut kerana pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pendidikan semakin melalut. Bila rakyat sudah merungut, baru depa kelam kabut.

Kata orang tua dulu, kalau sekali hang menipu, hang kena menipu kali kedua untuk menutup penipuan hang yang pertama. Lepas tu, hang kena tipu kali ketiga untuk menutup penipuan kali kedua. Lepas tu, sampai mati pun, hang kena terus menipu.

Ini yang berlaku dalam sistem pendidikan kita, terutama yang berkaitan dengan yuran peperiksaan.

Baca seterusnya....

Friday, January 4, 2008

Anwar Ibrahim di Kuala Kangsar



Dato Seri Anwar Ibrahim hari menghabiskan kira-kira 4 jam di Kuala Kangsar untuk bertemu rakyat disini. Sekali lagi, bandar Kuala Kangsar menjadi sesak ekoran begitu ramai yang datang untuk bertemu beliauMasjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar menjadi tumpuan para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat hari ini ekoran kehadiran Dato Seri Anwar dimasjid tersebut. Jalan masuk keKuala Kangsar juga menjadi sesak ekoran halangan polis yang dibuat ketika umat Islam mula bergerak untuk menunaikan solat Jumaat.
Ketika merasmikan pejabat baru PKR Bahagian Kuala Kangsar, dato Seri Anwar juga turut menerima 132 borang keahlian dari Ketua Bahagian Kuala Kangsar. Apa yang menarik, diantara ahli-ahli baru yang menyertai Keadilan itu, seramai 82 orang terdiri dari masyarakat India.
Beliau seterusnya menyertai jamuan rakyat diSayong Lembah, yang turut dihadiri sekitar 1,000 orang. Majlis jamuan yang diadakan ditebing Sungai Perak itu menjadi lebih bermakna apabila salah seorang daripada bekas warder Penjara Sungai Buloh, dimana Anwar dipenjarakan, turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Keadilan.
Dalam perjalanan kePantai Remis dan Manjong, Dato Seri Anwar sempat singgah di Senggang untuk bertemu dengan rakyat disana.
Lagi gambar-gambar boleh dilihat disini.....

Lawatan DS Anwar Ibrahim ke Perak

DS Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Perak pada hari ini. Tempat persinggahan pertama beliau ialah Kuala Kangsar dimana beliau akan bersembahyang Jumaat diMasjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar. (Bersebelahan dengan MCKK).

Pada pukul 2 petang, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Cina di Taman Chandan Putri, dan seterusnya merasmikan pejabat baru Parti Keadilan Rakyat, Kuala Kangsar.

Pada pukul 3.00 petang, beliau akan memberikan ucapan didalam Majlis Jamuan Rakyat di Kg. Sayong Lembah, ditepi Sungai Perak.

Jam 4.00 petang, beliau akan singgah diSenggang sebelum meneruskan perjalanan kePantai Remis untuk menghadiri Majlis Hi-Tea disana.

Jam 9.00 malam, beliau akan memberikan ucapan dimajlis Ceramah Perdana, diLumut pada pukul 9.30 malam.

Wednesday, January 2, 2008

Oooops! Sorry Chua Soi Lek

Today is not his birthday. I read somewhere which said today is his birthday but thanks Rocky who put it right. Chua's birthday is on the 2nd of May. Blime me. Thousand apologies.

Anyway, Chua did the honourable thing today by resigning from his post. My salute to to him. We are hoping more people, especially Umno leaders to emulate Dr. Chua.

Happy birthday, Chua Soi Lek






What a birthday!


Name: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek


Date of birth: 2nd Jan 1947


Place: Batu Pahat, Johor



Source: New Straits Times 30th Dec 2007.



AS the clock ticks away the last hours of 2007 tomorrow night, many of us will be hoping that the new year will be an improvement over the old.



But will it?



The answer is "no", according to some astrologers, because all of the elements that had a negative influence on 2007 would still be present in 2008.



"Clashing elements, missing elements, no lap chun (Spring) -- we'll be having the same bad signs in 2008 but they'll affect us in a different way," said astrologer and feng shui consultant Lillian Too.



"It's (going to be) a very weak time," said Chinese astrologer and feng shui master Datuk Yap Cheng Hai.